Sebenanrya, apa perkara yang kita perlu tahu tentang air mani lelaki? Jom baca artikel ini!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Sebenanrya, apa perkara yang kita perlu tahu tentang air mani lelaki? Jom baca artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Sperma terhasil daripada testikel dan terdiri daripada 2-5 peratus keseluruhan kandungan air mani.
Terdapat sekitar 20 – 100 juta sperma untuk setiap ml ejakulasi, dan memandangkan seorang lelaki boleh mengeluarkan sekitar 2 hingga 6 ml air mani, dianggarkan sekitar 600 juta sperma dikeluarkan bagi setiap ejakulasi yang berlaku.
Sperma turut menyukai suhu yang sejuk, iaitu sekitar 2 – 3 darjah lebih sejuk berbanding suhu tubuh badan. Suhu seperti itu hanya disediakan oleh testikel manusia.
Vesikel mani (seminal vesicles) adalah sepasang kelenjar yang terletak di bawah pundi kencing dan di sebelah vas deferens. Inilah bahagian dimana kebanyakan air mani terhasil – sekitar 70% air mani terhasil daripada bahagian ini.
Kelenjar prostat pula terletak dibawah pundi kencing dan dihadapan rektum. Sekitar 25% daripada kandungan air mani terhasil daripada cecair yang dikeluarkan oleh prostat.
Cecair yang terhasil daripada prostat terdiri daripada asid fosfat, asid sitrik, kalsium, zink dan magnesium. Daripada jumlah ini, zink adalah yang paling produktif dan yang paling penting, kerana ia membantu menstabilkan DNA sperma.
Air mani yang sihat pada kebiasaannya berwarna putih atau sedikit kelabu dengan konsistensi seakan-akan jeli.
Air mani kebiasaannya mempunyai bau seperti bahan peluntur disebabkan oleh kandungan bahan alkali dalam komposisinya. Sifat alkali air mani ini adalah penting untuk melawan sifat keasidan alat kelamin wanita.
Sekiranya air mani anda keluar dengan berwarna merah atau sedikit kecoklatan, ianya mungkin disebabkan pembuluh darah yang pecah dan ianya tidak perlu dirisaukan.
Ini kerana dalam waktu sehari atau dua hari, air mani lelaki akan kembali kepada warnanya yang asal. Darah di dalam air mani atau dikenali sebagai haematospermia adalah satu simptom yang membimbangkan bagi kesemua lelaki.
Walau bagaimanapun, adalah amat jarang untuk ia menjadi satu masalah yang serius.
Tetapi sekiranya warna air mani lelaki tersebut tidak berubah dalam masa beberapa hari, ianya mungkin disebabkan oleh sebarang jangkitan, trauma atau juga kanser (kes yang amat jarang), dan anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Dry orgasm ialah satu keadaan di mana seseorang lelaki mencapai klimaks seksual tetapi tidak berejakulasi. Keadaan seperti mampu menakutkan seseorang individu.
Bagi kebanyakan lelaki muda, ianya bukanlah satu masalah yang besar dan kadangkala ia disebabkan oleh orgasma yang berulang. Ia menyebabkan zakar kehabisan air mani untuk dikeluarkan lagi.
Walau bagaimanapun, bagi lelaki yang lebih berusia yang pernah menjalani pembedahan prostat, radioterapi atau sebarang rawatan di bahagian prostat, ini mungkin memberi tanda retrograde ejaculation; satu keadaan di mana air mani lelaki memasuki pundi kencing dan bukannya keluar melalui zakar semasa orgasma.
Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Fertility and Sterility pada tahun 2014 menyatakan, lelaki yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah akan mempunyai tahap kualiti dan kuantiti sperma yang rendah.
Sebagai contoh, pengambilan alkohol secara berlebihan dan tabiat merokok boleh mengurangkan pengeluaran sperma, yang menyebabkan seorang lelaki menjadi kurang subur.
Selain daripada itu, tabiat pemakanan yang tidak dikawal yang menyebabkan obesiti turut memberi masalah kepada kualiti sperma.
Seorang lelaki yang berlebihan berat badan menghasilkan lebih banyak oestrogen daripada lemak yang turut menghalang pengeluaran sperma.
Terdapat beberapa cara yang boleh membantu menghasilkan sperma yang berkualiti. Antaranya:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen