Anda kerap alami perut kembung lebih-lebih lagi jika tidak bersarapan pagi? Baca info ini dan ketahui petua perut masuk angin yang mungkin boleh bantu anda kurangkannya.
Baca lebih lanjut tentang Sistem Penghadaman di sini.
Apakah maksud perut masuk angin rasa nak muntah?
Perut masuk angin berlaku apabila saluran gastrousus anda dipenuhi dengan udara ataupun gas. Ia membuatkan anda berasa seperti kenyang, perut penuh atau bengkak pada perut.
Perut juga mungkin akan berasa agak keras dan sakit. Selain itu, anda juga mungkin akan kerap mengalami sendawa dan perut anda turut berbunyi disebabkan oleh gas yang terkumpul.
Apakah punca terjadinya perut masuk angin?
Terdapat beberapa sebab yang menjadi punca perut masuk angin. Antaranya ialah:
- Udara dan gas di dalam perut
- Perut masuk angin disebabkan oleh beberapa keadaan kesihatan
- Penyebab daripada keadaan kesihatan yang lebih serius
Apakah petua perut masuk angin yang boleh dilakukan?
Selain urutan buang angin dalam perut, terdapat beberapa petua perut masuk angin yang boleh diamalkan jika alami perut masuk angin. Berikut adalah 7 cara paling mudah:
#1. Jangan makan terlalu banyak dalam satu-satu masa
Sekiranya anda sering makan dengan banyak dan menyebabkan perut rasa tidak selesa selepas makan, cuba kecilkan saiz hidangan anda.
#2. Kenal pasti sebarang alahan atau intoleransi pada jenis makanan tertentu
Apabila anda makan sebarang jenis makanan yang boleh menyebabkan intoleransi, ia akan menyebabkan penghasilan gas yang lebih banyak dalam perut lalu menyebabkan kembung perut.
Begitu juga jika anda mempunyai sebarang alahan terhadap jenis makanan tertentu.
Antara jenis makanan yang mungkin diambil perhatian adalah seperti laktosa, fruktosa, telur dan gandum.
#3. Elakkan menelan udara dan juga gas
Sebagai contoh, elakkan pengambilan minuman bergas kerana minuman ini mengandungi gas karbon dioksida.
Gas daripada minuman ini akan keluar apabila cecair sampai ke bahagian perut anda.
Selain itu, petua perut masuk angin yang seterusnya dalah mengelak aktiviti merokok, mengunyah gula-gula getah atau makan dengan laju.
#4. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan penghasilan gas yang banyak
Sesetengah jenis makanan boleh menyebabkan penghasilan gas yang banyak dalam perut anda.
Ini termasuklah jenis makanan yang tinggi kandungan serat seperti kekacang, lentil dan juga bijirin penuh.
#5. Ambil suplemen enzim pencernaan
Petua perut masuk angin yang seterusnya adalah melalui pengambilan suplemen enzim seperti Lactase atau Beano yang didapati di farmasi.
Ini bagi membantu mencernakan karbohidrat yang tidak dapat dicernakan oleh perut.
#6. Petua perut masuk angin dengan elak punca sembelit
Bagi mengelakkan sembelit, ambil lebih banyak sumber serat larut seperti avokado, brokoli dan juga keledek.
Selain itu, jika anda mengambil makanan yang kaya dengan kandungan serat, anda juga mestilah minum banyak air atau melakukan lebih banyak aktiviti fizikal agar tidak mengalami sembelit.
#7. Petua perut masuk angin guna minyak pudina
Minyak pudina adalah salah satu bahan semula jadi yang dipercayai mampu mengurangkan kekejangan otot perut yang boleh menyebabkan kembung perut.
Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa minyak pudina boleh mengurangkan simptom sindrom iritasi usus termasuklah kembung perut.
Dalam erti kata lain, anda boleh cuba 7 cara ini setiap kali terkena serangan kembung perut:
- Jangan makan terlalu banyak
- Kenal pasti alahan makanan
- Elakkan menelan udara dan gas
- Elakkan makanan yang boleh mencetuskan masalah ini
- Ambil suplemen enzim pencernaan
- Rawat isu sembelit
- Guna minyak pudina
Kesemua cara mengeluarkan angin di perut dengan cepat ini adalah mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan sebarang kos yang tinggi.
Oleh itu, perut masuk angin kini bukanlah satu perkara yang menjadi kerisauan anda pada masa akan datang.
[embed-health-tool-bmr]