Epistkasis posterior pula merujuk kepada pendarahan hidung yang berlaku di bahagian belakang hidung.
Ia juga mungkin akan menyebabkan darah keluar daripada lubang hidung tetapi ia juga mungkin tidak menyebabkan pendarahan secara jelas atau tiada darah yang keluar.
Epistaksis posterior ini adalah lebih serius dan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami anemia dan najis warna hitam.
Bagaimana untuk merawat hidung berdarah?
Bagi pendarahan kecil yang tidak serius, anda perlu menekan kedua-dua lubang hidung anda untuk menghentikan pendarahan.
Sekiranya anda berada dalam posisi berdiri atau duduk, condongkan sedikit kepala anda ke hadapan iaitu ke arah lantai.
Kemudian, picit dan tekan hidung anda buat sementara waktu.
Jika pendarahan telah berhenti, elakkan daripada menghembus hidung anda kerana pendarahan boleh berlaku semula.
Bagi pendarahan hidung yang lebih teruk dan banyak, anda disarankan untuk terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Doktor mungkin akan meletakkan kain kasa ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pendarahan.
Doktor juga akan melihat punca sebenar yang menyebabkan pendarahan tersebut.
Tertelan darah hidung boleh sebabkan najis warna hitam?

Najis warna hitam disebabkan darah hidung yang ditelan bukanlah satu perkara yang biasa berlaku.
Namun, tidak mustahil sekiranya darah yang ditelan ini boleh menyebabkan warna najis menjadi hitam atau gelap.
Jika seseorang individu tersebut mengalami pendarahan hidung yang teruk dan menyebabkannya tertelan banyak darah, ia sememangnya boleh menyebabkan najis warna hitam.
Ini kerana, darah dengan jumlah yang banyak ini akan bertukar warna kepada hitam atau warna gelap setelah melalui saluran pencernaan.
Bagi mereka yang mempunyai warna najis yang hitam bukan disebabkan faktor selain hidung berdarah, makanan atau suplemen, maka najis tersebut perlu diperiksa dengan lebih lanjut oleh doktor.
Boleh jadi ia berpunca daripada pendarahan dalaman yang disebabkan oleh keadaan atau penyakit lain.
Sebab-sebab lain najis warna hitam
Selain daripada darah hidung yang ditelan, ada juga beberapa punca dan sebab lain yang boleh menyebabkan warna najis menjadi hitam.
Sekiranya berlaku pendarahan dalam saluran pencernaan bahagian atas seperti perut dan esofagus, maka ia boleh menyebabkan najis memiliki warna yang gelap atau hitam.
Ini kerana, apabila darah tersebut bercampur dengan asid perut, ia akan diuraikan dan bertukar warna menjadi gelap.
Najis yang berwarna hitam ini dikenali sebagai melena dan memiliki bau yang busuk.
Selain itu, warna najis yang gelap dan hitam juga boleh berpunca daripada jenis makanan yang anda makan.
Sesetengah jenis makanan yang berwarna hitam dan merah boleh menjadikan najis anda berwarna gelap.
Antara jenis makanan yang boleh menyebabkan najis berwarna gelap ialah seperti ubi bit, bluberi, gelatin berwarna merah bahkan biskut cip coklat gelap.
Ubat-ubatan atau suplemen tertentu juga boleh menyebabkan najis berwarna hitam atau gelap.
Antara ubat-ubatan dan suplemen tersebut ialah ubat-ubatan yang berasaskan bismut, suplemen zat besi dan juga tablet arang.
[health_tool_article id=”94632″]
Kesimpulan
Walaupun ia bukanlah satu perkara yang kerap dan biasa berlaku, namun pendarahan hidung sememangnya boleh menyebabkan najis berwarna gelap jika darah tersebut ditelan.
Namun, jika anda mempunyai warna najis yang hitam dan gelap meskipun tidak menelan darah, ia mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti yang telah dinyatakan di atas.
Oleh itu, berjumpalah doktor dengan segera untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Ia mungkin ada kaitan dengan masalah dalaman dalam sistem penghadaman anda.