Adakah anda mengalami masalah kegemukan atau obesiti dan sukar untuk turun berat badan?
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.
Adakah anda mengalami masalah kegemukan atau obesiti dan sukar untuk turun berat badan?

Jika ya, mungkin anda tergolong dalam 6 kumpulan yang disenaraikan di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Obesiti dan berat badan berlebihan merujuk kepada keadaan seseorang yang mempunyai banyak lebihan lemak badan hingga membahayakan kesihatan.
Menurut World Health Organization (WHO), obesiti dalam kalangan penduduk dunia telah meningkat 3 kali ganda sejak 1975.
Di Malaysia, 1 daripada 2 orang dewasa mengalami masalah berat badan berlebihan.
Obesiti merupakan satu penyakit yang boleh dielakkan.
Perubahan dari segi diet, senaman dan tingkah laku boleh membantu untuk menurunkan berat badan.
Penurunan berat badan, walaupun sedikit, mempunyai kesan yang positif terhadap kesihatan tubuh badan.
Obesiti dan berat badan yang berlebihan mempunyai perbezaan dari segi BMI. Untuk orang dewasa, kadar BMI yang telah ditetapkan ialah:
Punca utama obesiti dan berat badan yang berlebihan ialah gaya pemakanan yang tidak sihat.
Tahukah anda, para pengkaji telah mengelaskan obesiti kepada 6 kumpulan yang berbeza.
Menurut mereka, rawatan untuk obesiti lebih berkesan jika dilakukan mengikut kumpulan ini.
Tambah lagi, rawatan bersasar lebih berkesan daripada rawatan biasa kerana ia dapat memfokuskan rawatan mengikut keperluan pesakit.
Laporan tersebut telah mengkategorikan obesiti kepada 6 kumpulan iaitu:
Penting untuk pakar mengenali perbezaan antara pesakit obesiti.
Perbezaan ini merupakan kunci untuk pakar mencari rawatan yang bersesuaian.
Sebagai contoh, pesakit yang mempunyai masalah alkohol perlu merawat ketagihan yang dialami terlebih dahulu sebelum merawat obesiti.
Disebabkan dua faktor ini berkait rapat, pakar percaya rawatan yang diberikan untuk merawat ketagihan alkohol pada masa yang sama dapat membantu pesakit untuk menurunkan berat badan.
Walau bagaimanapun, kajian ini merupakan teori semata-mata.
Dapatan kajian ini boleh digunakan untuk kajian yang lebih lanjut, namun ia tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti punca obesiti.
Jika anda mempunyai risiko obesiti ataupun sedang berada dalam lingkungan berat badan yang berlebihan, anda perlu lakukan sesuatu untuk menurunkan berat badan anda dalam kadar yang segera.
Antara langkah yang boleh anda ambil ialah:
1. Bersenam dengan kerap
Individu yang mengalami masalah kegemukan memerlukan senaman yang mempunyai intensiti sederhana selama 150 hingga 300 minit seminggu untuk mengelakkan peningkatan berat badan.
Sebagai contoh, anda boleh lakukan senaman seperti berjalan pantas dan juga berenang.
2. Makan dengan sihat
Elakkan mengambil terlalu banyak minuman beralkohol dan berlemak.
Pilih makanan yang rendah kalori dan kaya dengan nutrien seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
3. Elakkan makanan yang boleh membuatkan anda mengunyah tidak berhenti!
Jika anda suka makan keropok ataupun gula-gula, elakkan terus daripada membeli makanan tersebut supaya anda tidak akan makan secara keterlaluan.
Pastikan anda tidak akan terperangkap dalam situasi yang membuatkan anda makan tidak berhenti!
4. Pantau berat badan anda
Individu yang menimbang berat badan sekurang-kurangnya seminggu sekali lebih berjaya untuk kekal ramping dan sihat.
Aktiviti menimbang berat badan dapat memberikan anda info sama ada pelan diet anda berkesan ataupun tidak.
Pasti anda akan rasa lebih bersemangat jika ada penurunan dalam berat badan anda! Jika tidak, mungkin anda perlu tukar sedikit diet ataupun senaman anda.
5. Jangan sekejap buat, sekejap tidak!
Konsisten itu kunci kepada perubahan! Pastikan anda ikut pelan diet dan senaman anda.
Jika anda sering curi tulang, anda tidak akan mengalami apa-apa perubahan dari segi berat badan walaupun anda pernah bersenam.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
05/03/2026
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz