
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Bagi mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus menular, sebuah Klinik Penyakit Pernafasan (Respiratory Clinic) telah dibuka di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching.
Klinik Penyakit Pernafasan ini adalah bagi merawat mereka yang mempunyai masalah batuk, demam dan selesema serta masalah pernafasan lain yang berkaitan dengan COVID-19.
Statistik COVID-19 di Malaysia seperti berikut:
310,097
9,196
1,164
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, “Klinik Penyakit Pernafasan ini berbeza dengan pusat saringan di Kompleks Belia dan Sukan Sarawak yang menyediakan perkhidmatan menyaring individu berkaitan kes PUI atau positif COVID-19.”
Klinik Penyakit Pernafasan elak kesesakan

Selain bertujuan untuk mencegah jangkitan COVID-19 daripada menular kepada individu awam lain, klinik yang memberikan perkhidmatan pemeriksaan percuma ini turut bermatlamat mengurangkan kesesakan di hospital dan klinik kesihatan sedia ada.
Unggah yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, pihaknya dalam perancangan untuk menyediakan kemudahan klinik yang sama di tempat lain, khususnya di Sibu dan Miri.
Mempunyai 18 petugas perubatan termasuk doktor bertugas, Klinik Penyakit Pernafasan yang bertempat di halaman luar Stadium Perpaduan itu dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat) dan tutup pada Sabtu, Ahad dan cuti am.
Peningkatan kes
Penubuhan Klinik Penyakit Pernafasan khas di Kuching pastinya 1 usaha yang baik dalam mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus merebak.
Namun dalam masa yang sama, kita tetap perlu mengikuti arahan yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia.
Ini kerana peningkatan kes jangkitan dari hari ke hari semakin membimbangkan.
Jalankan tanggungjawab anda untuk membantu mengurangkan peningkatan jumlah kes dengan mengikuti langkah yang diperakui oleh Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC), seperti:
- Elakkan sentuhan dengan orang lain atau haiwan peliharaan
- Bersihkan segala perabot dan barangan yang terdapat di dalam rumah
- Amalkan rutin mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer
- Hindarkan berkongsi barangan peribadi dengan orang lain
- Hubungi pihak hospital sekiranya anda mengesyaki diri telah dijangkiti
Elakkan daripada keluar rumah jika tiada sebarang urusan penting. Tindakan anda keluar rumah tanpa urusan hanya akan menyukarkan proses mencegah jangkitan COVID-19. #StayAtHome
Artikel berkaitan:
#StayAtHome : Sebab Di Sebalik Perintah Kawalan Pergerakan, Kenduri Pun Kena Cancel!
Berikan kerjasama
Kami di Hello Doktor mengharapkan agar anda dapat mematuhi segala saranan dan perintah yang diumumkan kerajaan.
Pastikan juga anda menjaga aspek kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan terutamanya sebelum dan selepas makan, selepas menggunakan bilik air serta selepas batuk dan bersin.
Jika tidak sihat walaupun tidak membabitkan simptom coronavirus, lakukanlah kuarantin diri di rumah. Ia boleh membantu mengurangkan risiko terdedah kepada jangkitan.
Bersama kita mencegah jangkitan COVID-19.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
- Berita Baik, Ujian Pertama Vaksin COVID-19 Pada Manusia Sudah Bermula!
- 89 Rakyat Malaysia Yang Bakal Pulang Dari Himpunan Tabligh Sulawesi Akan Dikuarantin Mandatori
- Kalau Pergi Jumpa Doktor Kerana COVID-19, Jangan Sorok/Tipu Sejarah Perjalanan Anda – Ini AKIBATNYA!
- Contohi Tun M- Masih Belum Disahkan Positif Covid-19, Tapi Sukarela Kuarantin Diri!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.