backup og meta

Guna Cincin Zakar Untuk Merawat Mati Pucuk, Sejauh Mana Keberkesanannya?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/01/2022

    Guna Cincin Zakar Untuk Merawat Mati Pucuk, Sejauh Mana Keberkesanannya?

    Disfungsi ereksi (ED), juga disebut mati pucuk didefinisikan sebagai kesulitan untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi yang lama semasa hubungan seksual. Dalam banyak-banyak opsyen rawatan, ring zakar mendapat perhatian sebagai penawar ED.

    Untuk makluman, ada banyak jenis rawatan mati pucuk, yang melibatkan perubahan gaya hidup, psikoterapi, ubat, pembedahan, atau bantuan peralatan seperti ring zakar atau cincin ED.

    Menurut penyelidikan juga, ED telah menjejaskan sekitar 32 ke 80% lelaki, bergantung pada kumpulan umur.

    Ia lebih kerap berlaku pada lelaki yang lebih tua dan mereka yang memiliki penyakit tertentu, tetapi mati pucuk boleh menyerang pada usia apa pun.

    Memandangkan kondisi ini boleh memberi impak besar pada mood dan hubungan, misi untuk merawatnya sering menjadi keutamaan!

    Ring zakar mungkin dapat menawarkan penyelesaian yang murah dan berkesan untuk masalah ini bagi sesetengah individu.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Ring zakar mati pucuk, apa itu?

    Cincin ED kebanyakannya diperbuat daripada getah, plastik, atau silikon. Malah, ia boleh didapati dalam bentuk logam! Cincin ini biasanya dipasang di sekitar pangkal zakar.

    Ada sesetengah cincin yang berfungsi seakan gelung yang melekat di sekitar zakar, manakala yang lain pula seperti cincin penoscrotal, digunakan di sekitar testis.

    Bukan itu sahaja, sesetengah jenis ring zakar mempunyai ciri tambahan yang membolehkan si pemakai merangsang klitoris wanita secara serentak ketika bersetubuh.

    Nama-nama lain untuk cincin mati pucuk merangkumi:

    ring zakar

    • Tension bands
    • Cincin ketegangan
    • Cock rings
    • Constriction bands
    • Cincin zakar

    Cincin zakar juga memainkan peranan penting dalam sistem terapi vakum, juga dikenali sebagai pam zakar.

    Kedua-dua alatan ini saling melengkapi apabila pam membantu lelaki mendapatkan ereksi, manakala ring zakar pula membolehkan mereka untuk mengekalkannya.

    Betul ke cincin zakar berkesan atasi ED?

    Apa yang perlu anda tahu, kajian mengenai keberkesanan cincin ini dalam rawatan ED masih agak terhad.

    Pun begitu, sumber penyelidikan menunjukkan gabungan ubat dan peralatan ED, atau pam vakum dengan cincin zakar, dapat meningkatkan fungsi ereksi dengan ketara!

    Penyelidikan yang lebih lama pula menyokong penggunaan ubat mati pucuk bersama cincin penoscrotal untuk mencapai ereksi zakar.

    Mati pucuk berlaku apabila darah ‘meninggalkan’ zakar terlalu cepat.

    Ring zakar pula berfungsi dengan memberi tekanan ke kawasan sekitar alat sulit, dalam sesetengah kes, zakar dan testis.

    Tekanan ini membuatkan saluran darah menyempit atau menegang, lantas menyebabkan darah ‘meninggalkan’ zakar dengan lebih perlahan.

    Oleh itu, individu yang memakai cincin ini dapat mengekalkan ereksi mereka dengan lebih lama!

    Tambahan itu, cincin ini berfungsi dengan paling baik pada golongan lelaki yang berupaya alami ereksi tapi tidak dapat mengekalkannya.

    Namun, keberkesanan alatan ini mungkin tidak sama buat semua lelaki…

    Bagi sesetengah orang pula, ia boleh berfungsi dengan efektif apabila digabungkan bersama ubat ED, pam zakar vakum, atau kedua-duanya sekali.

    Tip memilih dan menggunakan ring zakar

    Semasa memilih cincin mati pucuk, anda mungkin ingin mempertimbangkan:

  • Bahan: Pertimbangan ini sangat mustahak bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap lateks. Pengguna kali pertama mungkin perlu mencuba cincin material silikon yang fleksibel sebelum beralih ke cincin yang lebih keras.
  • Fit: Untuk hasil yang terbaik, pilih cincin yang memberikan tahap tekanan yang mencukupi tanpa menyebabkan rasa sakit atau kerosakan pada saluran darah di zakar. Kalau masih ragu-ragu dengan ukurannya, pilih cincin boleh laras atau diperbuat daripada silikon yang bersifat fleksibel.
  • Cara penggunaan

    Cincin zakar cukup mudah digunakan bagi kebanyakan orang. Caranya adalah seperti berikut:

  • Letakkan cincin secara perlahan dan lembut pada kepala zakar yang menegang dan gerakkan sampai ke pangkal batang.
  • Gunakan pelincir untuk bantu pergerakan cincin ketika memakai dan mengeluarkannya.
  • Berhati-hati untuk elak cincin daripada terbelit dengan bulu kemaluan.
  • Usai penggunaan, anda harus mencucinya dengan berhati-hati menggunakan air sabun bersuhu suam dan membiarkannya kering.

    Risiko-risiko yang boleh terjadi..

    ring zakar

    Walaupun penggunaan ring zakar secara umumnya selamat, namun masih wujud beberapa risiko penggunaannya.

    • Kesakitan
    • Kebas
    • Lebam
    • Bengkak

    Jika saiz cincin yang dipakai tidak bersesuaian atau dibiarkan terlalu lama, nekrosis atau kematian tisu boleh terjadi!

    Nekrosis berlaku apabila darah baharu yang membawa oksigen tidak dapat mengalir ke dalam zakar.

    Menurut International Society for Sexual Medicine (ISSM), dalam kes yang teruk, nekrosis boleh mengakibatkan gangren dan amputasi zakar! Seram bukan?

    Justeru, untuk mengelakkan risiko masalah ini, anda mesti:

    • Elak terlelap saat memakainya
    • Menggunakan cincin zakar dengan fit yang sesuai
    • Tidak memakainya melebihi 30 minit
    • Segera keluarkan cincin jika alami rasa sakit, kebas atau sensasi yang abnormal
    • Dapatkan pertolongan perubatan kecemasan jika zakar mula membengkak

    Konklusi

    Cincin zakar adalah pilihan yang baik buat lelaki sihat yang masih mengalami ereksi, atau yang menggunakan pam/vakum zakar.

    Ia juga mudah untuk dibeli dan tidak memerlukan preskripsi doktor.

    Seperti biasa, lakukan konsultasi dengan doktor bertauliah jika anda berminat untuk menggunakannya sebagai rawatan mati pucuk, okey?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan