9 Senario yang Memberi Kesan kepada Kepatuhan Anda Terhadap Perubatan Asma

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kepatuhan dalam mengambil ubatan memainkan peranan penting pada tahap kejayaan rawatan asma. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kemajuan perubatan asma yang semakin berkembang, ramai lagi yang masih tidak mampu untuk mematuhi perskripsi mereka untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jadi apakah kesan kepatuhan anda kepada ubat-ubatan? Mari kita lihat.

Tahap keterukan asma

Jika anda terbeban dengan simptom asma yang teruk, anda lebih cenderung untuk patuh pada terapi yang diarahkan. Ini mungkin kerana anda menyedari bagaimana asma boleh menjejaskan kehidupan anda dan anda mahu terlepas dari perkara yang membelenggu ini. Ada juga yang sebaliknya, kadangkala terdapat penyakit yang lebih bersimptom mungkin menjadi punca kepada ketidakpatuhan pada ubat-ubatan.

Kerumitan perskripsi

Sesetengah faktor rejimen dalam terapi asma boleh menjejaskan kepatuhan anda pada ubatan asma. Jika perskripsi anda mengandungi banyak jenis ubatan, alat atau tugasan, ia mungkin sukar untuk anda mematuhi terapi tersebut. Jika jangka masa terapi terlalu lama, atau dos terlalu kerap, kepatuhan anda juga boleh merosot.

Mujur para doktor dan saintis telah berusaha dalam menghasilkan terapi sehari sekali yang terbaik. Ini boleh membantu mengurangkan beban terapi dan meningkatkan kepatuhan anda kepada ubat-ubatan.

Penyediaan dan ketersediaan bahan-bahan rawatan

Kadangkala, anda tidak boleh membeli ubatan yang diarahkan kerana sukar mencarinya atau anda tidak tahu tempat yang menyediakannya. Atau kadangkala anda tidak mematuhi perskripsi kerana anda tidak boleh membaca arahan yang disertakan bersama ubatan tersebut- ia terlalu sukar untuk anda fahami.

Anda lebih cenderung untuk mengambil ubat apabila anda berdepan dengan simptomnya. Ini membantu anda melegakan simptom yang anda hadapi. Oleh itu, saintis berkata yang kepatuhan kepada ubatan pelega mungkin lebih baik berbanding kepatuhan kepada ubatan pencegah.

Kepercayaan tentang kesihatan dan motivasi pesakit

Kepercayaan anda terhadap keparahan asma anda, keberkesanan ubat-ubatan boleh mengawal kepatuhan anda terhadap ubat-ubatan. Kajian telah dijalankan untuk membuktikan terdapat hubungkait antara kepercayaan terhadap asma dan kepatuhan kepada ubatan asma. Satu kajian mendapati bahawa pesakit asma yang tahu dengan mendalam tentang penyakitnya boleh mematuhi perskripsi pencegahannya dengan lebih baik.

Kerana ubatan yang digunakan untuk mengawal asma mungkin mengandungi kortikosteroid, pesakit yang mempunyai masalah dengan ubatan ini mungkin tidak mengambilnya pada dos yang betul atau berhenti dari penggunaan jangka masa panjang.

Sesetengah orang beranggapan bahawa rawatan untuk asma diperlukan bila hanya mereka mengalami simptom. Adakah anda berfikiran sedemikian? Walau bagaimanapun, asma adalah sejenis penyakit kronik dan anda memerlukan ubat-ubatan untuk mengawalnya.

Hubungan antara pesakit dan doktor

Hubungan antara pesakit dan doktor adalah faktor yang boleh mempengaruhi kepatuhan anda. Hubungan yang sihat dibina berasaskan kepercayaan dan empati. Beberapa kajian telah dijalankan atas faktor ini. Mereka mendapati pesakit akan patuh dengan ubatan mereka jika doktor merawat mereka sama rata, memberi sokongan emosi dan kehormatan yang sepatutnya. Sebagai contoh, jika doktor boleh membuat hubungan mata dengan pesakit, bertanya soalan, menerangkan arahan dengan berhati-hati, dan meluangkan masa dengan pesakit, kepatuhan kepada ubatan asma boleh dipertingkatkan.

Kesan sampingan ubatan

Ubat-ubatan mempunyai kesan sampingan. Kadangkala, selepas anda mengambil ubat, anda mungkin mengalami beberapa simptom. Simptom-simptom ini membuatkan anda anda berasa yang asma anda semakin teruk; ubat tersebut tidak sesuai untuk anda, atau doktor tersebut tidak boleh dipercayai. Dan mungkin anda akan berhenti mengambil ubat tersebut supaya dapat mengelak dari mengalami kesan sampingan tersebut.

Sikap terhadap ubatan

Terdapat beberapa jenis sikap pesakit asma terhadap ubat-ubatan. Anda mungkin takut yang ubat tersebut tidak berkesan. Anda mungkin risau akan bahan-bahan ubat tersebut yang bukan semula jadi. Anda mungkin juga takut anda akan mengalami ketagihan. Atau anda mempunyai sikap anti-ubat (anda tidak mahu mengambil sebarang ubat langsung). Semua sikap ini boleh menjejaskan kepatuhan anda terhadap ubat-ubatan.

Faktor sosial dan budaya

Sokongan keluarga adalah penting. Beberapa kajian menunjukkan anda akan lebih cenderung untuk mempunyai kepatuhan pada ubat dengan lebih baik jika komunikasi sesama keluarga anda baik atau anda menerima sokongan yang baik dari doktor anda.

Kos terapi dan pendapatan

Duit adalah isu penting. Asma adalah sejenis penyakit kronik yang rawatannya berkemungkinan sepanjang hidup. Jika anda merasakan kos untuk terapi anda agak membebankan, anda akan cenderung untuk berputus asa. Walau bagaimanapun, kos terapi tersebut sepatutnya tidak menjadi masalah jika anda seorang yang berpendapatan tinggi atau mempunyai insurans kesihatan. Dan doktor juga akan bekerja keras untuk mendapatkan rawatan yang kos-efektif untuk anda.

Beberapa faktor boleh menjejaskan kepatuhan kepada ubat-ubatan asma. Ini boleh membawa kegagalan kepada pengurusan asma. Sila patuhi perskripsi dengan patuh dan berbincanglah dengan doktor jika anda mengalami sebarang masalah. Jangan berhenti mengambil ubat jika doktor anda tidak mengarahkannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kanser Kolorektal Ketiga Didiagnosis Di Dunia, Kenali Simptom Penyakit Ini Dari Awal

    Kanser kolorektal adalah kanser ketiga tertinggi didiagnosis dalam kalangan lelaki dan wanita di seluruh dunia. Seperti kebanyakan barah yang lain, mereka yang mengalami kanser kolorektal pada peringkat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Ambil Tahu Punca Dan Faktor Risiko Kanser Prostat, Cegah Sebelum Terlambat

    Anda mempunyai masalah kanser prostat? Pasti anda tertanya-tanya faktor dan punca barah prostat yang anda alami. Jom baca artikel ini untuk info lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Prostat, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Pencegahan Kanser Prostat

    Banyak yang anda boleh lakukan sebagai langkah pencegahan kanser prostat. Sebagai contoh, anda boleh bersenam, berhenti merokok dan jaga berat badan anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Prostat, Kanser 22/10/2020 . 4 minit bacaan

    Rawatan Kanser Prostat

    Kanser prostat mempunyai potensi kesembuhan yang tinggi jika rawatan prostat diberikan pada tahap awal. Oleh sebab itu, penting bagi setiap lelaki untuk...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Prostat, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rawatan usus

    Rawatan Kanser Kolorektal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 6 minit bacaan
    cara merawat usus

    Diagnosis Kanser Kolorektal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan
    masalah usus

    Punca Kanser Kolorektal, Ini Faktor Risiko Yang Cenderung Buat Anda Mendapat Kanser

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan
    muka stress

    Jangan Selalu Stres, Kalau Tak Nak Muka Berubah Jadi Macam Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan