Siapa sahaja yang tidak panik jika sisa kumuhan seperti berdarah bukan? Sekiranya terdapat darah pada najis anda, mungkin ada beberapa jenis makanan untuk berak berdarah yang boleh anda cuba.
Dalam masa yang sama, anda juga perlu tahu apakah jenis ubat berak berdarah di farmasi untuk anda cuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Apa punca, gejala dan kesan jika mengalami najis berdarah?
Sebelum pergi lebih lanjut, adalah penting untuk kita semua tahu apa punca masalah ini terjadi terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda semua, najis besar yang normal itu mempunyai variasi warna kecoklatan dengan tona cerah atau gelap bergantung kepada apa yang anda makan dan minum sebelum itu.
Apabila anda perasan ia mulai berubah berwarna lain, ia mungkin tanda ada masalah pada sistem penghadaman. Apa yang lebih membimbangkan, jika najis besar anda keluar bersama dengan darah.
Sebenarnya, ada beberapa punca berak berdarah di usia muda itu boleh berlaku, iaitu:
- Keracunan makanan
- Buasir
- Fisur anus
- Ulser peptik
- Penyakit Crohn
- Polip kolon
- Kanser kolon
Selain menyebabkan perubahan warna tinja, ia juga mungkin mengakibatkan kesakitan atau ketidakselesaan di saat membuang air besar. Maka, anda perlu bersedia untuk mencari makanan untuk berak berdarah!
Ini beberapa jenis makanan untuk berak berdarah!
Jika anda juga mengalami masalah ini, pengambilan makanan untuk berak berdarah yang tepat harus dipertimbangkan agar dapat membantu anda mencegah atau merawat kondisi tinja berdarah.
Terdapat beberapa jenis makanan untuk berak berdarah yang bagus. Senarai di bawah mungkin akan membantu:
Makanan untuk berak berdarah #1. Air kosong
Pertama dan paling penting, anda perlu minum lebih banyak air kosong daripada sebelum ini. Kenapa? Alasannya, dehidrasi sudah tentu akan mengakibatkan masalah pada sistem penghadaman.
Selain menyebabkan sembelit, kekurangan air turut meningkatkan risiko kecederaan pada usus dan anus gara-gara tabiat meneran ketika membuang air besar lalu memicu masalah berak berdarah.
Jadi, sila cuba minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari untuk sistem perkumuhan lebih lancar!
Makanan untuk berak berdarah #2. Sayur-sayuran
Seperti ramai sedia maklum, serat merupakan nutrien yang paling penting untuk sistem pencernaan lebih sihat.
Dari mana datangnya sumber serat yang paling sihat? Benar, daripada sayur-sayuran. Jadi, anda amat digalakkan untuk makan sayur terutama yang hijau dan segar agar perut dan usus tidak akan merana.
Makanan untuk berak berdarah #3. Buah-buahan
Jika anda kurang gemar makan sayur (tabiat yang tidak baik), anda boleh cuba gantikan ia dengan buah-buahan.
Antara jenis buah yang bagus untuk perut dan usus anda adalah epal, pir, pisang, labu serta variasi buah beri. Dengan serat dan vitamineral yang tinggi di dalam buah ini, sistem pencernaan anda juga akan terjaga.
#4. Elakkan makanan yang pedas
Sekarang ini sudah menjadi trend makan makanan yang pedas-pedas. Daripada ayam goreng, mi segera dan lain-lain, hampir kesemua makanan di dunia ini mempunyai variasi spicy yang sebenarnya tidak bagus.
Walaupun mungkin tidak menyebabkan masalah najis berdarah secara langsung, namun makanan pedas berak berdarah adalah antara punca kondisi sistem penghadaman atau perkumuhan lain seperti keradangan dinding perut.
Tompokan darah pada najis itu pula merupakan salah satu petanda bahawa terdapat masalah di dalam perut dan usus anda!
#5. Kekacang dan sumber protein lain
Sekiranya ada darah pada najis, ia merupakan tanda bahawa mungkin ada kekoyakan atau kecederaan kulit di sekitar anus, usus atau dinding perut. Maka, ia haruslah dirawat dan ditutup terlebih dahulu.
Berita baik buat anda, kekacang dan macam-macam lagi sumber protein lain termasuk daging ikan atau ayam mampu membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka atau ulser di kawasan terlibat.
Selain daripada menjaga makan dan minum, anda juga wajar mengambil langkah penting di dalam petua hilangkan berak berdarah sama ada moden atau tradisional untuk merawat dan mencegah masalah ini.
Sekiranya ia masih berlaku dan berulang dengan teruk, dapatkan maklumat dan nasihat lebih lanjut daripada doktor.
[embed-health-tool-bmr]