Betul Ke Limau Nipis Ubat Kencing Manis Atau Ia Hanya Mitos Semata-Mata?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tular dakwaan keberkesanan limau nipis dalam merawat diabetes. “Limau nipis ubat kencing manis?”, ya, kami juga tertanya-tanya seperti anda, adakah ia benar-benar berkesan seperti yang didakwa? Ikuti jawapannya di bawah.

Kadar kencing manis atau diabetes di Malaysia

Sebelum anda mengetahui mengenai fakta sebenar keberkesanan petua tersebut, eloklah terlebih dahulu untuk anda mengetahui beberapa fakta atau realiti sebenar penyakit kencing manis di Malaysia.

Menurut Institut Diabetes Kebangsaan (NADI), Malaysia memilki kadar jumlah penghidap diabetes yang paling tinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia selepas negara Arab Saudi.

Kira-kira 2.5 juta individu dewasa di Malaysia yang berusia 18 tahun keatas dikesan menghidap penyakit ini. Manakala hampir separuh daripada keseluruhan rakyat di negara ini tidak menyedari bahawa mereka sedang menghidap diabetes

Benarkah limau nipis ubat kencing manis?

Menurut Dr. Suhazeli Abdullah, Pakar Perunding Perubatan Keluarga yang berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu, kencing manis atau diabetes bukanlah boleh disembuhkan semudah itu.

Pakar-pakar perubatan dan saintis di seluruh dunia masih lagi mencari penawar atau ubat terbaik bagi merawat penyakit ini.

Menurut beliau, petua yang dikongsikan itu hanyalah satu mitos kerana ia bukan sahaja tidak berkesan malah tidak mempunyai bukti dari segi kajian saintifik selain mempunyai kesan sampingan tertentu terhadap mereka yang mengamalkannya.

Selain itu, dakwaan tersebut hanyalah bersifat testimoni sahaja tanpa sebarang kajian yang lebih terperinci dan mendalam mengenai keberkesanannya.

Beliau juga mengingatkan, penjagaan kencing manis bukan hanya bergantung kepada sekali bacaan paras gula semata-mata. Ia juga melibatkan penjagaan organ-organ badan yang lain supaya ia tidak menambahkan mudarat kepada tubuh. 

Dr. Suhazeli Abdullah berkata, penghidap kencing manis yang cuba mengamalkan petua seperti ini akan mempunyai risiko untuk mengalami diabetic ketoacidosis (DKA) selain hiperglisemia, iaitu keadaan di mana penghidap penyakit kencing manis mempunyai tahap gula yang tinggi dalam tubuh badan.

Pengalaman beliau sebagai seorang doktor perubatan menjelaskan, sepanjang 20 tahun beliau berkhidmat sehingga kini, tidak terdapat seorang pun pesakit kencing manis yang sembuh sepenuhnya, melainkan hanya paras gula yang terkawal walaupun mengambil ubat-ubatan hospital.

Bukan sahaja limau nipis, malah iklan ubat-ubatan

Selain daripada petua-petua merepek yang banyak dikongsikan di internet, pembaca juga dinasihatkan untuk tidak mempercayai segala ubat-ubatan atau suplemen yang didakwa boleh menyembuhkan diabetes.

Ini kerana, kebanyakan ubat-ubatan yang dijual ini tidak mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Adakah anda tahu, pengiklanan produk makanan atau minuman yang mendakwa boleh menyembuhkan atau merawat sebarang penyakit adalah tidak dibenarkan.

Antara jenis penyakit kronik yang tidak dibenarkan untuk diiklan ialah penyakit kencing manis atau diabetes itu sendiri.

Oleh itu, jika anda mendapati sebarang produk yang mendakwa keberkesanannya dalam merawat penyakit-penyakit seperti kencing manis, ia jelas sekali tidak mempunyai kelulusan dari KKM dan berpotensi memberi risiko kepada tubuh badan anda. 

Mengapa ramai mudah percaya mitos khasiat limau kasturi untuk kencing manis?

Memandangkan kadar penghidap diabetes atau kencing manis di Malaysia adalah tinggi, maka tidak mustahil ramai daripada mereka yang gemar mencari solusi atau alternatif mudah melalui apa yang mereka baca daripada Google atau sebarang hantaran dalam kumpulan-kumpulan WhatsApp.

Apatah lagi jika maklumat yang diperoleh itu adalah dari ahli keluarga, sanak saudara atau kenalan rapat mereka sendiri. Maka setiap butir kata itu dipercayai dengan sepenuhnya tanpa sebarang persoalan.

Bermula disinilah ia berkembang daripada satu lapisan ke lapisan yang lain tanpa sebarang usul periksa terhadap kebenaran petua tersebut. 

Jika di internet pula, ia semudah satu klik untuk mendapatkan segala petua atau maklumat yang salah.

Bagi mereka yang terlalu malas untuk keluar rumah dan lebih gemar mencari jalan pantas dan mudah dalam merawat diri, Google pasti menjadi pilihan rujukan utama.

Jika anda menaip perkataan ‘petua’ dalam ruang carian Google, anda akan jumpa segala macam sumber petua-petua sama ada daripada sumber YouTube, laman-laman web berunsur islamik, laman laman web akhbar dan laman web majalah. 

Jika anda mendapati sesiapa sahaja daripada kalangan ahli keluarga anda yang cenderung mempercayai petua-petua sebegini, ambil peluang untuk menerangkan hal yang sebenar kepada mereka.

Ajarkan kepada mereka agar menyelidik terlebih dahulu segala sebaran atau hantaran yang diperoleh tanpa mempercayainya secara membuta tuli. 

Konklusi

Kepada semua pembaca, kami menyarankan kepada anda agar sentiasa mendapatkan nasihat rawatan daripada doktor untuk mengetahui punca dan rawatan terbaik bagi keadaan kesihatan yang anda sedang alami.

Daripada anda mencari petua-petua yang kebanyakannya tidak berasas dan mengarut, lebih baik anda mencari sumber maklumat bagaimana untuk menjalani hidup yang sihat seperti pemilihan makanan dan senaman. Langkah pencegahan seperti ini adalah jauh lebih baik daripada sekadar mengubati.

Ingatlah bahawa penyakit kencing manis tiada ubat atau penawarnya dan adalah lebih baik untuk anda menjaga pemakanan anda bermula hari ini.

Kurang pengambilan makanan bergula tinggi dan kekal aktif dengan melibatkan diri dengan aktiviti fizikal. Cara ini pasti lebih bermanfaat untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Mungkin ramai yang ada kencing manis jenis 2 namun tidak tahu tip untuk mengawalnya bukan? Jadi jom klik artikel ini untuk baca dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kencing Manis, Diabetes Jenis 2 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Serat yang diperoleh daripada makanan seperti sayuran mempunyai banyak manfaat. Salah satu manfaat serat ialah kurangkan risiko diabetes jenis 2!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Luka Lambat Sembuh? Hati-hati, Ia Mungkin Tanda Anda Menghidap Kencing Manis!

    Anda alami luka tetapi sudah berminggu-minggu masih belum baik? Luka lambat sembuh tersebut mungkin tanda bahawa anda alami luka kencing manis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Diabetes Tak Boleh Makan Lobak Merah Sebab Manis, Betul Ke?

    Pasti ramai yang tidak tahu khasiat lobak merah bukan? Selain baik untuk mata, sayur ini juga bagus untuk individu yang mempunyai diabetes.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahan masakan

    Nak Makanan Sedap Tapi Perlu Kawal Gula, Lemak? Pesakit Diabetes Boleh Guna 13 Bahan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    diabetes

    Membongkar 4 Mitos Tentang Terapi Insulin

    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    penjagaan diri

    Ini 5 Perkara Yang Mesti Pesakit Diabetes Lakukan Setiap Masa, Setiap Hari! Jangan Lalai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 4 minit bacaan
    apa itu dialisis

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan