backup og meta

Sakit Tekak Tapi Tak Tahu Sebab Apa? Ini Cara Nak Bezakan Sakit Tekak Biasa @ COVID-19

Ditulis oleh Dr. Intan Kartika Kamarudin · Pembedahan am · Hello Health Group


Disemak pada 05/10/2022

    Sakit Tekak Tapi Tak Tahu Sebab Apa? Ini Cara Nak Bezakan Sakit Tekak Biasa @ COVID-19

    Wabak virus korona baharu (COVID-19) masih lagi menjadi topik hangat global. Biarpun sudah ada vaksin untuk penyakit ini, namun isu mengenainya masih belum putus lagi. Kebanyakan individu sudah pun familiar dengan simptom yang boleh dialami oleh mereka yang dijangkiti virus seperti demam, sakit kerongkong dan tekak, serta sesak nafas.

    Namun, sehingga kini, pelbagai jenis simptom baharu yang sering dikaji dan diperbincangkan oleh ahli akademik bagi memahami corak jangkitan virus COVID-19.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Topik yang akan diperbincangkan dalam artikel ini berkaitan dengan sakit kerongkong dan COVID-19.

    Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Mekanisme jangkitan COVID-19 dibantu oleh protein khas virus 

    sakit kerongkong

    Mekanisme jangkitan virus COVID-19 agak kompleks dan manifestasinya hampir sama dengan penyakit lain. 

    Oleh sebab itulah simptom seperti sakit tekak atau sakit kerongkong sukar untuk dibezakan dengan jangkitan virus lain.

    Kebolehannya untuk melekat dan masuk ke dalam sel badan melalui reseptor sel bergantung kepada struktur protein pada virus tersebut.

    Secara amnya, kesemua virus yang berasal daripada keluarga coronaviridae mempunyai 4 protein yang menjadi tunjang utama bagi meningkatkan potensi kebolehjangkitan mereka.

    1. Protein pepaku (spike).
    2. Membran.
    3. Nukleokapsid.
    4. Protein selubung (envelope).

    Protein pepaku yang terdapat pada permukaan virus ini membentuk struktur seakan-akan mahkota.

    Oleh sebab itulah ia diberi nama corona yang membawa maksud mahkota dalam bahasa latin.

    Struktur ini mempunyai bahagian yang membolehkan ia melekat pada reseptor yang dikenali sebagai angiotensin converting enzyme 2 (ACE2).

    Reseptor ACE2 dimiliki oleh pelbagai jenis organ termasuklah peparu manusia.

    Apabila virus tersebut melekat pada reseptor ACE2, tindak balas kimia yang melibatkan protein pada permukaan virus akan membolehkan membran virus untuk diserap masuk ke dalam sel.

    Kemudiannya, maklumat genetik virus yang dikenali sebagai RNA akan memasuki struktur nukleus sel (pusat kawalan sel) untuk melalui proses replikasi.

    Kesan daripada proses biologi ini, lebih banyak protein virus dapat dihasilkan dan virus yang baru terbentuk akan berlepas keluar untuk menjangkiti sel lain.

    Apa yang membezakan struktur virus korona baharu dengan spesies virus korona yang lain adalah protein pepakunya boleh bertindak balas dengan enzim lain yang dikenali sebagai furin.

    Sebelum tahu simptom sakit kerongkong, kenal pasti saluran utama jangkitan COVID-19

    Ramai sudah sedia maklum bahawa jangkitan COVID-19 boleh disebarkan melalui titisan air yang keluar ketika seseorang bersin dan batuk.

    Selain itu, mereka yang menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus (fomit) turut berisiko mengalami jangkitan.

    Apabila ujian COVID-19 dibuat pada pesakit, para pengkaji telah mendapati bahawa jumlah virus yang dapat dikesan melalui swab hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan swab oral.

    Perkara ini secara tidak langsung membuktikan transmisi virus berlaku melalui hidung sebagai saluran utama sebelum ia bergerak masuk menerusi ruangan oral dan akhirnya peparu.

    Jumlah reseptor ACE2 yang terdapat pada ruangan hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan lain pada saluran pernafasan manusia.

    Ini bermakna, virus COVID-19 yang berupaya untuk masuk ke dalam hidung mudah untuk menyebabkan jangkitan.

    Kepekatan reseptor ACE2 yang tinggi pada ruangan hidung meningkatkan risiko kebolehjangkitan virus bagi mereka yang terdedah.

    Perkara ini mampu mempengaruhi angka reproduktif asas (R-naught, R0) yang merupakan anggaran jumlah individu yang boleh dijangkiti melalui seorang yang berjangkit.

    Virus lain seperti influenza, SARS dan selesema, kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus COVID-19.

    Jumlah reseptor sasaran virus tertumpu pada saluran pernafasan atas.

    Oleh sebab reseptor ACE2 turut terdapat pada sel yang menghuni sistem gastrousus manusia, simptom seperti cirit-birit boleh menjadi manifestasi tidak lazim bagi jangkitan COVID-19.

    Simptom sakit kerongkong, adakah saya perlu melakukan ujian COVID-19?

    sakit kerongkong

    Sukar untuk kita buat kesimpulan berdasarkan kepada simptom sakit kerongkong semata-mata memandangkan ia tidak spesifik kepada jangkitan COVID-19.

    Walau bagaimanapun jika anda mempunyai kriteria berikut, anda perlu membuat ujian saringan dan mengkuarantinkan diri selama 14 hari:

    1. Sejarah perjalanan atau tinggal di luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, ATAU
    2. Sejarah kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, ATAU
    3. Menghadiri acara yang dikenal pasti sebagai kluster wabak COVID-19 (keagamaan/ perkahwinan/ mesyuarat).

    Anda mungkin berminat:

  • Awas, Anda MASIH BOLEH Dijangkiti COVID-19, Walaupun Tiada Sebarang Simptom!
  • Ini Apa Terjadi Pada Badan Anda Bila Positif COVID-19, Dan Virus Mula Menular
  • Apa yang anda perlu ingat adalah jika anda tergolong dalam mereka yang mempunyai kriteria di atas, kuarantin adalah langkah terbaik.

    Simptom yang dialami perlu dipantau dan jika anda mengalami simptom teruk seperti sesak nafas, hubungi hospital berdekatan sebelum bergerak pergi.

    Ia bagi memastikan kakitangan kesihatan bersedia menerima kes anda yang disyaki/disahkan positif COVID-19.

    Konklusi

    sakit kerongkong

    Kita sudah mula memahami mekanisme dan sedikit sebanyak maklumat berkenaan dengan virus korona baharu. 

    Buat masa sekarang, jika anda mengalami simptom ringan seperti sakit kerongkong, demam dan batuk, adalah lebih baik untuk anda mengkuarantinkan diri.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dr. Intan Kartika Kamarudin

    Pembedahan am · Hello Health Group


    Disemak pada 05/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan