Bagi setiap pasangan berkahwin, seks adalah antara perkara yang paling penting. Ini kerana tanpanya maka akan hambar, hampa serta tidak bermaknalah kehidupan hubungan suami dan isteri di kamar tidur.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Bagi setiap pasangan berkahwin, seks adalah antara perkara yang paling penting. Ini kerana tanpanya maka akan hambar, hampa serta tidak bermaknalah kehidupan hubungan suami dan isteri di kamar tidur.
Persoalannya, apakah tip hubungan seks yang boleh membuat projek asmara anda berdua di ranjang menjadi hangat dan sensasi kembali?
Jawapannya mudah, hanya dengan cosplay dan roleplay. Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.
Dalam sebuah hubungan suami dan isteri yang sihat lagi sejahtera, aktiviti seks adalah antara kunci kepada kebahagian dan keharmonian rumah tangga.
Pun begitu, perkara ini tidak seharusnya hanya berpandukan kepada nafsu syahwat semata-mata malahan juga perasaan cinta dan kasih sayang.
Dengan ini, maka projek asmara yang kalian berdua lakukan itu mungkin mampu mencapai ke tahap yang paling memuaskan!
Kesannya terhadap hubungan suami dan isteri pula sudah pasti akan membuat anda berdua lebih menghargai dan mencintai setiap saat anda bersama pasangan.
Bukan sahaja terhadap perhubungan, malah ketahuilah bahawa aktiviti seksual sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat dari aspek kesihatan tubuh badan.
Berikut merupakan manfaat seks yang boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:
Terdapat beberapa kajian yang telah membuktikan perkara ini termasuklah:
Bukan sahaja terhadap fizikal, seks juga telah terbukti sangat bagus untuk emosi kerana:
Bukan itu sahaja, sebenarnya terdapat pelbagai lagi manfaat hubungan kelamin terhadap kesihatan tubuh badan jika ia dilakukan dengan cara yang betul.
Persoalannya, apakah cara tersebut? Sebenarnya, cosplay dan roleplay merupakan antara tip hubungan seks yang terbaik!
Buat anda yang mungkin belum tahu, kedua-dua perkara ini adalah satu aspek dalam hubungan intim yang boleh dicuba oleh setiap pasangan di luar sana.
Berikut adalah pengertian 2 perkara ini:
Cosplay merupakan gabungan perkataan ‘costume’ dan ‘play’ dalam bahasa Inggeris dan ia pasti sudah memberikan gambaran kepada maksudnya.
Ia adalah satu usaha untuk anda atau pasangan menggunakan sebarang kostum ketika melakukan projek asmara agar ia menjadi lebih hangat.
Roleplay pula adalah gabungan perkataan ‘role’ dan ‘play’ dalam bahasa Inggeris dan ia juga sudah memberi maksud penuh kepada pengertiannya.
Ia adalah satu usaha untuk anda dan pasangan berlakon menjadi seseorang atau sesuatu ketika melakukan hubungan suami dan isteri agar ia menjadi lebih sensasi.
Tidak dapat kita nafikan kadangkala seks itu boleh menjadi bosan lebih-lebih lagi jika ia dilakukan dengan posisi, lokasi dan situasi yang sama sahaja.
Oleh itu, apa kata kalian cuba tambahkan ‘garam’ sedikit agar adunan aktiviti seksual di kamar tidur menjadi lebih hangat dan sensasi?
Caranya adalah semudah menggabungkan kedua-dua aspek ini!
Sebagai contoh, anda dan pasangan mungkin boleh mengenakan kostum yang seksi untuk menggoda orang tersayang sebelum mengajaknya ke ranjang.
Kemudian, cuba berlakon menjadi seseorang atau sesuatu yang berbeza dengan diri anda untuk menonjolkan sisi lain diri yang belum pernah ditonton pasangan.
Kemudian bercandalah sepuas-puasnya dalam usaha mencapai klimaks yang terbaik!
Hakikatnya, setiap individu mempunyai fantasi seks yang tersendiri dan tersimpan di dalam hati kerana takut dikritik atau dikecam oleh pasangan.
Pun begitu, fantasi sebegini adalah tidak salah sekiranya ia disalurkan kepada pasangan tercinta anda yang sah bukan?
Selain itu, ia juga tidak salah selagi tidak melanggar hukum atau fitrah kejadian manusia di muka bumi ini juga bukan?
Oleh itu, berbincanglah bersama pasangan tentang fantasi anda berdua dan cuba merealisasikan ia menerusi cosplay dan roleplay ini.
Akhir kata, seks itu adalah antara aspek dalam rumah tangga yang paling penting dan jika kalian berdua ada masalah mengenainya segera berkonsultasi bersama pakar ya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen