Melihat kepada keperluan semasa bagi mengelakkan komplikasi tersebut daripada berlaku, nama virus korona baharu, 2019-nCoV, telah ditukar kepada COVID-19.
COVID merupakan gabungan perkataan Corona, Virus dan Disease. Ia membawa maksud penyakit virus korona. Perkataan tersebut juga diikuti dengan tahun ia mula dikesan iaitu 2019.

COVID-19 telah diperkenalkan oleh Pengerusi WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa sidang media di Geneva.
Ia merupakan nama yang tidak merujuk kepada mana-mana lokasi, binatang, individu atau populasi di samping merujuk kepada penyakit yang disebabkan oleh virus korona.
Perubahan nama ini penting bagi membentuk satu format sekiranya wabak virus korona berlaku kelak.
Kes virus korona kini telah menjangkiti hampir 50,000 individu di seluruh dunia.
Penyebaran wabak ini agak agresif berbanding dengan virus korona yang lain namun mempunyai kadar kematian yang agak rendah.
Perlu ke tukar nama nCoV kepada COVID?

Tindakan WHO menukar nama virus bukanlah satu perkara yang asing. Tujuan utama adalah untuk memastikan tiada salah faham atau stigma yang boleh membuatkan individu takut untuk mendapatkan rawatan.
Contoh pertukaran nama penyakit disebabkan oleh stigma
Ketika Human Immunodeficiency Virus (HIV) ditemui, nama Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS) adalah GRID – Gay-Related Immune Deficiency. Nama tersebut mewujudkan stigma dalam kalangan homoseksual di Amerika Syarikat.
Tambahan pula, mereka yang heteroseksual juga boleh mendapat jangkitan tersebut. Oleh sebab nama tersebut tidak menggambarkan proses patologi penyakit yang sebenar, maka ia telah ditukarkan kepada AIDS.
Begitu juga dengan HIV. Disebabkan wujudnya stigma terhadap pesakit HIV, mereka seringkali malu dan tidak mahu mendapatkan rawatan. Bagi menyelesaikan dilema ini, nama HIV telah ditukar kepada RVD (retro viral disease).
Baca juga:
Apa nama virus korona baharu sebelum COVID-19?
Sebelum timbulnya nama COVID-19, pelbagai jenis nama telah diusulkan kepada WHO:
- Nama SARS-CoV-2 yang telah diberikan kepada virus korona baharu adalah bersempena dengan nama virus SARS-CoV yang menyebabkan sindrom pernafasan akut teruk (SARS). Ia berikutan kedua-dua virus tersebut mempunyai persamaan struktur genetik
- Pihak berkuasa China pernah mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan nama Novel Coronavirus Pneumonia (NCP)
- Pada Januari 2020, terdapat juga beberapa nama yang bersifat stereotaip telah diusulkan seperti South East Asia Respiratory Syndrome dan Chinese Acute Respiratory Syndrome
Persepakatan dalam kalangan ahli akademik untuk menamakannya sebagai COVID-19 memudahkan urusan pelbagai pihak dalam menangani wabak virus korona baharu.
Selain membantu ahli akademik untuk memahami topik yang diperbincangkan, ia juga boleh menggalakkan pesakit untuk mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala positif.
Langkah yang diambil ini secara tidak langsung akan membantu mengurangkan beban wabak di seluruh dunia.
Adakah wabak ini akan berakhir?

Tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Badan Kesihatan Global berkenaan dengan persoalan ini.
Namun laporan yang dibuat oleh Kolej Imperial London telah menunjukkan bahawa jumlah mereka yang dijangkiti berkemungkinan lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa yang dilaporkan oleh media.
Ramalan ini dibuat berdasarkan pola keluar masuk pelancong dari Wuhan. Jadi, mengapa jumlah laporan rasmi yang terbaru masih rendah? Ini berikutan terdapat kebarangkalian bahawa segelintir individu tidak menunjukkan sebarang simptom walaupun telah dijangkiti.
Laporan angka individu yang dijangkiti hanya berdasarkan kes positif yang telah didiagnosis. Oleh sebab itulah, wabak ini masih tidak mempunyai gambaran yang jelas.
Walau bagaimanapun, menurut penasihat perubatan kanan negara, jumlah kes baru semenjak 31 Januari 2020 semakin berkurangan. Jika corak penularan ini terus menurun, wabak ini dijangka akan berakhir pada April 2020.
Konklusi
Pertukaran nama virus korona baharu kepada COVID-19 dapat mengelakkan salah faham dan stigma kepada mereka yang mendapat jangkitan tersebut.
Ini merupakan langkah yang penting bagi membendung penularan wabak virus korona baharu yang semakin agresif. Jika anda mengalami simptom selesema atau baru pulang dari China, dapatkan pemeriksaan kesihatan dari fasiliti kesihatan terdekat.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronavirus
Bagaimana Virus Korona Wuhan Boleh Menyebabkan Anda Sakit?
Bagaimana cara Virus Korona Wuhan ni merebak? Tengok video ini bagi memahami cara virus ini tersebar dan menjangkiti manusia.Ketahui senarai hospital yang boleh mengendalikan virus ini di sini: http://bit.ly/2Gzx8dQ#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus
Posted by Hello Doktor on Tuesday, February 4, 2020
Baca juga: