Bukan Sebab Sedih Atau Sakit Saja, Berak Pun Boleh Buat Kita Menangis?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ketika menjalani proses buang air besar atau berak, macam-macam ragam manusia yang dapat kita huraikan.

Jika dahulu surat khabar biasa menjadi peneman tatkala di kamar kecil, kini ia sudah diganti dengan telefon pintar bagi memecahkan kesunyian dan kebuntuan semasa sedang berjuang.

Tidak kurang juga ada yang sanggup membawa peranti lebih besar seperti tablet atau komputer riba ke dalam bilik air semata-mata untuk menonton drama ketika proses ini berlangsung.

Normal untuk kita melakukan perkara yang lain atau ‘multitask’ ketika sedang berak kerana ia adalah proses yang agak lama dan bosan.

Pun begitu, pernahkah kalian terbaca atau terdengar bahawa ada orang yang menangis ketika buang air besar?

Jangan terkejut kerana fenomena ini memang wujud. Jom kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

Bukan anda seorang sahaja yang mengalaminya!

Jika anda fikir bahawa anda seorang sahaja yang menangis semasa berak, jangan risau kerana ada lagi orang lain yang turut berfikiran sama seperti anda.

Dalam laman sesawang Reddit, hal ini pernah diungkitkan pada tahun 2019 oleh seorang individu yang menyatakan kebimbangan terhadap perkara ini.

menangis semasa berak

Hantaran ini telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka menyatakan ia adalah tidak normal.

Ada yang berpendapat bahawa ia terjadi akibat kurang makan serat, kurang minum air serta terlalu kuat meneran.

Namun apa pula kata sains?

Adakah menangis semasa berak itu normal?

Sebenarnya, adalah normal untuk seseorang itu mengalirkan air mata ketika buang air besar.

Ini kerana akan berlaku interaksi di antara salur darah, otot tubuh badan serta sistem saraf kompleks pada perut dan otak setiap kali kalian duduk atau cangkung di atas jamban.

Walaupun tidak dapat dipastikan peratus orang yang mengalami fenomena ini, tiada bukti yang mengatakan ia akan mendatangkan mudarat kecuali jika ia disebabkan oleh penyakit.

Jadi jangan terlalu bimbang jika ia berlaku kepada anda okay?

Apakah punca menangis ketika buang air besar?

Ramai yang percaya bahawa ia adalah disebabkan kesakitan akibat terlalu kuat meneran. Sehingga kini, para pengkaji sedang giat menyelidik punca sebenar fenomena ini berlaku.

Namun, kebanyakan pakar telah bersetuju dengan teori yang berikut:

buang air besar

#1. Tekanan intra abdomen

Ini adalah teori paling utama di sebalik fenomena menangis ketika buang air besar.

Ketika otot abdomen anda mengembang dan mengempis untuk membantu tinja keluar dari kolon, ia secara tidak langsung akan memberi tekanan pada organ dan membran di sekelilingnya.

Tekanan ini bersama dengan pernafasan, akan menyebabkan ketegangan salur darah dan sistem saraf pada abdomen lantas menghantar isyarat kepada otak untuk menghasilkan air mata.

Bukan di bahagian perut sahaja, tekanan pada abdomen ini juga akan memberi kesan pada leher serta kepala lalu mengakibatkan kelenjar lakrimal tertekan dan mengeluarkan air mata.

Ini boleh terjadi walaupun dalam keadaan kita tidak sedar atau rasa sakit, jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan.

#2. Reaksi sistem saraf vagus

Para pengkaji juga percaya bahawa punca menangis ketika buang air besar adalah berkaitan dengan kedudukan sistem saraf vagus di dalam tubuh badan.

Ia adalah sistem saraf yang menghubungkan perut dengan kepala (brain-gut axis).

Ia berfungsi menghantar dan memberi isyarat daripada perut ke otak untuk menentukan reaksi tubuh badan.

Terdapat 2 jenis isyarat yang dikawal oleh sistem saraf ini iaitu:

  • Motor (pergerakan otot)
  • Sensor (perasaan emosi)

Semasa sedang berak, sistem saraf vagus akan menyebabkan otak mendapat isyarat ‘stres’ sebelum berak dan ‘lega’ selepas berak lantas mengeluarkan air mata.

buang air besar

#3. Efek ‘poo-phoria’

Ada satu lagi teori yang pakar percaya menjadi dalang kepada fenomena menangis semasa berak iaitu efek ‘poo-phoria’. Apakah ia?

Menurut Pakar Nutrisi Rachel Favilla, ia adalah satu keadaan di mana anda berasa suka, gembira dan puas hati selepas buang air besar.

Ia juga boleh diumpamakan sebagai perasaan khayal atau mabuk seakan anda baru sahaja mencapai orgasma ketika melakukan seks.

Terkejut dengan penjelasan kami? Tenang, ketahuilah bahawa ia adalah sesuatu yang normal!

Pun begitu, segera berjumpa doktor sekiranya air mata yang keluar semasa berak itu turut hadir bersama rasa sedih atau sakit kerana ia mungkin petanda penyakit yang memerlukan rawatan lanjutan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ada Sebab Kita MESTI Berdehem Ketika Kencing! Jika Tidak, Boleh Jadi Punca Batu Karang?

Ramai yang percaya bahawa tidak berdehem ketika kencing juga boleh jadi punca batu karang. Adakah ia benar? Jom klik artikel untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Ibu, Jangan Pandang Remeh Jika Anak Menangis Tak Keluar Air Mata! Ada 4 Punca Kena Pantau

Kalau anda nak tahu, bayi yang baru lahir kebiasaannya menangis tak keluar air mata. Ia boleh jadi normal atau disebabkan oleh masalah kesihatan seperti...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 14/08/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Main Kongsi Jamban Terutamanya Jenis Duduk, Boleh Terkena STD Yang Ini!

Apa Itu Trichomoniasis? Ia adalah penyakit jangkitan kelamin yang dikatakan boleh tersebar melalui jamban! Benarkah? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/07/2020 . 3 minit bacaan

Tembak Asyik Miss, Jangan Biarkan Jika Kencing Bercabang, Ada Yang Bahaya

Masalah air kencing bercabang lazim berlaku terutamanya dalam kalangan lelaki. Jangan tak tahu, fenomena buang air kecil ini boleh jadi tanda penyakit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 15/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

air besar

Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
kerap buang air kecil

Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
kencing kotor

BAHAYA! Hentikan Tabiat Buruk Sering Menahan Kencing Jika Tak Nak Dapat Penyakit Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
punca kencing malam

Usah Percaya Dengan Tangkal Lagi, Jom Ketahui 7 Punca Sebenar Terkencing Waktu Malam!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan