Normal Ke Ibu Rasa Tak Bermaya Lepas Bersalin? Atau Ini Petanda Anemia, Sila Check, Mama!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Adakah anda rasa lemah dan tidak bersemangat selepas melahirkan anak? Ibu yang baru sahaja bersalin mempunyai risiko tinggi untuk alami masalah kurang zat besi.

Sebenarnya, normal untuk ibu yang baru bersalin untuk rasa penat. Tambah lagi, ibu telah kehilangan darah yang banyak selepas melahirkan anak.

Selain itu, ibu juga mungkin tidak dapat rehat yang mencukupi dek kerana menjaga anak yang baru lahir dan juga melayan tetamu yang datang bertandang.

Walau bagaimanapun, normalkah jika rasa penat sepanjang masa? Jika ibu penat walaupun tidak melakukan apa-apa aktiviti, mungkin ini adalah tanda anda sedang mengalami anemia kurang zat besi.

Masalah kurang zat besi selepas mengandung

ibu bersalin

Menurut WHO, anemia merupakan perkara yang lazim berlaku kepada kaum wanita selepas kelahiran.

Punca utama wanita mengalami anemia selepas melahirkan anak ialah kekurangan zat besi dalam darah.

Anemia yang dialami dalam masa 6 minggu selepas kelahiran adalah sesuatu yang bahaya dan boleh akibatkan kesan jangka masa panjang pada kesihatan individu.

Kajian dijalankan di sebuah negara yang mempunyai kadar pendapatan yang tinggi mendapati bahawa 10 hingga 30% wanita mengalami anemia selepas melahirkan anak.

Masalah ini mungkin lebih teruk lagi di negara yang berpendapatan rendah.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah anemia dalam kalangan ibu yang baru bersalin, WHO mencadangkan pengambilan asid folik dan juga suplemen zat besi untuk para ibu.

Suplemen ini akan diberikan 6 hingga 12 minggu selepas kelahiran untuk mengelakkan anemia, lebih-lebih lagi di negara yang mempunyai kadar anemia yang tinggi.

Normal untuk para ibu mengalami kekurangan zat besi dalam darah selepas kelahiran. Ketika bersalin, ibu telah kehilangan banyak darah.

Oleh itu, ibu akan alami kekurangan zat besi selama sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin.

Walau bagaimanapun, keadaan ini bukanlah kekal. Ibu akan beransur pulih seiring dengan beredarnya masa.

Zat besi penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Tanpanya, ibu akan rasa penat, muka pucat dan mungkin juga akan jadi lebih beremosi dan mudah marah.

Tanda anda kurang zat besi

Antara simptom kurang zat besi yang boleh anda perhatikan:

  1. Tidak ada tenaga. Anda terlalu penat sampaikan sukar untuk buat aktiviti seharian.
  2. Rasa penat yang berkekalan sehingga berminggu-minggu.
  3. Mudah rasa sakit hati dan mudah beremosi.
  4. Kerap pening kepala.
  5. Muka pucat.
  6. Mudah sakit.

Ibu yang bersalin selalu anggap rasa penat itu merupakan sebahagian daripada kesan melahirkan anak. Oleh itu, ramai yang tidak mengendahkan simptom yang mereka alami.

Disebabkan anemia boleh buat ibu lepas bersalin rasa beremosi, keadaan ini jika tidak dikawal boleh bertukar menjadi postpartum depression ataupun depresi selepas melahirkan anak.

Jika anda alami simptom yang sama, segeralah berjumpa doktor untuk sesi konsultasi.

Doktor boleh cadangkan supaya anda lakukan pemeriksaan darah bagi mengetahui masalah sebenar yang dialami.

Anda mungkin juga beminat:

Kurangkan risiko anemia dengan cara makan makanan yang sihat

kurang zat besi

Selain daripada mengambil suplemen tambahan, pesakit anemia juga boleh amalkan makan makanan yang kaya dengan zat besi.

Antara makanan yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi ialah:

  • Daging seperti daging ayam dan daging lembu
  • Makanan laut seperti kerang-kerangan
  • Makan kacang pinto atau kacang ginjal
  • Sayur seperti brokoli, asparagus, parsli, dan sawi
  • Buah seperti buah pic, prun, plum dan kismis

Jika anda ingin membantu kadar penyerapan zat besi dalam badan, makan makanan di atas bersama-sama dengan jus oren ataupun vitamin C.

Kajian mendapati bahawa kadar penyerapan zat besi dalam darah lebih baik jika dimakan bersama jus oren.

Jika anda alami anemia yang teruk, elakkan minum kopi. Kopi mengandungi bahan yang boleh membuatkan simptom anemia jadi makin teruk.

Selain itu, jika anda terima sebarang ubat daripada doktor, simpan ubat tersebut di tempat yang sejuk dan gelap.

Ubat boleh terurai jika disimpan dalam keadaan panas ataupun bawah cahaya matahari yang terang.

Pastikan doktor tahu jika anda alami simptom anemia selepas bersalin. Mereka boleh bantu anda dengan cara mencadangkan rawatan yang sesuai berdasarkan keadaan anda.

Kalau anda mahu ambil suplemen tambahan, pastikan anda berhubung dengan doktor terlebih dahulu, ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

3 Menu Makanan Berpantang Yang BAGUS Bagi Wanita Selepas Bersalin, Jom Try!

Betul ke ada makanan yang tidak boleh diambil oleh wanita selepas bersalin? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai makanan berpantang.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 06/01/2020 . 4 minit bacaan

Anemia

Anemia merujuk kepada keadaan yang menyebabkan tubuh anda mengalami kekurangan sel darah merah yang sihat yang membawa oksigen ke seluruh tubuh

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 11/12/2019 . 3 minit bacaan

Sembelit Akibat Pengambilan Suplemen Zat Besi? Ketahui Cara Mengatasinya

Jika anda mengambil suplemen zat besi untuk masalah anemia, anda mungkin telah pun dimaklumkan tentang kesan sampingannya. Malangnya, sembelit adalah antara kesan sampingan yang biasa dialami akibat pengambilan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Helma Hassan
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 15/02/2019 . 2 minit bacaan

JANGAN Lupa Ambil 6 Nutrisi Ini Ketika Sahur & Berbuka, Cegah Virus COVID-19 Ketika Puasa!

Dalam pengambilan diet pemakanan seharian, adakah anda merasakan apa yang anda makan itu sihat? Adakah pengambilan nutrien harian anda mencukupi? Anda mungkin perlu memikirkannya sekali lagi. Ini kerana kebanyakan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z, Pemakanan 15/02/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

melawat bayi

Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
Cara diet

Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan

EDD Makin Hampir? Ini 7 Penjagaan PENTING Buat Ibu Selepas Bersalin, Sila Ambil Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 07/04/2020 . 3 minit bacaan
menu berpantang bersalin czer

7 Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer, Ibu Kena CUBA!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/01/2020 . 3 minit bacaan