Pedih Ulu Hati, Rawat Dengan BAKING SODA? Hati-hati, Ada KESAN Sampingan, Jangan Main Cuba Saja!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sering alami masalah asid refluks atau GERD? Pernah tak terima saranan untuk merawatnya dengan menggunakan soda bikarbonat?

Tapi sebelum anda hendak cuba, ketahui kesan sampingan yang boleh dialami.

Apa rasanya alami asid refluks?

Sebelum terus kepada kesan sampingan menggunakan soda bikarbonat atau turut dikenali sebagai soda penaik untuk merawat GERD, jom fahami terlebih dahulu tentang masalah asid refluks.

Asid refluks turut dikenali sebagai penyakit refluks gastroesophageal (GERD).

Ini adalah penyakit pencernaan kronik di mana asid perut mengalir kembali ke esofagus – saluran yang menghubungkan mulut ke perut.

Situasi asid perut yang naik kembali itu boleh merengsakan esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati

Pedih ulu hati adalah sensasi terbakar yang boleh berlaku pada mana-mana bahagian tengah perut hingga ke kerongkong. 

Simptom lain asid refluks adalah seperti:

  • Alami masalah nafas berbau
  • Sakit pada bahagian dada atau perut atas
  • Loya dan muntah
  • Kesukaran atau kesakitan untuk menelan
  • Gigi sensitif
  • Masalah dengan pernafasan
  • Rasa tidak sedap dalam mulut
  • Batuk yang mengganggu aktiviti harian

Jika simptom konsisten dan bertambah buruk, ia mungkin berkembang menjadi penyakit refluks gastroesophageal.

Ini bermakna asid refluks berlaku sekurang-kurang untuk tempoh 2x seminggu, menjejaskan kehidupan seharian dan mungkin merosakkan saluran esofagus anda.

Jika anda didiagnosis dengan GERD, ikuti arahan doktor untuk mengendalikan gejala yang dialami. 

Malahan sekiranya anda mengesyaki menghidap GERD, lakukan pemeriksaan segera untuk mengelakkan komplikasi jangka panjang.

Pun begitu dikatakan ada rawatan di rumah, mudah yang boleh digunakan untuk merawat asid refluks, iaitu menggunakan soda bikarbonat.

Tetapi benarkah ia berkesan atau ada risiko kesan sampingan yang mungkin berlaku?

Kebaikan menggunakan soda bikarbonat

soda bikarbonat

Sebelum menjawab persoalan tersebut, mesti ada yang ingin mengetahui, kenapa baking soda yang menjadi pilihan rawatan, kan?

Baking soda atau soda bikarbonat adalah bahan yang sama. Ia adalah kaedah yang popular untuk merawat masalah pencernaan seperti pedih ulu hati, pencernaan asid dan sakit perut.

Baking soda atau sodium bicarbonate (natrium bikarbonat) adalah garam yang terdiri daripada ion natrium dan ion bikarbonat.

Ia selalunya dilihat sebagai pepejal kristal putih atau serbuk halus. Tablet dan kapsul yang mengandungi natrium bikarbonat juga tersedia. 

Ramai individu memilih menggunakan soda bikarbonat itu sebagai agen penaik, misalnya dalam pembuatan kek. Ia juga merupakan ramuan dalam produk pembersih semula jadi.

Untuk tujuan perubatan, natrium bikarbonat dapat menjadikan air kencing lebih beralkali, ia sesuai untuk individu yang mengalami masalah jangkitan saluran kencing

Pun begitu, pengawasan daripada doktor diperlukan kerana ia berisiko memberikan kesan buruk.

Soda penaik mempunyai pH alkali, dan ia adalah ubat biasa untuk menghilangkan pedih ulu hati dan refluks asid. Ia akan meneutralkan lebihan asid perut yang menyebabkan gejala.

Walau bagaimanapun, doktor hanya akan menyarankan penggunaan sodium bicarbonate ini untuk tempoh sementara sahaja, terutamanya ketika gejala pertama kali muncul. 

Ini kerana jika digunakan terlalu kerap untuk tempoh yang panjang, ia berisiko mengembangkan masalah lain apabila badan menjadi terlalu beralkali. 

Lebih membimbangkan adalah soda bikarbonat adalah garam. Maka pengambilan garam secara berlebihan pastinya boleh menimbulkan masalah kesihatan lain.

Risiko kesan sampingan penggunaan soda bikarbonat

Walaupun soda penaik dapat memberikan kelegaan yang cepat, namun kaedah ini tidak sesuai untuk diamalkan setiap individu.

Kesan sampingan lazim jika mengambil natrium bikarbonat adalah:

kesan sampingan

Penggunaan soda penaik berlebihan untuk jangka panjang boleh meningkatkan risiko:

  • Hipokalemia, atau kekurangan darah kalium
  • Hipokloremia, atau kekurangan darah klorida
  • Hipernatremia, atau kenaikan kadar natrium
  • Memburukkan lagi penyakit buah pinggang
  • Memburukkan lagi kegagalan jantung
  • Kelemahan otot dan kekejangan
  • Peningkatan pengeluaran asid perut

Natrium dalam baking soda cenderung meningkatkan dehidrasi dan memburukkan gejala lain.

Lakukan pemeriksaan doktor dengan segera jika anda mempunyai simptom seperti:

  • Kerap kencing
  • Kehilangan selera makan dan/ atau penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
  • Kesukaran bernafas
  • Bengkak pada anggota badan dan kaki
  • Najis berdarah atau seperti tar
  • Darah dalam air kencing
  • Muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi

Wanita mengandung dan kanak-kanak di bawah usia 6 tahun perlu mengelakkan penggunaan soda bikarbonat sebagai cara untuk merawat asid refluks.

Dapatkan nasihat doktor

Individu yang mempunyai masalah asid refluks harus berbincang dengan doktor sebelum mengambil soda bikarbonat sebagai kaedah rawatan.

Pastikan anda memberitahu doktor jika ada masalah kesihatan lain atau turut mengambil ubatan lain sebelum menggunakan soda penaik ini.

Berbincang dengan doktor jika asid refluks yang dialami mengganggu kehidupan seharian anda. 

Doktor boleh mengesyorkan rawatan yang dapat membantu melegakan gejala anda dengan lebih berkesan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sudah Gosok Gigi, Tapi Masih Ada Masalah Bau Mulut? Ini Mungkin Petanda Sakit Diabetes

Anda ada masalah nafas berbau atau mulut berbau? Jaga-jaga! Ini mungkin petanda ada sakit diabetes. Tapi, apakah kaitan kedua-duanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes Jenis 2, Kencing Manis 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Sering Sakit Perut Selepas Makan Pencuci Mulut? Jaga-Jaga! Anda Mungkin Ada Alahan…

Adakah anda pernah mengalami sakit perut setelah makan makanan manis? Ini mungkin petanda bahawa anda sebenarnya mempunyai alergi gula.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Alahan, Pusat Kesihatan 17/11/2020 . 3 minit bacaan

Perut Selalu Kembung & Berangin? Cuba Elak Ambil 7 Jenis Makanan Ini

Diet seimbang melibatkan pelbagai jenis makanan berkhasiat. Tapi, bagi penghidap sindrom iritasi usus ada makanan mungkin mencetuskan rasa tidak selesa.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Aduh, Sakit Pedih Ulu Hati Pula Pagi-Pagi Ini! Jom Atasinya Dengan 5 Cara, PASTI Berkesan!

Mengalami pedih ulu hati pada waktu pagi bukanlah perkara yang menyeronokkan. Tentu ia akan menjejaskan produktiviti anda, kan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 16/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

punca mulut berbau

Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
bau mulut

Ini 5 Petua Hilangkan Nafas Berbau Lepas Makan Bawang, Confirm Tak Segan Lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
masalah usus

Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
bayi menangis

Bayi Kerap Menangis Kerana Ada Gangguan? Ini Penjelasan Saintifik & 17 Cara Pujuk Si Manja

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/12/2020 . 3 minit bacaan