Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Siapa yang perlu swab test? Itulah persoalan yang sering bermain di fikiran kebanyakan individu. Ujian saringan merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menghalang penularan wabak virus korona baharu (COVID-19).
Jumlah kes positif di seluruh dunia sudah hampir mencecah 1.5 juta individu.
Jika tiada tindakan lanjut terutamanya oleh pihak berkuasa dari negara yang paling terkesan seperti Amerika Syarikat, ia bakal mencecah 2 juta tidak lama lagi.
Konsep uji, kuarantin dan rawat merupakan salah satu cara yang boleh diguna pakai bagi mengesan kes positif dan mengasingkan mereka daripada populasi umum.
Negara seperti Korea Selatan yang berkeupayaan untuk menghasilkan 100,000 unit kit ujian sehari mempunyai kelebihan sumber dalam melawan COVID-19.
Mereka telah mengeksport sejumlah kit ujian bagi memperkuatkan sistem perlaksanaan ujian saringan di seluruh dunia. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menerima kit ujian tersebut.
Di Malaysia, statistik berkenaan dengan jumlah kes COVID-19 adalah seperti berikut:
Baca artikel ini untuk mengetahui siapa perlu buat saringan covid.
Oleh sebab jumlah kit ujian agak terhad, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan keutamaan kepada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19.
Antaranya adalah:
Mereka yang tiada simptom tidak digalakkan hadir ke hospital untuk tujuan ujian saringan. Ini berikutan risiko jangkitan yang tinggi sekiranya mereka berada di lokaliti tersebut.
Namun begitu, KKM telah bekerjasama dengan syarikat swasta terpilih bagi membolehkan orang awam untuk membuat ujian saringan di rumah.
Artikel berkaitan:
Walau bagaimanapun, kos ujian perlu ditanggung oleh individu tersebut sendiri. Antara syarikat yang terlibat dengan kerjasama tersebut bagi siapa perlu buat saringan covid adalah seperti berikut:
Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan tersebut perlu melawat laman web syarikat berkenaan dan memuat naik maklumat berkaitan.
Mereka yang terdedah dengan individu yang disahkan positif COVID-19, perlu menjalani ujian saringan walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom.
Virus korona baharu merupakan sejenis virus yang agak licik. Ia mampu untuk tinggal dorman di dalam badan tanpa menyebabkan apa-apa simptom selama 14 hari.
Individu yang melalui fasa tersebut akan berasa sihat namun mereka boleh menyebarkan jangkitan kepada orang lain.
Bagi memahami konsep kontak rapat untuk tujuan ujian saringan, KKM telah membahagikan kepada 4 kategori:
Aktiviti pengesanan kontak rapat akan dijalankan dengan teliti dan ia dilakukan melalui kaedah temubual, siasatan dan proses mengenal pasti.
Jika kontak rapat yang disiasat mempunyai simptom COVID-19, mereka akan menjalani ujian saringan dan dihantar ke hospital untuk tujuan isolasi.
Kalau individu tersebut sihat dan tidak menunjukkan sebarang gejala, mereka turut akan menjalani ujian COVID-19. Bezanya adalah proses kuarantin akan dijalankan di rumah selama 14 hari.
Bergantung kepada keadaan tempat tinggal anda, perintah kuarantin akan dijalankan sama ada di rumah anda sendiri atau di wad sementara menunggu keputusan.
Sekiranya rumah anda tidak sesuai untuk dijadikan tempat kuarantin, anda perlu menjalani proses isolasi di hospital.
Baca juga:
Antara kriteria bagi rumah yang sesuai selepas menjalani ujian saringan adalah seperti berikut:
Ujian saringan perlu dijalankan kepada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan wabak.
Mereka yang tidak memenuhi kriteria boleh membuat ujian melalui syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
Selepas selesai menjalani ujian, individu tersebut perlu dikuarantinkan selama 14 hari untuk tujuan keselamatan.
Protokol ini telah ditetapkan di dalam garis panduan KKM dan sekiranya ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang.
[mc4wp_form id=”115319″]
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen