backup og meta

Teknik Buang Air Mani Dari Faraj Lepas Seks Untuk Elak Hamil, Berkesan Ke Ni?

Teknik Buang Air Mani Dari Faraj Lepas Seks Untuk Elak Hamil, Berkesan Ke Ni?

Umum mengetahui bahawa memang terdapat pelbagai teknik kontraseptif yang amat mudah seperti pengambilan pil, pemakaian kondom dan sebagainya. Namun, adakah terdapat petua tradisional elak hamil?

Tidak dinafikan, ramai pasangan yang mencari teknik elak hamil selepas seminggu bersama tanpa sebarang kos dan alat iaitu dengan cara tradisional atau semula jadi seperti buang air mani dari faraj selepas bersenggama.

Persoalannya, adakah petua tradisional elak hamil ini akan berkesan? Jom teruskan membaca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Petua tradisional elak hamil adalah dengan mengeluarkan air mani?

Sebenarnya, petua tradisional elak hamil ini tidak langsung memberikan impak untuk tujuan membersihkan faraj yang kotor atau mengelakkan wanita daripada hamil.

Anda perlu tahu bahawa air mani itu adalah kompleks. Ia kombinasi di antara protein, vitamin, mineral dan sperma berbentuk cecair yang akan terpancut dari zakar.

petua tradisional elak hamil
Gambaran air mani lelaki.

Pancutan ini akan menyebabkan air mani dari zakar akan terus memasuki rongga rahim dan boleh hidup di dalam lubang faraj sehingga sekitar 7 hari.

Dalam tempoh beberapa minit atau jam selepas bersenggama, sebahagian air mani mungkin akan keluar dengan sendiri dari faraj tanpa perlu anda paksa.

Apabila air mani sudah berada di dalam lubang faraj, tiada sebarang cara yang terbukti secara saintifik ia boleh dikeluarkan meskipun anda cuba untuk:

  • Kencing – Air kencing akan keluar dari lubang yang lain bernama uretra dan tidak mungkin akan mengeluarkan air mani dari faraj
  • Mandi – Meskipun anda cuba untuk membasuh atau mencuci faraj, air yang digunakan tidak mungkin akan dapat sampai ke rahim
  • Meruang – Sama seperti jika anda mandi, air yang digunakan tidak mungkin akan dapat sampai ke rahim dengan teknik meruang
  • Cuka – Memasukkan cuka ke dalam faraj untuk membunuh sperma dengan asid juga tidak efektif malah meningkatkan risiko kerengsaan

Wujudkah cara membersihkan faraj lepas seks?

Buat anda yang belum tahu, faraj sebenarnya mempunyai 2 bahagian. Pertama, dalaman yang berhubung dengan serviks dan luaran atau lebih dikenali sebagai vulva.

Bagaimanakah cara membersihkan faraj daripada lelehan air mani dan kotoran yang lain?

Bahagian dalaman faraj secara semula jadinya boleh membersihkan diri sendiri tanpa bantuan daripada anda meskipun ada wanita yang gemar untuk meruang.
Bahagian luaran faraj pula boleh dibersihkan oleh anda dengan cara menggunakan air terutamanya selepas membuang air kecil atau membuat hubungan seks untuk elak hamil.
petua tradisional elak hamil
Wanita di atas katil.

Menurut American Sexual Health Association (ASHA), anda boleh menggunakan sabun yang selamat pada kawasan luaran faraj agar kadar pH tidak terjejas.

Pakar juga menyarankan agar anda tidak meruang faraj kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan kestabilan bakteria pada faraj yang akan membawa kesan sampingan.

Adakah petua tradisional elak hamil ini efektif untuk anda?

Sekiranya anda melakukan petua tradisional elak hamil dengan membuang air mani dari faraj, maka anda mungkin perlu fikirkan cara yang lain pula.

Ini kerana petua tradisional elak hamil ini tidak efektif. Serta, tidak wujud sebarang kajian saintifik yang kata ia adalah berkesan sebagai kaedah kontraseptif.

Sebaliknya, pakar mempercayai bahawa kaedah yang jauh lebih terbukti seperti pengambilan pil atau pemakaian kondom adalah cara mengelakkan mengandung ketika seks yang baik.

Disebabkan itu, adalah sangat disarankan untuk anda dan pasangan yang sedang merancang bagi mendapatkan informasi dan nasihat doktor terlebih dahulu.

Ini 4 petua elak hamil yang efektif!

Khas buat pasangan suami isteri yang sedang merancang! Ini panduan kontraseptif dan petua tradisional elak hamil yang boleh anda cuba ini:

nak hamil lagi
Risiko jarak kehamilan yang dekat.

Metode hormonal

Penggunaan metode kontraseptif seperti pengambilan pil serta pemasangan intrauterine devices (IUD) dengan hormon ini efektif dalam mengelak ovulasi berlaku.

Metode non-hormonal

Penggunaan metode kontraseptif seperti pemakaian kondom serta pemasangan intrauterine devices (IUD) tanpa hormon juga efektif dalam mengelak ovulasi berlaku.

Metode natural

Jika ingin merancang secara semula jadi, anda juga mungkin boleh mengelakkan hubungan jenis penetrasi zakar ke dalam faraj dan mengamalkan aktiviti seksual yang lain. Kaedah ini merupakan yang terbaik dan paling berkesan.

Metode surgikal

Akhir sekali, anda juga mungkin ingin mempertimbangkan kaedah yang kekal. Ia termasuk pembedahan vasektomi bagi lelaki atau bilateral tubal ligation (BTL) bagi wanita.

Konklusinya, teknik buang air mani dari faraj lepas seks bukanlah teknik elak hamil yang efektif buat anda dan pasangan yang sedang merancang kehamilan.

Sebaliknya, cuba bincang dengan doktor untuk mendapatkan informasi dan nasihat. Antara usaha yang bagus adalah pil elak mengandung, alat elak mengandung atau kaedah kontraseptif lain!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Does washing immediately after intercourse prevent pregnancy?, https://goaskalice.columbia.edu/answered-questions/does-washing-immediately-after-intercourse-prevent-pregnancy, Accessed Oct 5 2021.
  2. Can a girl get pregnant if she washes out her vagina after sex?, https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/ask-experts/after-sex-without-a-condom-if-the-female-washes-out-her-vagina-with-hot-water-and-soap-can-she-still-get-pregnant, Accessed Oct 5 2021.
  3. Can i prevent pregnancy by douching after sex, https://www.southernnevadahealthdistrict.org/faq-items/can-i-prevent-pregnancy-by-douching-after-sex/, Accessed Oct 5 2021.
  4. Myths and Truths About Preventing Pregnancy, https://www.choicespregnancy.org/sexual-health/pregnancy-education/myths-and-truths/, Accessed Oct 5 2021.
  5. Cleaning up after sex – to dunk or not to dunk?, https://fettle.health/help-centre/cleaning-up-after-sex-to-dunk-or-not-to-dunk, Accessed Oct 5 2021.

Versi Terbaru

04/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

5 Perkara Punca Pil Perancang Tidak Berkesan, #4 Mungkin Anda Tidak Percaya!

Pancut Luar Masih Relevan Elak Hamil? Ini 10 Kelebihan & Kelemahannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan