backup og meta

Ada Gastrik? Anda Kena Elak 8 Jenis Makanan Ini, Baru Tak Merana!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/12/2023

    Ada Gastrik? Anda Kena Elak 8 Jenis Makanan Ini, Baru Tak Merana!

    Bagi mereka yang menghidap gastrik, pastinya anda ingin elakkan makanan yang boleh memburukkan gejala. Dalam artikel ini akan dikongsikan makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Masalah gastrik

    Sebelum mengetahui makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik, ayuh kita fahami secara ringkas mengenai keadaan kesihatan ini.

    Lapisan perut memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan sistem pencernaan

    Ia berperanan menghasilkan asid dan enzim dalam perut – berfungsi memecahkan makanan supaya badan boleh mengekstrak nutrien yang diperlukan. Ia juga berfungsi merembeskan lendir untuk mencegah kerosakan asid.

    Kadangkala lapisan ini meradang dan kurang merembeskan asid, enzim dan lendir. Jenis keradangan ini dikenali sebagai gastritis dan sering dikaitkan dengan kesakitan serta ketidakselesaan di dalam perut.

    Ia biasanya dikelaskan kepada tiga jenis:

  • Gastritis akut – melibatkan keradangan secara tiba-tiba dan teruk pada lapisan perut
  • Gastritis kronik – keradangan jangka panjang yang mungkin bertahan selama bertahun-tahun. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan pendarahan perut atau meningkatkan risiko mendapat kanser perut
  • Gastritis erosif. Ia jarang berlaku dan tidak menyebabkan banyak keradangan, tetapi boleh mengakibatkan pendarahan dan ulser pada lapisan perut
  • Baca juga:

    Gejala gastritis

    • Muntah-muntah 
    • Loya
    • Senak perut
    • Hilang selera makan
    • Sedu 
    • Sakit perut
    • Ketidakselesaan perut
    • Rasa kenyang pada bahagian atas perut

    Dalam kes gastritis erosif, anda mungkin mengalami beberapa gejala tambahan, seperti:

    Makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik

    Berikut antara jenis-jenis makanan yang harus dielakkan oleh penghidap gastrik bagi mencegah kerengsaan perut:

    1. Sayuran dan buah-buahan

    makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik

    Elakkan buah-buahan berasid. seperti sitrus dan tomato.

    Pisang pula merupakan buah yang sesuai untuk gastrik angin kerana membantu merangsang pengeluaran lendir yang dapat melindungi daripada asid perut.

    Namun, elakkan pengambilannya secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan perut kembung, berangin dan kekejangan bagi sesetengah orang.

    Makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik #2. Bijirin penuh

    Elakkan jagung dan apa sahaja yang diperbuat daripada jagung, seperti roti jagung, pasta bebas gluten tertentu dan produk lain. Ini mengandungi gula yang boleh memburukkan gastrik.

    3. Produk tenusu

    Lemak boleh merengsakan lapisan perut dan memburukkan gejala gastrik. Ini termasuk produk tenusu penuh lemak seperti susu dan mentega. Elakkan sos, inti atau puding yang dibuat dengan krim pekat atau keju lembut.

    4. Protein

    Telur, putih telur dan pengganti telur adalah sumber protein yang sangat baik, tetapi elakkan menyediakannya dengan mentega, krim dan perasa.

    Anda juga perlu mengelakkan daging merah, terutamanya daging lembu dikisar dan potongan yang lebih berlemak. Sebaliknya, pilih ayam tanpa kulit atau ikan yang dipanggang, rebus atau kukus.

    Kacang dan mentega kacang tinggi protein (tetapi juga tinggi lemak) boleh menjadi masalah bagi penghidap gastrik. Kekacang dan legum umumnya baik, tetapi pastikan ia diambil dalam kuantiti yang sedikit kerana ia boleh menyebabkan berangin dan kembung perut.

    5. Pencuci mulut, antara makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik

    Kebanyakan pencuci mulut mengandungi lemak dan gula yang tinggi, maka ia harus dielakkan. Ini termasuklah makanan yang dibakar, pastri, aiskrim, puding dan coklat. Coklat juga bermasalah kerana ia kaya dengan kafein.

    makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik

    6. Rempah 

    Diet gastrik mengehadkan rempah dan perasa yang biasa digunakan dalam masakan, termasuk:

    • Lada hitam
    • Cili
    • Cabai burung
    • Serbuk bawang putih
    • Mustard
    • Buah pala
    • Serbuk bawang
    • Serbuk kari

    7. Makanan bergoreng, antara makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik

    Tidak kira betapa menggodanya untuk mendapatkan kerepek atau kentang goreng, namun ketahuilah ia boleh merengsakan perut yang sudah meradang. Selain itu, kerana ia sukar dihadam, gejala gastrik anda mungkin bertambah teruk.

    8. Minuman 

    Elakkan kafein, minuman manis, soda dan jus buah-buahan berasid (terutamanya jus oren atau tomato).

    Selain kopi biasa, anda mungkin perlu mengelakkan kopi tanpa kafein kerana ia boleh menjadi sangat berasid. Bentuk kafein lain, termasuk teh hitam, teh hijau, koko panas dan minuman tenaga juga harus dielakkan.

    Minuman alkohol juga termasuk dalam senarai yang perlu dielakkan. Ia bukan sahaja merengsakan perut tetapi juga bertindak balas dengan perencat pam proton (PPI) yang digunakan untuk merawat gastritis, sekali gus menjadikannya kurang berkesan.

    makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik

    Akhir kata

    Tiada diet khusus boleh merawat gastrik. Namun mengetahui makanan yang perlu dielakkan pesakit gastrik boleh membantu mengurangkan atau menghalang gejala daripada menjadi lebih teruk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan