Penyakit Paru-paru: Fakta Lengkap Mengenai Jenis, Punca & Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bagi memahami dengan lebih mendalam berkenaan dengan kepentingan menjaga peparu dalam sistem pernafasan, kita perlu tahu fungsi organ tersebut terlebih dahulu.

Paru-paru (atau peparu) adalah organ penting dalam sistem pernafasan manusia.

Apabila seseorang itu bernafas, sistem pernafasan akan membawa masuk oksigen dan mengeluarkan gas karbon dioksida.

Peparu akan menyerap oksigen masuk dan mengagihkannya ke seluruh sel badan melalui salur darah.

Setiap sel di dalam badan kita memerlukan oksigen untuk berfungsi, maka peparu penting bagi memastikan kelangsungan hidup bagi setiap individu.

Jika terdapat sebarang penyakit yang boleh mempengaruhi peparu, ia boleh menyusutkan tahap kesihatan seseorang.

Justeru, pengetahuan berkenaan dengan peparu boleh menjamin tahap kesihatan yang optimum.

Jenis masalah kesihatan paru paru yang lazim berlaku

Salah satu fakta penting berkaitan dengan kesihatan peparu adalah mengetahui penyakit yang boleh mempengaruhi organ paru-paru.

Berikut merupakan masalah peparu yang lazim dialami oleh populasi umum.

Asma

Asma adalah masalah kesihatan peparu yang boleh menyebabkan laluan udara membengkak dan menyempit sehingga mengakibatkan kesukaran bernafas.

Faktor pencetus seperti habuk, pencemaran udara, asap, udara sejuk dan sebagainya boleh menyebabkan masalah asma menjadi semakin teruk.

Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD)

COPD adalah keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan kantung udara di dalam peparu manusia menjadi rosak.

Ia kebiasaannya berlaku akibat pendedahan kronik terhadap gas berbahaya seperti asap rokok dan sebagainya.

Kanser peparu

Sejenis kanser yang menyebabkan sel peparu membahagi di luar kawalan.

Keadaan ini menjejaskan fungsi peparu serta meningkatkan risiko kematian penghidap.

Pneumonia

Pneumonia adalah jangkitan paru-paru yang boleh berpunca daripada virus, bakteria atau kulat.

Mereka yang didiagnosis dengan penyakit ini boleh mengalami masalah sukar untuk bernafas, kerosakan paru-paru kekal atau lebih teruk, kematian.

Tuberkulosis (batuk kering)

Tuberkulosis adalah sejenis penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria mycobacterium tuberculosis.

Jika ia tidak dirawat, komplikasi seperti kerosakan paru-paru dan kematian boleh berlaku.

Jangkitan influenza

Influenza adalah jangkitan virus yang berpunca daripada virus influenza. Ia boleh menyebabkan masalah pneumonia terutamanya jika anda mempunyai sistem imun badan yang lemah.

Fakta penting tentang penyakit paru paru: Punca utama

penyakit paru paru

Salah satu daripada fakta penting berkenaan dengan kesihatan paru-paru adalah ia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai jenis faktor.

Perkara ini boleh menyebabkan wujudnya simptom yang berbeza mengikut tahap keterukannya.

Antara punca lazim yang boleh menyebabkan masalah berkaitan dengan paru-paru adalah:

  • Tabiat merokok dan mereka yang terhidu asap rokok
  • Pendedahan kepada gas radon
  • Pencemaran udara
  • Jangkitan virus seperti virus korona
  • Jangkitan bakteria
  • Pendedahan terhadap bahan kimia di tempat kerja
  • Kurang nutrien makanan

Kesemua faktor yang tersenarai mempunyai potensi untuk menyebabkan masalah berkaitan paru-paru.

Lebih teruk lagi, tabiat merokok dan pendedahan terhadap gas radon merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan masalah kanser paru-paru.

Pencemaran udara merupakan punca lain yang boleh menyebabkan masalah pernafasan terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Partikel iritasi (radang) di dalam udara boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk bernafas.

Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan kilang dan kawasan trafik sesak, masalah sukar bernafas boleh menjadi teruk menyebabkan simptom.

Turunkan risiko sakit peparu dengan melakukan perubahan gaya hidup

Anda boleh menurunkan risiko penyakit paru-paru dengan membuat perubahan gaya hidup ke arah yang lebih sihat bagi mencapai tahap kesihatan respiratori yang optimum.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk mencapai kesan terapeutik tersebut. Antaranya adalah:

  1. Jika anda seorang perokok, pastikan anda berhenti secepat mungkin. 
  2. Kalau anda tinggal bersama perokok, nasihatkan mereka untuk berhenti merokok dan pastikan mereka tidak merokok di dalam rumah.
  3. Ketahui rekod perubatan ahli keluarga anda. Penyakit seperti asma, COPD dan kanser paru-paru boleh diwariskan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Jika anda mempunyai sejarah keluarga, ambil langkah pencegahan lebih awal.
  4. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup aktif, makan makanan seimbang dan capai berat badan ideal. Masalah obesiti boleh membebankan paru-paru untuk berfungsi dengan baik.
  5. Jika anda tinggal di kawasan yang mempunyai kualiti udara teruk, pakai pelitup muka apabila keluar rumah.

sistem pernafasan

Bagi mereka yang menghidap COPD, anda boleh mencuba teknik berikut bagi melegakan simptom:

  1. Minta doktor untuk ajarkan teknik pernafasan yang betul bagi membolehkan anda untuk bernafas dengan mudah dan dalam.
  2. Minum air secukupnya bagi menghilangkan lendiran mukus pada saluran pernafasan atas anda. Anda juga boleh menggunakan alat pelembap udara.
  3. Senaman berkala boleh membantu badan untuk kekal sihat dan menguatkan paru-paru.
  4. Amalan pemakanan sihat boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan.
  5. Elakkan daripada menetap di kawasan yang mempunyai masalah pencemaran udara yang tinggi. Udara segar boleh mengurangkan tahap keterukan simptom COPD.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bersalin Bukan Proses Mudah Terutamanya First-Time-Mom, Teknik Pernafasan Ini Penting!

Pernahkah kalian terdengar atau terbaca tentang teknik pernafasan bersalin Lamaze? Jom klik artikel untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Proses Bersalin 21/12/2020 . 3 minit bacaan

Suka Biarkan Si Manja Tidur Dalam Car Seat Lama-lama? Bahaya! Ini Sebabnya…

Jika anda keliru tentang keselamatan anak jika dibiarkan tidur dalam kerusi bayi, percayalah, anda tidak keseorangan. Selamat atau berbahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 19/11/2020 . 3 minit bacaan

Ciuman Bibir Ke Bibir Boleh Jadi Punca Terkena Pneumonia? Hati-hati Dengan Sakit Radang Peparu Ini

Benarkah penyakit pneumonia boleh berjangkit melalui ciuman? Jangkitan virus dan bakteria boleh merebak melalui ciuman, namun sejauh manakah kebenarannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra

Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

Ramai yang percaya bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan penyakit paru paru berair. Benarkah? Jom klik untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Artikel lain untuk anda

fenomena kebiruan

Anak Menangis Sampai Muka Jadi Biru? Mak Ayah Usah Biarkan! Ini Namanya Raungan Senyap

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
melelapkan mata

Masih Tak Tidur Lagi? Cuba 5 Teknik Bernafas Ini, Bantu Anda Mudah Tidur & Lebih Lena

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit asma gangguan pernafasan

Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
jangkitan kuman

Pneumonia: Punca, Gejala, Faktor Risiko, Rawatan & Langkah Pencegahan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan