backup og meta

2 Sebab Kenapa Kondom Berperisa Dijual Di Pasaran, Bukan Suka-Suka Cipta Ya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 08/06/2023

    2 Sebab Kenapa Kondom Berperisa Dijual Di Pasaran, Bukan Suka-Suka Cipta Ya!

    Ya, ia wujud. Kalau anda tidak pernah membeli kondom sebelum ini, mungkin anda tidak perasan bahawa terdapatnya kondom berperisa yang dijual di kedai serbaneka dan juga di farmasi.

    Namun, timbul satu persoalan penting berkaitan inovasi ini – kenapa ia dicipta?

    Kondom? Raw je!

    Wow! Gemar living dangerously nampak? Memang betul, penggunaan kondom akan sedikit sebanyak mengganggu kenikmatan hubungan intim!

    Namun, terdapat keadaan di mana penggunaannya adalah sangat digalakkan.

    Sebagai contoh, jika anda tidak merancang untuk mendapatkan zuriat, penggunaan kondom adalah kaedah pencegah kehamilan yang murah, mudah didapati dan juga berkesan.

    Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit jangkitan kelamin seperti HIV, sifilis dan juga klamidia.

    kondom berperisa

    Oleh itu, jika anda seorang yang aktif melakukan hubungan seks dengan lebih daripada satu pasangan, penggunaan kondom adalah sangat disarankan. 

    Jadi, kenapa ada jenis yang berperisa?

    Jangan risau, bukan anda seorang sahaja yang terpaksa menggaru kepala cuba memikirkan kenapa adanya kondom yang berperisa ini.

    Adakah saluran faraj mampu mengesan dan memproses perisa yang terdapat pada kondom tersebut?

    Adakah pasangan wanita itu turut berasa lapar ketika melakukan hubungan seks?

    Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang mendorong kewujudan kondom ada perisa ini. Salah satunya adalah untuk menyemarakkan lagi hubungan intim anda.

    Kondom biasa tidak mempunyai bau atau perisa yang menarik.

    Sebaliknya, untuk anda yang kerap menggunakannya, anda akan tahu bahawa bau dan rasa kondom tradisional adalah seperti getah kerana jelas sekali, kondom diperbuat daripada getah.

    Gabungan bau dan rasa yang tidak menyelerakan ini menyebabkan kondom tradisional hampir sering tidak digunakan ketika seks oral.

    Ketiadaan perlindungan ketika melakukan seks oral menyebabkan pemberi blowjob berisiko untuk menerima jangkitan daripada pasangan lelaki.

    Bagi menyelesaikan masalah ini, inovasi kondom berperisa seperti perisa strawberi, pisang dan banyak lagi telah dihasilkan.

    Perisa yang ditambah pada bahagian luaran kondom ini bertujuan untuk meningkatkan penerimaannya oleh pasangan wanita di samping melindungi mereka daripada penyakit jangkitan kelamin.

    Selain itu, kepelbagaian perisa yang ada membolehkan pasangan mencuba perisa-perisa yang berbeza sekali gus menyemarakkan hubungan intim.

    kondom berperisa

    Untuk rakyat Malaysia, terdapat juga kondom yang mempunyai perisa tempatan seperti rendang

    Tuntasnya, inovasi kondom berperisa ini mempunyai tujuannya yang tersendiri.

    Kondom adalah alat pencegah kehamilan yang berkesan di samping memberi perlindungan daripada jangkitan kelamin.

    Oleh itu, stigma terhadap penggunaan kondom perlu dihapuskan dan anda berhak untuk mendapatkan hubungan intim yang lebih ‘berperisa’.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 08/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan