backup og meta

7 Rahsia Besar Untuk Goda Suami Ke Ranjang, Tak Perlu Guna Sentuhan Fizikal Pun!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/06/2023

    7 Rahsia Besar Untuk Goda Suami Ke Ranjang, Tak Perlu Guna Sentuhan Fizikal Pun!

    Isteri malu tapi mahu ajak si dia ke ranjang? Jangan normalisasikan situasi suami minta setiap hari kerana anda pun boleh mengambil langkah awal jika inginkan hubungan intim. Tidak perlu sampai mendesak atau memaksa pasangan, ini beberapa cara merangsang suami yang berkesan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual , anda boleh klik di sini.

    Perbezaan ketara di antara wanita dan lelaki

    Setiap manusia normal ada nafsu syahwat yang boleh dinaikkan dan perlu dipuaskan. Namun, caranya tidak sama!

    Seperti mana yang ramai sedia maklum, golongan wanita lebih mudah terangsang secara fizikal. Maksudnya di sini adalah dengan sentuhan dari kulit ke kulit berbeza dengan kumpulan lelaki.

    Menurut American Psychological Association, para suami lebih cepat terangsang secara visual. Dalam erti kata lain, mereka sangat gemar membayangkan tentang fantasi seksual di dalam fikiran.

    Jadi, isteri yang masih mencari cara merangsang suami itu perlu tahu bahawa sentuhan bukan solusi tepat. Sebaliknya, penggunaan aksi, telatah dan kata-kata romantis mungkin boleh membantu.

    cara merangsang suami

    Persoalannya, apa contoh perkara yang isteri boleh buat untuk menggoda suami? Adakah anda cuma perlu menunggu untuk ‘diterkam’?

    Cara merangsang suami yang isteri boleh cuba!

    Untuk pengetahuan anda semua, ia tidak sesukar mana kerana seorang suami normal itu mungkin tidak mampu untuk menolak isteri jika mereka tahu akan tip-tip yang berkesan seperti berikut:

    #1. Berbicara tentang seks

    Kadangkala, berterus-terang itu boleh jadi cara menggoda suami yang paling berkesan. Anda boleh membuat nafsu seksual lelaki itu naik dengan hanya berbicara tentang seks dengan mereka.

    Selain bercakap tentang pengalaman seks yang lepas, apa kata anda cuba beri pandangan untuk masa hadapan. Ini sudah tentu akan buat mereka terangsang dan berfikir untuk melakukan aktiviti seksual.

    Jangan malu untuk mula ya! Jika bukan antara kalian yang mulakan, siapa lagi yang mahu semarakkan suasana?

    Cara merangsang suami #2. Berpakaian seksi

    cara merangsang suami

    Sebagai isteri, berpakaian cantik dan menarik di hadapan suami ketika di rumah adalah satu kemestian. Sudah tentu juga mereka tidak mahu melihat anda dengan baju kelawar yang sama sahaja.

    Sesekali, cubalah untuk pakai lingerie serba seksi untuk menyambut suami yang baru pulang bekerja. Ia bukan sahaja akan memeranjatkan bahkan menaikkan nafsu syahwat yang lama terpendam.

    Cara merangsang suami #3. Berkelakuan manja

    Tidak cukup dengan pakaian, sertakan juga dengan aksi-aksi manja yang membuat mereka tidak berkelip mata. Anda tidak perlu malu untuk menyuap makanan, mengurut badan atau membelai rambut si dia.

    Selain memberikan suatu isyarat anda bersedia untuk berasmaradana, ia turut menunjukkan bahawa anda menghargai serta mengasihi suami yang juga mungkin sudah lama mengimpikan itu semua.

    #4. Menonton cerita romantis

    Salah, anda tidak perlu sehingga ke tahap menonton pornografi bersama meskipun ia mungkin boleh membantu!

    Sebenarnya, cukup untuk anda mengajak suami menonton filem yang sarat dengan babak-babak romantis. Cukup dengan aksi berpelukan atau berciuman di dalam filem itu, ia boleh bertukar menjadi realiti.

    Atau jika kurang berminat dengan cerita romantis, apa salahnya untuk menonton drama komedi atau seram? Ketika sedang duduk atau berbaring bersama, tidak mustahil untuk api asmara itu menyala.

    Cara menggoda suami #5. Sexting

    Apabila si dia masih di tempat kerja, ‘ganggu’ mereka dengan kiriman berupa pesanan lisan atau tulisan yang ‘nakal’!

    Ini sudah pasti membuat mereka tidak senang duduk di pejabat kerana fikiran sudah berada di rumah atau lebih tepat, kamar tidur. Namun, pastikan jangan buat ketika mereka betul-betul sedang sibuk.

    cara merangsang suami

    Kalau mesej dalam bentuk teks atau audio masih kurang membuahkan hasil, apa kata anda cuba hantar foto atau video pula? Namun, jangan sampai berlebihan kerana ada risikonya.

    #6. Ambil alih peranan nakhoda kapal!

    Seperti mana yang kami nyatakan di atas tadi, isteri tidak perlu tunggu lampu hijau daripada suami! Dengan masa, tempat dan cara yang tepat, elemen kejutan pada pasangan akan jadi sangat menghangatkan.

    Suami mana yang mampu menolak jika anda bertindak dengan agresif dan dominan begitu? Mereka sudah pasti akan terkejut dan dalam masa yang sama menikmati ketika melalui peristiwa sebegini.

    #7. Sentuhan intim pada zon erotik suami

    Meskipun ia bukan kunci utama, sentuhan intim masih antara senjata tersembunyi para isteri dalam cara merangsang suami. Tidak perlu khuatir, anda pun sudah tahu bahagian mana perlu diutamakan bukan?

    Selain alat sulit, leher, dada dan perut mereka perlu dijadikan sasaran sentuhan. Pasti si dia akan kecundang dan tidak mampu menolak anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan