backup og meta

Kenapa Perlu Berhenti Makan Sebelum Kenyang? Kalau Tidak, Ini 7 Kesannya!

Kenapa Perlu Berhenti Makan Sebelum Kenyang? Kalau Tidak, Ini 7 Kesannya!

Ia sangat penting dalam usaha mendapatkan tenaga dan meneruskan hidup, namun apa akan jadi jika minum dan makan terlalu banyak?

Mungkin persoalan ini boleh dijawab dengan petua yang kata kita semua hanya perlu makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang!

Ini kerana ketahuilah bahawa akan wujud pelbagai kesan buruk terhadap tubuh badan jika seseorang itu minum dan makan terlalu banyak.

Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi.

Kenapa kita semua perlu minum dan makan?

Sebuah kenderaan sudah tentu memerlukan bahan pembakar serta minyak pelincir untuk memastikan enjinnya mampu bergerak dengan baik.

Itulah sebuah perbandingan yang boleh digunakan untuk menjawab persoalan mengapa seorang manusia itu perlu minum dan makan.

Tanpa minuman dan makanan, mana mungkin tubuh badan seseorang itu mampu berfungsi untuk menjalankan pekerjaan seharian.

Tanpanya juga, maka individu akan kehilangan sumber nutrisi yang sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan.

Dalam erti kata yang lebih mudah, manusia tidak akan mampu untuk terus hidup jika tidak minum dan makan!

makanan sihat untuk jantung

Jangan pula minum dan makan terlalu banyak!

Betapa bertuahnya kita semua menjadi rakyat Malaysia yang merupakan antara negara terkenal sebagai ‘syurga minuman dan makanan’.

Mungkin disebabkan status negara kita ini juga, wujud segelintir individu yang sangat gemar minum dan makan seperti tidak ingat dunia.

Ada sebab wujud petua yang kata kita hanya perlu makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jika tidak, ini akibatnya:

#1. Mempunyai berat badan berlebihan

Setiap minuman dan makanan yang diambil mengandungi kalori yang sangat diperlukan untuk ditukar menjadi tenaga.

Jika terlalu banyak pula, makan kalori yang berlebihan ini tidak akan ditukar menjadi tenaga sebaliknya menjadi lemak.

Akibatnya, pengumpulan lemak di dalam tubuh badan ini akan menjejaskan BMI sekali gus meningkatkan risiko berat badan berlebihan atau obesiti.

#2. Menjejaskan regulasi kelaparan

Wujud dua hormon yang berfungsi mengawal regulasi kelaparan yakni ghrelin (meningkatkan selera makan) dan leptin (mengurangkan selera makan).

Hormon ghlerin akan aktif apabila perut kosong dan perlu untuk makan manakala leptin akan aktif apabila perut sudah terisi dan kenyang.

Apabila minum dan makan terlalu banyak, kedua-dua hormon ini akan terjejas lantas membuat kalian akan makan mengikut ‘kemahuan’ dan bukan ‘keperluan’.

kesan minum banyak

#3. Meningkatkan risiko penyakit kronik

Lama-kelamaan, tabiat minum dan makan terlalu banyak ini boleh mengakibatkan obesiti yang seterusnya boleh membawa kepada risiko penyakit kronik lain.

Antara penyakit yang berisiko tinggi akibat ketidakstabilan metabolik adalah penyakit jantung, diabetes, strok, hipertensi dan kerintangan terhadap insulin.

Disebabkan itu, kita semua perlu kawal tabiat ini daripada terus diamalkan kerana ia hanya akan menjejaskan tahap kesihatan pada masa akan datang.

#4. Merosakkan fungsi & sistem otak

Menurut kajian, individu yang gemar minum dan makan terlalu banyak adalah tinggi risiko untuk mengalami kemerosotan kesihatan mental.

Ini akan berlaku terutamanya buat mereka yang sudahpun berusia agak lewat serta mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

Memandangkan otak manusia adalah 60% terdiri daripada lemak, pengambilan nutrisi sihat yang lain mungkin boleh membantu mencegah masalah ini kelak.

Kesan minum dan makan terlalu banyak #5. Ketidakhadaman

Perut manusia mempunyai kapasiti yang boleh berkembang bergantung kepada kuantiti minuman dan makanan yang masuk ke dalamnya.

Apabila sudah berada di dalam perut, ia akan diproses untuk dijadikan tenaga ataupun dijadikan tinja untuk dibuang melalui salur usus.

Jika terlalu banyak, maka proses ini akan terganggu lantas menyebabkan ketidakhadaman yang akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut.

#6. Menyebabkan perut penuh gas & angin

Apabila perut sudah terlalu penuh, ia akan menghantar isyarat kentut dan sendawa sebagai tanda untuk kalian berhenti minum atau makan.

Namun jika kalian minum dan makan terlalu banyak, perut sudah pasti akan penuh dengan gas dan angin yang menyebukan perut.

Kesannya, kalian mungkin akan berasa tidak selesa pada perut serta akan kentut dan sendawa dalan kuantiti yang sangat banyak.

sakit perut

Kesan minum dan makan terlalu banyak #7. Mengantuk

Ada sebab kita hanya perlu minum dan makan dengan kuantiti yang betul kerana kita akan lebih mudah mengantuk jika tidak mengamalkannya.

Fenomena ini dikenali sebagai ‘hipoglisemia reaktif’ di mana kandungan gula dalam darah menurun mendadak usai sahaja makan besar.

Kesannya, badan anda akan berasa letih, penat sekali gus menyebabkan kalian lebih mudah berasa mengantuk selepas minum dan makan terlalu banyak.

Jadi, sentiasa ingat pesan untuk hanya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang untuk mengelakkan kesan buruk ini okay!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mdanderson.org/publications/focused-on-health/What-happens-when-you-overeat.h23Z1592202.html
  2. https://www.piedmont.org/living-better/what-happens-to-your-body-when-you-overeat
  3. https://www.brainfacts.org/thinking-sensing-and-behaving/diet-and-lifestyle/2015/what-happens-when-you-eat-too-much-112415
  4. http://science.unctv.org/content/scienceblog/stomach

Versi Terbaru

01/06/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Suka Makan Jajan? Buat 9 Cara Ini Untuk Hentikan Tabiat Makan Makanan Ringan!

Nak Kurus Tapi Tak Nak Berlapar? Ambil 8 Makanan Ini, Boleh Buat Anda Kenyang Lebih Lama!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan