backup og meta

Bukan Untuk Buat Kek Saja, Ini 6 Kegunaan Baking Soda Untuk Cuci Rumah Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

    Bukan Untuk Buat Kek Saja, Ini 6 Kegunaan Baking Soda Untuk Cuci Rumah Anda!

    Terdapat banyak kegunaan baking soda untuk rumah yang boleh anda buat khususnya berkaitan kebersihan dan keceriaan kediaman. Kami kongsikan beberapa manfaat baking soda yang mungkin menarik minat anda untuk dicuba.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

    Kegunaan baking soda untuk rumah

    Baking soda atau serbuk penaik biasanya digunakan sebagai agen penaik ketika membuat kek, roti atau pastri.

    Namun, penggunaan baking soda bukan setakat untuk makanan sahaja.

    Ia juga mempunyai pelbagai fungsi termasuklah dalam kebersihan dan keceriaan rumah.

    Ini beberapa kaedah yang boleh anda lakukan dengan menggunakan soda bikarbonat.

    #1. Mencuci dapur rumah

    Antara kegunaan baking soda yang terkenal ialah fungsinya dalam mencuci dapur. 

    Anda boleh meletakkan pes soda yang dicampur air dan lap peralatan dapur yang kotor seperti ketuhar, dapur gas atau penyedut udara dapur.

    Selain itu, ia juga berkesan menanggalkan kotoran degil yang melekat pada kuali, cerek air atau bekas makanan. 

    #2. Menghilangkan bau peti sejuk

    kegunaan baking soda

    Pernahkah anda membuka peti sejuk tetapi ia mengeluarkan bau yang kurang enak.

    Bau tersebut mungkin terhasil daripada makanan dan minuman yang telah disimpan terlalu lama.

    Bau daripada makanan ini terutamanya makanan yang sudah rosak boleh melekat dalam jangka masa yang lama pada peti sejuk.

    Jadi, anda boleh menggunakan soda penaik untuk menghilangkan bau tersebut.

    Caranya adalah dengan mengisi soda penaik dalam satu cawan kecil dan letakkan di bahagian belakang peti ais.

    #3. Hilangkan bau bekas sampah

    Tong sampah di dapur atau di dalam rumah pastinya akan mengeluarkan bau busuk apatah lagi jika mengandungi sampah sarap yang sudah lama.

    Hendak dibuang, tetapi plastik sampah masih belum penuh. Jika dibiarkan, baunya pasti akan merebak ke seluruh ruang rumah.

    Caranya mudah sahaja, gunakan soda bikarbonat.

    Ini kerana, kegunaan baking soda boleh menghilangkan bau sampah dengan meneutralkan molekul bau busuk yang berasid.

    Cara yang paling berkesan adalah dengan menaburkan serbuk soda bikarbonat di dasar tong sampah sebelum diisi dengan sampah. 

    #4. Bahan pencuci tandas

    kegunaan baking soda

    Kotoran yang melekat dalam tandas mungkin agak sukar untuk dihilangkan walaupun diberus dengan kuat.

    Jika anda tidak mahu menggunakan bahan kimia atau bahan peluntur, anda boleh menggunakan cara semula jadi yang lebih selamat iaitu soda bikarbonat.

    Ia mungkin tidak sebaik bahan pencuci komersial, tetapi masih mampu memutihkan dan membasmi kuman pada permukaan dalam tandas.

    Antara permukaan yang boleh dicuci dengan baking soda ialah mangkuk tandas, jubin lantai, tab mandi dan sinki.

    #5. Kegunaan baking soda: Segarkan udara rumah

    Untuk makluman anda, tidak semua pewangi udara yang anda pakai di rumah benar-benar menghapuskan bau busuk.

    Kebanyakan daripada produk-produk ini hanya mengeluarkan bau wangi bagi menutupi bau busuk yang ada.

    Malah, sebahagian besar pewangi ini mengandungi beberapa bahan kimia yang mungkin kurang sesuai jika anda mengalami alahan terhadap bahan kimia tertentu.

    Jadi, anda boleh membuat penyegar udara sendiri dengan menggunakan soda bikarbonat. Caranya adalah seperti di bawah ini.

    Cara membuat penyegar udara DIY

    • Bekas kecil
    • ⅓ cawan soda bikarbonat
    • Minyak pati kegemaran anda
    • Sehelai kertas atau kain
    • Tali pengikat
    Cara-caranya: 
    1. Masukkan baking soda dalam bekas dan titiskan 10 hingga 15 titisan minyak pati.
    2. Tutup dengan kertas atau kain dan ikat dengan tali pengikat.
    3. Letakkan di ruang yang diingini. 

    #6. Kegunaan baking soda: Tanggalkan kotoran pada karpet

    kegunaan baking soda

    Campuran soda bikarbonat bersama cuka boleh membantu menanggalkan kotoran degil yang terdapat pada karpet atau permaidani anda.

    Campuran kedua-dua bahan ini akan menghasilkan sebatian asid karbonik yang biasa terdapat dalam bahan pencuci komersial.

    Apa yang perlu anda buat adalah dengan menaburkan satu lapisan nipis soda pada permukaan karpet.

    Kemudian, semburkan dengan campuran cuka dan air pada lapisan soda tersebut.

    Tunggu sehingga satu jam sebelum mula memberus kawasan karpet yang kotor.

    Setelah itu, ambil penyedut hampagas dan bersihkan sisa soda yang masih melekat pada karpet. 

    Kesimpulan

    Kini anda telah tahu kegunaan baking powder.

    Seperti yang dinyatakan di atas, baking soda bukan hanya digunakan dalam pembuatan kek dan roti, tetapi juga boleh membantu membersihkan rumah.

    Anda boleh cuba 6 tip di atas bermula hari ini. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan