Sering sendawa dan pedih ulu hati? Tahukah anda, ada pelan pemakanan untuk pesakit GERD dan anxiety? Tidak dinafikan, pemakanan yang sihat amat penting untuk mengurangkan simptom GERD. Sebab itulah, anda perlu tahu cara hilangkan GERD dengan cepat!
Sering sendawa dan pedih ulu hati? Tahukah anda, ada pelan pemakanan untuk pesakit GERD dan anxiety? Tidak dinafikan, pemakanan yang sihat amat penting untuk mengurangkan simptom GERD. Sebab itulah, anda perlu tahu cara hilangkan GERD dengan cepat!
GERD atau penyakit refluks gastroesofagus merupakan sejenis kondisi yang berlaku apabila asid dalam perut naik semula ke esofagus.
Penghidap GERD akan rasa pedih perut, kerap sendawa dan alami pedih ulu hati dengan kerap.
Dalam artikel kali ini, kami akan jelaskan mengenai pemakanan yang sesuai sebagai cara menyembuhkan penyakit GERD dengan cepat. Jom baca!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Salah satu cara hilangkan GERD yang berkesan adalah dengan mengubah diet harian.
Walau bagaimanapun, pengambilan makanan ini bukanlah ubat untuk GERD. Namun, ia mungkin dapat mengurangkan simptom yang anda alami.
Antara makanan yang boleh diambil oleh pesakit GERD:
Sayur mengandungi lemak dan gula yang rendah. Antara sayuran yang baik untuk penghidap GERD ialah kacang hijau, brokoli, asparagus, kentang dan juga timun.
Kentang merupakan contoh karbohidrat dan serat mudah larut.
Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai lagi vitamin dan nutrisi, menjadikan kentang sebagai salah satu makanan yang sangat berkhasiat untuk badan.
Baca juga:
Halia merupakan makanan yang baik untuk mengurangkan pedih ulu hati. Cara penyediaannya juga mudah, cuma tambahkan sahaja beberapa potong halia dalam minuman.
Sifat alkali dan antiradangnya juga akan mengurangkan iritasi pada saluran pencernaan.
Jadi, jika anda kerap sendawa dan sering pedih ulu hati, cuba minum air halia. Teh halia pun boleh!
Oat merupakan sejenis bijirin penuh yang juga merupakan sumber serat yang tinggi. Diet yang tinggi serat selalunya dapat mengurangkan simptom GERD.
Selain oat, anda juga boleh tambahkan roti dan nasi dalam diet harian. Semua ini merupakan contoh karbohidrat yang sihat dan mudah dicerna badan.
Elakkan mengambil sebarang buah-buahan sitrus seperti oren, limau dan sebagainya. Buah-buahan ini boleh menyebabkan pedih ulu hati menjadi semakin teruk.
Pilih buah-buahan lain yang mengandungi serat. Sebagai contoh, anda boleh makan tembikai, pisang, epal dan pir.
Cuba tambah lebih banyak daging pejal dalam diet harian. Anda juga boleh lebihkan ikan.
Ikan tidak mengandungi lemak yang tinggi, jadi ia dapat mengurangkan simptom GERD. Anda boleh masak ikan dengan pelbagai cara. Goreng, bakar atau stim mengikut kreativiti anda!
Anda boleh cuba makanan seperti avokado, kacang walnut, minyak bunga matahari dan juga minyak zaitun untuk mendapatkan lemak sihat.
Kurangkan pengambilan lemak tepu dan gantikannya dengan lemak tidak tepu yang lebih sihat.
Telur mengandungi protein yang tinggi. Walau bagaimanapun, kurangkan pengambilan telur kuning.
Ia mengandungi lemak yang tinggi dan mungkin akan menyebabkan GERD menjadi semakin serius.
Bagi penghidap GERD, ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan.
Makanan sebegini selalunya menyebabkan pedih ulu hati dan boleh mengganggu proses penghadaman.
Antara makanan yang boleh menyebabkan GERD menjadi semakin serius ialah:
Selain itu, ada juga makanan lain yang boleh menyebabkan pedih ulu hati menjadi semakin teruk. Antaranya:
Benar, ada banyak cara hilangkan GERD. Namun, langkah yang terbaik untuk mengurangkan simptom adalah melalui pemakanan yang sihat.
Bersederhanalah ketika makan. Elakkan makan pada lewat malam. Selain itu, anda juga boleh makan dalam kuantiti yang kecil tetapi lebih kerap untuk elakkan kelaparan.
Sekiranya GERD menjadi semakin serius, dapatkan konsultasi doktor secepat mungkin. Asid refluks yang kronik boleh menyebabkan kanser esofagus jika tidak ditangani dengan segera.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen