Memiliki hubungan suami isteri yang sihat bukan hanya melibatkan komunikasi atau kerap bergayut di telefon tanpa kesudahan yang kononnya melambangkan pasangan bahagia.
Pantau kitaran haid
Anda pasti?
Memiliki hubungan suami isteri yang sihat bukan hanya melibatkan komunikasi atau kerap bergayut di telefon tanpa kesudahan yang kononnya melambangkan pasangan bahagia.
Ia juga bukan bermakna anda perlu meraikan atau bertukar-tukar hadiah ketika sambutan hari jadi masing-masing. Perkara-perkara cliche seperti ini sudah hampir biasa berlaku bagi semua pasangan suami isteri.
Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang mungkin kelihatan normal untuk dilakukan, tetapi ia sebenarnya boleh merosakkan hubungan perkahwinan anda.
Apakah perkara-perkara tersebut? Ikuti jawapannya di bawah ini.
Ada sesetengah pasangan, tidak kira suami mahupun isteri, mempunyai sedikit isu berkaitan layanan kepada pasangannya.
Memandangkan pasangannya tidak memiliki ciri atau perangai sepertinya, segala perkara yang dilakukan akan kelihatan salah dan sentiasa mempunyai kesilapan.
Adakalanya, pasangan anda akan melakukan beberapa perkara yang sedikit menjengkelkan pada pandangan anda tanpa sengaja.
Contohnya, suami anda telah menghilangkan kunci kereta tanpa sengaja, mempunyai selera fesyen yang teruk atau terlupa untuk memakan ubat seperti yang sepatutnya.
Kemudian berlakulah sedikit drama di mana anda bertindak seolah-olah anda merupakan ibu atau bapa kepada suami anda. Bagaimana?
Anda memarahinya kerana menghilangkan kunci kereta yang tidak disengajakan itu. Anda juga menyuruh suami memakai pakaian yang anda beli, semata-mata tidak mahu melihatnya berketerampilan tidak kena pada mata anda.
Adakah ini yang dikatakan sebagai hubungan yang sihat? Tidak sama sekali.
Inilah contoh yang dikatakan sebagai satu layanan seolah-olah suami anda adalah seorang kanak-kanak. Apabila anda melayannya sebegini rupa, ini hanya akan menunjukkan bahawa anda kurang atau tidak menerima diri si dia seadanya.
Ia juga menunjukkan bahawa anda kurang menghormati pilihan pasangan anda sendiri.
Selain itu, layanan seperti ini hanya akan merendah-rendahkan si dia dan menjadikan dirinya tidak produktif.
Pasangan anda akan perlahan-lahan menjadi marah atau berasa geram terhadap controlling issue yang anda lakukan ini. Maka, secara perlahan-lahan juga anda telah mula merosakkan hubungan perkahwinan yang telah terjalin.
Tingkah laku keibubapaan hanya sesuai dalam situasi antara anda dan anak anda.
Ia tidak sesuai digunakan sama sekali terhadap pasangan. Antara tingkah laku yang menunjukkan tanda-tanda penguasaan anda terhadap si dia ialah:
Perkara pertama yang perlu anda sedar adalah sikap keprihatinan kepada pasangan anda adalah sesuatu yang normal.
Ia mula menjadi tidak normal apabila anda melebihi batas yang sepatutnya dengan mula mengawal tingkah laku pasangan anda seperti seorang kanak-kanak.
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menghentikan tingkah laku ini ialah:
Jika anda atau pasangan anda benar-benar tidak boleh menghentikan tingkah laku sebegini, ini bermakna bahawa terdapat sedikit masalah atau perkara yang tidak normal berlaku dalam perhubungan anda.
Apa yang perlu dilakukan adalah dengan pergi mendapatkan perkhidmatan kaunseling atau terapi pasangan daripada kaunselor yang bertauliah.
Ini adalah langkah yang boleh anda lakukan jika ia benar-benar tidak dapat dihentikan dan memberi kesan negatif terhadap kehidupan anda.
Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.
Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.
Panjang Kitaran
(hari)
Objektif
(hari)
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://www.mentalhelp.net/blogs/when-relationship-partners-act-like-parents-or-children-towards-one-another/
https://blog.dce.harvard.edu/extension/5-tips-healthy-loving-relationships
https://www.psychalive.org/5-things-to-do-today-to-save-your-relationship/
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen