“Hari ini aku hisap sebatang aje weyh, so kuranglah sikit kesan merokok tu.” Ini merupakan satu tanggapan biasa kepada perokok, tetapi adakah ia benar atau kuantiti rokok sebenarnya tidak membawa perbezaan? Ayuh, ikuti perkongsian artikel ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
“Hari ini aku hisap sebatang aje weyh, so kuranglah sikit kesan merokok tu.” Ini merupakan satu tanggapan biasa kepada perokok, tetapi adakah ia benar atau kuantiti rokok sebenarnya tidak membawa perbezaan? Ayuh, ikuti perkongsian artikel ini.
Kuantiti rokok mempengaruhi kesan merokok merupakan satu tanggapan yang salah, kerana kesan merokok bagi perokok ringan dan perokok tegar tidak jauh berbeza.
Ia adalah berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh pakar daripada University Columbia.
Kajian yang dilakukan itu melibatkan 25,000 sukarelawan merangkumi individu perokok, bekas perokok serta individu dewasa yang tidak pernah merokok.
Hasilanya menunjukkan kerosakan paru-paru bagi perokok ringan dan perokok yang menghisap rokok sehingga dua pek sehari adalah sama.
Keputusan kajian menunjukkan fungsi paru-paru bagi perokok tegar, yang ditakrifkan menghisap 30 batang rokok sehari menurun kadar 11.24 ml setahun lebih berbanding individu yang tidak merokok.
Manakala individu perokok ringan yang hanya merokok dalam anggaran kurang daripada 5 batang rokok sehari pula menunjukkan penurunan fungsi paru-paru pada kadar 7.65 ml setahun.
Pakar mengatakan bahawa perokok ringan kehilangan kapasiti paru-paru yang sama dalam tempoh setahun seperti kehilangan kapasiti paru-paru yang dialami oleh perokok tegar untuk jangka masa sembilan bulan.
Menurut penulis utama penyelidikan Dr Elizabeth Oelsner berkata, “Merokok dalam kuantiti sedikit dalam sehari memberikan kesan merokok yang sama berisiko seperti seperti merokok dalam kuantiti yang banyak.”
Jelas beliau lagi, ini kerana perbezaan kehilangan fungsi antara merokok kurang 5 batang dan 2pek kotak rokok sehari sangat kecil.
Jadi cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan berhenti merokok terus dan bukannya mengurangkan kuantiti rokok.
Ini bermakna kesan kerosakan paru-paru secara langsung adalah kualitatif. Bagaimanapun, kesan merokok yang akan mengakibatkan masalah kanser paru-paru adalah bersifat kuantitatif.
Ini bermakna semakin banyak rokok yang dihisap, semakin tinggi risiko untuk mengalami kanser paru-paru.
Kajian yang diterbitkan dalam The Lancet Respiratory Medicine ini turut menyatakan individu dalam kumpulan perokok ringan tidak menyedari bahawa mereka berdepan dengan risiko untuk mengalami masalah berkaitan penyakit paru-paru yang boleh membawa maut.
Individu yang sudah lama merokok berdepan dengan risiko penyakit pulmonari obstruktif kronik yang tidak dapat diubati (COPD) selain kanser.
Tabiat merokok merupakan penyebab utama kanser yang boleh dielakkan. Ia menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan sekurang-kurangnya 15 jenis penyakit yang berbeza.
[health_tool_article id=”75148″]
Kebanyakan individu tertarik untuk merokok kerana menganggap nikotin mampu membuatkan mereka berasa lebih tenang. Tetapi hakikatnya, tabiat ini boleh menyebabkan mereka ketagih dan sukar untuk berhenti.
Berhenti merokok pada usia muda, terutamanya sebelum mencecah usia 40 tahun, dapat dikaitkan dengan penurunan risiko kematian awal.
Walau bagaimanpun, berhenti merokok selepas berusia 60 tahun dapat dikaitkan risiko kematian yang lebih rendah. Keadaan ini adalah jika berbanding individu dewasa berusia yang masih terus merokok.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen