backup og meta

Para Ibu, Ketahui Jarak Kehamilan Yang Paling Ideal Untuk Anda!

Para Ibu, Ketahui Jarak Kehamilan Yang Paling Ideal Untuk Anda!

“Eh, mengandung lagi? Rasanya baru tahun lepas anak sulung awak lahir kan?”, Tanya Farah kepada Asyikin yang merupakan rakan sepejabatnya. Pertanyaan seperti ini sudah pasti akan membuat kita terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah jarak kehamilan yang paling ideal buat para ibu? Jom sama-sama kita dapatkan jawapannya dengan membaca artikel ini!

Sebelum itu, kita perlu tahu terlebih dahulu bahawa terdapat risiko jika jarak kehamilan terlalu dekat atau terlalu jauh. Ya, mungkin benar ia adalah pilihan anda sendiri. Namun, info ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda merancang keluarga.

Risiko jarak kehamilan terlalu dekat

Untuk pengetahuan anda, kehamilan dalam tempoh kurang daripada 24 bulan selepas kelahiran anak anda yang paling kecil kini mungkin akan meningkatkan beberapa risiko, seperti:

  • Kelahiran bayi pramatang
  • Kelahiran bayi kurang berat
  • Gangguan kongenital
  • Skizofrenia

Selain itu, jarak mengandung yang terlalu dekat mungkin akan menyebabkan si ibu tidak dapat pulih sepenuhnya sebelum hamil kali kedua. Anda perlu tahu kehamilan dan penyusuan akan mengurangkan nutrien dalam badan terutamanya zat besi dan folat. Jadi, kehamilan sebelum badan anda dapat menggantikan kesemua nutrien yang susut mungkin akan menjejaskan kesihatan anda dan juga bayi. 

Risiko jarak kehamilan terlalu jauh

Untuk pengetahuan anda juga, kehamilan dalam tempoh 5 tahun atau lebih selepas kelahiran anak anda yang paling bongsu kini juga mungkin akan meningkatkan beberapa risiko, seperti:

  • Tekanan darah tinggi
  • Praeklampsia
  • Diabetes gestasi

Walaupun tidak berapa jelas punca masalah kesihatan ini berlaku, ia berkemungkinan disebabkan oleh perubahan fisiologi dan emosi seiring dengan peredaran usia mungkin memainkan peranan. Jadi para ibu di luar sana, sila rancang jarak mengandung anda, ya?

Jarak kehamilan yang paling ideal

Berbalik kepada persoalan utama artikel, apakah jarak mengandung yang paling ideal untuk menjamin kesihatan ibu dan juga bayi? Menurut World Health Organization (WHO), jarak kehamilan yang paling ideal adalah selama 18 hingga 24 bulan.

Pun begitu, ada kajian terbaharu yang mengatakan bahawa jarak mengandung paling ideal adalah 12 bulan atau setahun. Kajian yang dijalankan oleh University Of British Columbia dengan kerjasama Harvard T.H. Chan School of Public Health ini turut mendedahkan bahawa mengandung kali kedua terlalu awal akan mengakibatkan peningkatan risiko masalah kesihatan. Pun begitu, risikonya adalah berbeza mengikut usia si ibu itu sendiri.

Sebagai contoh, ibu yang berusia bawah 35 tahun akan lebih berisiko menghidapi masalah kesihatan jika jarak mengandung terlalu dekat berbanding dengan ibu yang berusia atas 35 tahun. Berikut merupakan ringkasan kajian yang dijalankan terhadap 150,000 wanita yang bersalin di hospital di Canada:

  • Ibu berusia bawah 35 tahun mempunyai 8.5% risiko cedera atau meninggal jika jarak mengandung terlalu dekat.
  • Ibu berusia atas 35 tahun mempunyai 1.2% risiko cedera atau meninggal jika jarak mengandung terlalu dekat.

Menakutkan, bukan? Jadi, sila rancang jarak mengandung anda betul-betul, ya?

Konklusi

Kesimpulannya, rancanglah kehamilan anda dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan risiko-risiko yang dinyatakan di atas.

Si isteri berbincanglah dengan pasangan tentang jarak kehamilan dan kaedah kontrasepsi yang patut digunakan untuk kesejahteraan keluarga.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

 

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Perancangan Keluarga: Fakta Tentang Jarak Kehamilan. https://my.theasianparent.com/perancangan-keluarga-fakta-tentang-jarak-kehamilan. Accessed on October 15, 2019.

 

Jarak kehamilan yang terlalu dekat banyak risiko BAHAYA – Ini jarak yang ideal untuk wanita. https://my.theasianparent.com/jarak-kehamilan-yang-ideal. Accessed on October 15, 2019.

 

Berapakah Jarak Umur Yang Terbaik Di Antara Dua Orang Bayi?. https://www.babycenter.com.my/a25008469/berapakah-jarak-umur-yang-terbaik-di-antara-dua-orang-bayi. Accessed on October 15, 2019.

Versi Terbaru

26/06/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Keputihan Semasa Mengandung Ganggu Keselesaan Bakal Ibu? Amalkan 5 Tip Ini, Berkesan!

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan