backup og meta

Rasa Sakit Dada Dan Badan Seperti Penuh Angin, Apa Sebenarnya Punca Masalah Ini?

Rasa Sakit Dada Dan Badan Seperti Penuh Angin, Apa Sebenarnya Punca Masalah Ini?

Pernahkah anda terkena dan tertanya, kenapa sakit di bahagian tengah dada? Adakah ia disebabkan oleh sakit dada angin atau wujud masalah yang lain? Jom baca artikel untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Angin, punca utama badan tidak selesa?

Akan ada ketika tubuh badan kita terutama perut terasa sangat tidak selesa, senak dan sakit. Dalam istilah orang lama pula, masalah ini mungkin lebih dikenali sebagai perut kembung akibat angin.

Untuk pengetahuan anda semua, kekembungan perut ini akan terjadi apabila angin terperangkap di dalam badan. Ia berpunca apabila angin tidak berjaya keluar dari badan melalui kentut atau sendawa.

sakit dada angin
Sakit dada gara-gara gas dalam badan.

Namun, adakah sakit dada angin juga disebabkan oleh masalah yang sama? Atau, ada kondisi lain selain angin?

Apa punca sebenar rasa sakit dada angin?

Mungkin benar bahawa sakit dada angin itu adalah masalah biasa yang disebabkan oleh lebihan gas di kawasan sekitar perut dan dada. Pun begitu, ada juga faktor yang menunjukkan ia petanda penyakit lain!

#1. Bukan sakit dada angin tetapi refluks asid

Pertama, ada kemungkinan jika ia adalah angkara refluks asid dalam perut (GERD). Ia merupakan kondisi di mana isi perut dengan sifat asidik naik ke esofagus yang terletak di belakang tulang dada.

Akibatnya, dada anda akan rasa tidak selesa sekali gus menyebabkan anda terfikir jika ia adalah gara-gara angin!

sakit dada angin
Sakit dada akibat kondisi GERD.

#2. Masalah pada otot atau tulang

Kedua, rasa tidak selesa pada dada itu juga mungkin disebabkan oleh kondisi pada sistem muskuloskletal manusia seperti costochondirits iaitu sejenis keradangan yang berlaku pada tulang rusuk manusia.

#3. Masalah pundi dan batu hempedu

Ketiga, individu sering kali tersalah sangka masalah angin dengan kondisi pada pundi dan batu hempedu. Kesumbatan pada saluran ini boleh menyebabkan keradangan dan menyebabkan rasa sakit pada dada.

#4. Keradangan organ dalaman

Apa yang lebih menakutkan, sakit dada angin juga sering kali disalahertikan dengan masalah organ dalaman ini:

  • Pneumonia – Keradangan organ paru-paru
  • Pankreatitis – Keradangan organ pankreas
  • Hepatitis – Keradangan organ hati
  • Perikarditis – Keradangan selaput jantung
  • Miorkarditis – Keradangan otot jantung

#5. Sakit dada tengah akibat keresahan

Selain daripada masalah fizikal, jangan terkejut jika kami kata sakit dada ini mungkin boleh terjadi akibat isu mental seperti keresahan, kebimbangan atau kegelisahan yang melampau daripada kebiasaan.

Terdapat 5 punca kesakitan pada dada ini terjadi termasuk

  • GERD
  • Masalah otot dan tulang badan
  • Masalah pundi dan batu hempedu
  • Keradangan fizikal
  • Keresahan mental

Ini antara cara mengeluarkan angin di dada!

Sebelum itu, anda perlu segera berjumpa doktor untuk diagnosis bagi mengetahui apa punca sebenar ketidakselesaan pada dada anda terlebih dahulu. Jika benar ia adalah akibat angin, boleh cuba cara berikut.

perut masuk angin
Ubah gaya hidup jika perut sering masuk angin.

Sekiranya anda ingin cuba lakukan sendiri di rumah, di bawah adalah antara petua hilangkan sakit dada:

  1. Banyak bergerak atau berjalan: Ini boleh membantu melancarkan pergerakan sistem penghadaman sekali gus memudahkan pengeluaran najis dan gas.
  2. Sapu minyak angin atau pati pada perut: Kajian pada tahun 2016 menunjukkan gabungan sapuan ekstrak fennel dan curcumin pada perut kembung berkesan untuk melegakan gejala itu.
  3. Mandi dengan air suam atau panas: Haba hangat daripada air itu dipercayai mampu melegakan rasa tidak selesa pada dada dan perut angkara angin.
  4. Urut perlahan dada dan perut anda: Anda juga boleh cuba mengurut dada serta perut dengan perlahan bagi memudahkan untuk kentut dan sendawa.
  5. Senaman: Yoga boleh membantu anda membuang angin dan bagus buat kesihatan secara keseluruhan.
  6. Makanan: Probiotik boleh membantu tubuh meregulasikan jumlah bakteria kolon yang membawa angin.
  7. Buang semua tabiat yang buruk: Tabiat buruk seperti menghisap rokok, meminum alkohol dan mengunyah gula-gula getah perlu dihentikan dengan segera.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gas – flatulence, https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/gas-flatulence, Accessed Jan 30 2024.
  2. The Truth About Gas, https://www.unitypoint.org/news-and-articles/the-truth-about-gas, Accessed Jan 30 2024.
  3. Chest Pain, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21209-chest-pain, Accessed Jan 30 2024.
  4. Can Gas Cause Chest Pain?, https://health.clevelandclinic.org/can-gas-cause-chest-pain, Accessed Jan 30 2024.
  5. Belching, gas and bloating: Tips for reducing them, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gas-and-gas-pains/in-depth/gas-and-gas-pains/art-20044739, Accessed Jan 30 2024.

Versi Terbaru

13/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Sakit Perut Akibat Masalah Gastrik Angin? Ikut 8 Cara Mudah Ini Untuk Atasinya!

Atasi Masalah Perut Selalu Kembung Dengan 7 Cara Ini, Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan