backup og meta

Masalah Radang & Rengsa Usus Berbeza, Kenal Pasti Simptom Dulu Baru Boleh Rawat!

Masalah Radang & Rengsa Usus Berbeza, Kenal Pasti Simptom Dulu Baru Boleh Rawat!

Bercakap mengenai penyakit gastrousus, pastinya anda akan mendengar sebutan masalah usus seperti IBS dan IBD. Kedengaran serupa, kan? Tapi hakikatnya, kedua-duanya adalah keadaan yang berbeza.

Penyakit gastrousus: IBS & IBD

Sindrom kerengsaan usus (IBS) adalah istilah bagi gejala yang berlaku apabila kandungan usus besar bergerak terlalu cepat atau terlalu perlahan. 

IBS adalah keadaan yang melibatkan fungsi usus. Ujian yang dijalankan tidak akan dapat menunjukkan sebab fizikal untuk gejala penyakit gastrousus ini.

Manakala penyakit radang usus (IBD) merupakan masalah usus yang menyebabkan pembengkakan dan kerengsaan pada saluran pencernaan anda, seperti penyakit Crohn dan kolitis ulseratif (ulcerative colitis).

IBD, disebut doktor sebagai penyakit struktur. Ini bermakna kerosakan fizikal yang menyebabkan simptom pada keadaan usus anda. 

Semasa ujian dilakukan menggunakan sinar-X, endoskopi, pembedahan atau biopsi, doktor akan dapat melihat keradangan kronik atau ulser pada usus anda. 

Ini bermaksud, anda tidak akan dapat menentukan keadaan yang dialami sama ada IBS atau IBD melalui apa yang dirasai. 

Tetapi, usah bimbang. Hello Doktor ada caranya untuk membantu anda membezakan antara penyakit gastrousus IBS atau IBD yang dialami.

masalah usus

Memahami simptom masalah usus IBS & IBD

Sudah pasti untuk mengenal pasti sesuatu keadaan kesihatan itu, ia akan melibatkan simptom. 

Untuk penyakit berkaitan usus IBS dan IBD ini, terdapat simptom yang sama dan berbeza yang perlu anda fahami. 

Simptom yang sama antara IBS & IBD

Umumnya, masalah kesihatan IBS dan IBD adalah keadaan jangka panjang yang mempengaruhi usus anda, maka kedua-duanya mempunyai beberapa gejala sama, seperti:

  • Sakit perut
  • Perut kembung
  • Masalah cirit-birit atau sembelit
  • Kekerapan buang air besar yang banyak atau wujud perasaan harus membuang air besar

Penyakit gastrousus IBS dan IBD ini juga lebih cenderung didiagnosis pada individu muda.

Perbezaan simptom IBS dan IBD

Sindrom kerengsaan usus dicirikan dengan gabungan keadaan seperti:

IBS juga boleh menyebabkan wujudnya rasa mual dan lebih banyak gas daripada biasa. 

Sementara itu, penyakit radang usus juga boleh mengakibatkan simptom yang sama dan bertambah buruk dari masa ke masa, termasuklah:

Kedua-dua masalah usus ini boleh menyebabkan pergerakan usus secara mendadak, di mana anda mungkin berasakan masih perlu untuk membuang air besar walaupun baru sahaja selepas melakukannya. 

ibs dan ibd

Komplikasi penyakit gastrousus IBS & IBD

Tanpa mendapatkan rawatan betul, penyakit radang usus yang dialami boleh meningkatkan risiko masalah serius seperti:

Bagi masalah sindrom kerengsaan usus atau IBS, ia dikatakan kurang berbahaya. Komplikasi utamanya adalah melibatkan bagaimana gejala mempengaruhi kualiti hidup seharian anda. 

Selain itu, IBS juga dipercayai boleh menyebabkan kemurungan atau kegelisahan. 

Rawatan IBS dan IBD

Selalunya rawatan yang dilakukan oleh individu yang menghidap IBS atau IBD adalah dengan mengubah diet pemakanan harian mereka.

Walau bagaimanapun, tiada diet khusus yang sesuai untuk semua individu. 

Cara terbaik adalah untuk melakukan rundingan dengan doktor bagi menentukan kesesuaian diet dengan keadaan diri anda, seperti:

  • Menambah lebih banyak serat, sama ada daripada makanan atau suplemen
  • Mengelakkan laktosa – biasanya terdapat dalam produk tenusu
  • Mengurangkan makanan yang mengakibatkan kembung atau perut berangin
  • Minum lebih banyak air, sama ada melalui pengambilan cecair atau makanan tinggi kandungan air
  • Menghindari kafein dan kekacang
  • Hadkan atau elakkan pengambilan FODMAP – sejenis gula yang terdapat dalam beberapa jenis buah-buahan, sayur-sayuran, roti dan produk tenusu

gastrousus

Selain itu, doktor juga biasanya akan merawat IBD dengan ubat-ubatan yang menyasarkan kepada keradangan, contohnya: 

  • Aminosalicylates, berfungsi pada lapisan usus anda dengan membantu penyakit gastrousus IBD ringan atau sederhana
  • Kortikosteroid akan melemahkan sistem imun. Anda akan disarankan mengambilnya untuk tempoh singkat sekiranya muncul gejala
  • Imunomodulator turut akan mempengaruhi sistem imun anda. Ia boleh digunakan sebagai rawatan jangka panjang
  • Terapi biologi akan menjaga protein di dalam badan daripada menyebabkan keradangan
  • Antibiotik dapat melawan jangkitan berpunca daripada penyakit atau prosedur pembedahan untuk merawatnya

Sesetengah penghidap IBD mungkin memerlukan pembedahan untuk memperbaiki kerosakan saluran pencernaan mereka.

Bagi mereka yang menghidap IBS, doktor mungkin mengesyorkan ubat preskripsi untuk atasi cirit-birit atau sembelit. Ini termasuklah laksatif, antispasmodik dan antikemurungan.

Pengurusan tekanan, akupuntur, hipnoterapi dan teknik relaksasi juga dapat membantu merawat sindrom kerengsaan usus.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Nov 22, 2020 from

https://www.cedars-sinai.org/blog/is-it-ibs-or-ibd.html 

https://www.crohnscolitisfoundation.org/what-is-ibd/ibs-vs-ibd 

https://badgut.org/information-centre/a-z-digestive-topics/the-irritable-gut-ibs-vs-ibd/ 

https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9669-ibd—-ibs-q–a

https://www.matherhospital.org/wellness-at-mather/ibd-ibs-whats-the-difference/

https://www.uabmedicine.org/-/ibs-vs-ibd

Versi Terbaru

25/07/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Betul Ke Makan Bersulam Air Punca Perut Buncit? Jom Bongkar 3 Hal Yang Dikaitkan Dengannya

Sering Sakit Perut Selepas Makan Pencuci Mulut? Jaga-Jaga! Anda Mungkin Ada Alahan Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan