Apa lelaki boleh buat jika alami ejakulasi pramatang?
Masalah terpancut awal ketika beraksi di ranjang sebenarnya boleh diatasi, bergantung kepada punca ia berlaku. Sebenarnya, ia sangat bergantung kepada ‘teknik’ kalian.
Jika kalian salah seorang yang ada masalah ejakulasi pramatang, lakukan ini ketika berasmaradana:
#1. Luangkan masa lebih lama untuk adegan ‘foreplay’
Seks bukan sekadar memasukkan zakar ke dalam faraj sahaja ya? Sebelum mula menikmati hidangan utama, apa kata kalian membuka selera dengan berpeluk, bercium dan bersentuhan terlebih dahulu!
Selepas kedua-dua anda mula menunjukkan tanda sudah bersedia, barulah memulakan proses penetrasi.
Dengan ini, ejakulasi suami dan orgasma isteri mungkin dapat berlaku serentak pada waktu yang hampir sama.
#2. Alihkan perhatian anda setiap kali mahu terpancut
Sekiranya anda memulakan aktiviti seksual dengan nada yang tinggi, maka klimaks pun akan cepat berlaku.
Oleh itu, tarik nafas sedalamnya dan cuba fikir sesuatu yang lain setiap kali air mani terasa mahu terpancut.
Sebagai contoh, mungkin kalian boleh alihkan perhatian kepada sesuatu yang agak bosan seperti televisyen atau radio yang terpasang ketika projek asmara berlangsung.
Jika rasa ingin terkeluar air mani itu sudah kurang, boleh sambung semula dayungan kalian.
#3. Teknik ‘stop-and-start’
Hampir sama seperti teknik sebelum ini, anda perlu mengeluarkan zakar dari faraj setiap kali hampir mencapai klimaks. Relaks sebentar untuk mengelakkan ejakulasi.
Dengan usaha menghentikan dan memulakan semula dayungan menuju pulau bahagia, anda sudah pasti dapat memanjangkan sedikit tempoh masa seks berlangsung.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen