8 Individu Yang LEBIH Berisiko Untuk Menghidap Asma Berbanding Orang Lain, Anda Salah Satu Darinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Punca penyakit asma masih belum diketahui dengan tepat. Asma mungkin bermula pada awal usia, sewaktu sistem imun masih berkembang. Ciri-ciri tertentu pada sistem imun seseorang boleh menjadikannya lebih terkesan kepada alergen atau virus.

Oleh itu, pendedahan kepada beberapa alergen atau virus boleh mencetuskan perubahan dalam sistem imun ke arah penyakit asma dan alahan.

Memandangkan asma ditemui dalam ahli keluarga yang sama, beberapa ciri penting sistem imun mungkin berada dalam bentuk genetik. Walau bagaimanapun, gen sebenar yang berkaitan dengan asma masih belum diketahui.

Meskipun punca penyakit asma masih menjadi kajian, terdapat beberapa faktor risiko yang didapati berkait rapat dengan kejadian penyakit asma.

Sebelum kelahiran

Ibu Merokok

Kanak-kanak mempunyai risiko asma yang lebih tinggi jika ibu merokok semasa mengandung. Kesannya dalam dilihat setelah mereka dilahirkan.

Pada usia dua tahun, kanak-kanak ini 40% lebih cenderung mengalami nafas berdehit (wheezing) dan 85% lebih cenderung untuk mengalami asma. Antara umur lima hingga 18 tahun, mereka adalah 52 % cenderung untuk mengalami nafas berdehit dan 23% lebih cenderung untuk mengalami asma.

Kanak-kanak yang terdedah kepada asap sewaktu dalam kandungan mengalami penurunan fungsi paru-paru sepanjang hayat.

Alam bayi dan kanak-kanak

Alahan

Alergen adalah salah satu daripada dua faktor risiko yang paling penting terhadap penyakit asma. Alahan berkembang selepas seseorang terdedah kepada alergen.

Bentuk-bentuk biasa alergen adalah hama debu, lipas, dan kulat. Alergen merangsang sistem imun anda membuat antibodi. Antibodi penting untuk melawan jangkitan berbahaya.

Walau bagaimanapun, ia juga menyebabkan tindak balas alahan terhadap perkara-perkara yang tidak berbahaya, seperti hama debu atau haiwan. Apabila alahan telah tercetus, pendedahan berterusan kepada alergen boleh menyebabkan asma.

Satu kajian meneliti risiko penyakit asma pada kanak-kanak berusia enam tahun yang mengalami alahan semasa berusia tiga tahun. Berbanding dengan kanak-kanak tanpa alahan, keputusan menunjukkan bahawa risiko asma adalah:

  • Lebih daripada 9 kali lebih tinggi dalam kanak-kanak dengan alahan anjing.
  • Hampir 4 kali lebih tinggi dalam kanak-kanak dengan alahan kucing.
  • Hampir 3 kali lebih tinggi dalam kanak-kanak dengan alahan hama debu atau kulat.

Jangkitan virus dan nafas berdehit

Jangkitan virus adalah faktor risiko utama lain terhadap penyakit asma. Kanak-kanak yang nafas berdehit ketika mengalami selesema lebih cenderung berbanding yang tidak berdehit untuk mengalami asma ketika mereka berumur enam tahun.

Dua virus selesema biasa yang dikaitkan dengan asma ialah RSV (respiratory syncytial virus) dan HRV (human rhinovirus).

RSV adalah jangkitan virus biasa yang menyebabkan selesema. Bayi yang mempunyai jangkitan RSV mempunyai simptom yang kelihatan seperti asma.

Satu pertiga daripada kanak-kanak yang mendapat jangkitan RSV mengalami nafas berdehit secara berterusan. Ini kemungkinan besar berlaku jika salah seorang ibu bapa mempunyai asma.

HRV sering menyebabkan selesema biasa, dengan simptom yang menjejaskan hidung, tekak, dan paru-paru. Kanak-kanak yang nafas berdehit semasa menghidap selesema adalah hampir 10 kali ganda lebih berkemungkinan mengalami asma berbanding yang nafas tidak berdehit.

Pendedahan kepada asap rokok

Kanak-kanak yang membesar dalam rumah dengan perokok menghadapi peningkatan risiko nafas berdehit dan asma.

Bagi kanak-kanak berumur dua tahun yang ibunya merokok, risiko nafas berdehit kira-kira 70% lebih tinggi dan risiko asma adalah 20% lebih tinggi berbanding mereka dengan ibu yang tidak merokok.

Akibat daripada asap rokok secondhand boleh memberi kesan walaupun setelah dewasa. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang terdedah kepada asap rokok secondhand sewaktu kanak-kanak hampir dua kali ganda berisiko menghadapi asma berbanding orang lain.

Faktor lain

Faktor lain boleh meningkatkan risiko asma, walaupun kaitannya tidak jelas. Contohnya termasuklah:

  • Pencemaran udara
  • Diet tidak sihat
  • Penggunaan antibiotik berlebihan
  • Pendedahan kepada perengsa (irritants)
  • Tekanan dan kesusahan hidup yang berterusan

Alam Dewasa

Merokok

Sukar untuk mengkaji sama ada merokok menyebabkan asma pada orang dewasa, tetapi kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kedua-duanya saling berkait.

Dalam tempoh sepuluh tahun, merokok adalah faktor risiko asma bagi orang dewasa yang mengalami alahan pada hidung (allergic rhinitis/hay fever). Asma lebih kerap berlaku dalam perokok tegar berbanding perokok ringan.

Berbanding dengan bukan perokok, perokok yang menghisap 1-10 tahun pek (tahun pek= bilangan pek rokok/hari x tahun) adalah dua kali ganda berkemungkinan mengalami asma bahkan mereka yang mempunyai sejarah lebih 21 tahun pek berisiko sebanyak lima kali ganda.

Alahan

Sesetengah asma muncul pada masa dewasa kerana alergen dan kerengsaan (irritants) di tempat kerja.

Tukang cuci, jururawat, pekerja fabrik dan petani yang kerap terdedah kepada kerengsaan di tempat kerja lebih cenderung mengalami asma.

Dalam keadaan lain, pendedahan besar-besaran terhadap kerengsaan yang tinggi, seperti tumpahan toksik, telah dilaporkan menyebabkan asma. Mereka yang hidup di rumah yang mempunyai tahap kerengsaan yang tinggi, seperti sebatian organik juga mempunyai risiko asma yang lebih tinggi.

Obesiti

Selama beberapa tahun sebelum ini, obesiti dan asma kelihatan meningkat bersama-sama. Kaitan antara keduanya tidak diketahui.

Obesiti boleh menyebabkan perubahan saluran udara yang menyebabkan sesak nafas. Orang yang berat badan berlebihan juga mungkin mudah mengalami keradangan yang membawa kepada masalah dengan saluran pernafasan.

Hello Health Group  tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jaga-Jaga Penghidap Asma & Alahan, Cuaca Juga Boleh Buatkan Anda Diserang Alergi!

    Alahan dan asma boleh menyerang ketika cuaca sejuk atau panas. Jika anda alami sakit hidung seakan-akan reaksi alahan, cepat jumpa doktor ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan, Pusat Kesihatan 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

    Kajian terbaru menunjukkan terdapat kaitan antara kaedah pembedahan czer dengan kebarangkalian untuk anak mendapat penyakit asma.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Proses Bersalin 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Mama, Jangan Samakan Bayi Pramatang Dengan Baby Cukup Bulan, Proses Tumbesarannya Berbeza!

    Kelahiran bayi tidak cukup bulan, adakah ia boleh menyebabkan tumbesaran terbantut? Jom ketahui lebih lanjut tentang perkembangan bayi pramatang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 21/07/2020 . 3 minit bacaan

    Keliru Dengan Simptom Asma Dan COVID-19, Remaja Ini Nyaris Maut

    Seorang pemuda dari Ireland, Brandon Fay menyangka dia hanya mendapat simptom asma. Siapa sangka, rupanya ia adalah jangkitan virus korona baharu COVID-19.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 23/04/2020 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    komplikasi asma

    Bukan Hanya Kacau Waktu Tidur, Tapi Penyakit Asma Juga Buat Hidup Anda Terjejas

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit asma gangguan pernafasan

    Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah

    Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
    punca penyakit asma

    Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan