backup og meta

Cegah Kanser Dengan Jaga Kesihatan Hati, 11 Makanan Ini Ada Yang Perlu Anda Ambil & Elak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/07/2023

    Cegah Kanser Dengan Jaga Kesihatan Hati, 11 Makanan Ini Ada Yang Perlu Anda Ambil & Elak!

    Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh dikaitkan dengan masalah hati.

    Topik berkenaan “makanan kanser” adalah antara topik yang popular di enjin pencarian Google berikutan tahap kesedaran yang semakin meningkat.

    Artikel ini akan menyenaraikan 11 makanan yang baik dan tidak baik untuk organ hati anda

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

    #1. Mil oat, makanan tinggi serat untuk elak masalah hati

    Kajian menunjukkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti mil oat boleh melindungi anda daripada masalah obesiti dan perut buncit.

    Ini merupakan makanan terbaik bagi mereka yang ingin menikmati penurunan risiko kanser atau masalah hati.

    Tambahan pula, kandungan seratnya boleh memberikan kesan baik kepada sistem penghadaman manusia.

    #2. Makanan tinggi lemak, penyebab masalah hati

    Makanan berlemak tinggi terutamanya makanan segera boleh menyebabkan kesan buruk terhadap organ hati anda.

    Kandungan lemak tepu boleh merencatkan fungsi hati menyebabkan fungsi fisiologinya sukar terlaksana.

    Lama-kelamaan, keadaan ini boleh menyebabkan keradangan dan akhirnya pembentukan parut pada organ hati yang turut dikenali sebagai sirosis (sejenis penyakit hati).

    Sirosis berupaya untuk meningkatkan risiko kanser hati di samping menjejaskan kesihatan individu.

    #3. Brokoli, makanan hijau pelindung masalah hati

    masalah hati

    Seperti mil oat, sayur-sayuran juga merupakan makanan yang bagus untuk organ hati.

    Jika anda bukan jenis yang suka makan sayur, boleh cuba brokoli terlebih dahulu.

    Terdapat kajian yang menunjukkan makanan ini berupaya untuk melindungi anda daripada penyakit hati berlemak bukan alkohol.

    Jika anda tidak gemar brokoli stim, anda boleh cari resepi lain seperti brokoli goreng dan sebagainya.

    #4. Kopi, minuman berkafein yang baik untuk elak masalah hati

    Kajian menunjukkan pengambilan kopi 2 hingga 3 cawan sehari boleh melindungi hati anda daripada kerosakan akibat pengambilan alkohol secara berlebihan atau diet tidak seimbang.

    Terdapat juga kajian yang menunjukkan kopi boleh menurunkan risiko kanser hati.

    Pun begitu, bukan semua individu boleh minum kopi. 

    Ada di antara kita yang mudah mendapat simptom seperti berdebar-debar, tidak boleh menumpukan perhatian dan sebagainya selepas minum kopi.

    Oleh itu, anda boleh cuba mengambil minuman berkafein yang lain seperti teh.

    #5. Gula

    Gula merupakan bahan penyedap makanan yang sering dikaitkan dengan masalah obesiti.

    masalah hati

    Pengambilannya secara berlebihan boleh membebankan fungsi hati berikutan penukaran gula kepada lemak dilaksanakan oleh organ tersebut.

    Dalam jangka masa panjang, anda berisiko untuk didiagnosis dengan masalah hati berlemak.

    Oleh itu, kawal pengambilan gula sekiranya anda ingin menurunkan risiko kanser hati.

    #6. Teh hijau, kaya dengan antioksida

    Seperti yang anda sedia maklum, teh hijau merupakan minuman yang baik untuk kesihatan individu.

    Ia mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai catechins.

    Molekul tersebut bertanggungjawab melindungi anda daripada pelbagai jenis kanser termasuklah kanser hati.

    Namun, kepekatan antioksidan tersebut tinggi apabila minuman teh hijau dibancuh sendiri dan diambil sementara ia masih panas.

    #7. Air kosong, pilihan terbaik untuk setiap individu

    Bak kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh. 

    Pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari boleh menghindarkan anda daripada pelbagai jenis masalah kesihatan termasuklah penyakit hati.

    Elakkan daripada mengambil minuman manis seperti air berkarbonat.

    Ia mempunyai kandungan gula yang tinggi dan boleh memberikan implikasi buruk terhadap fungsi hati dalam jangka masa panjang.

    #8. Kacang almond

    Kacang terutamanya kacang almond mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi.

    Kajian menunjukkan nutrisi mikro tersebut boleh membantu melindungi anda daripada penyakit hati berlemak.

    Bukan itu sahaja, kacang almond juga adalah snek yang baik untuk kesihatan jantung.

    Jika anda berasa lapar pada waktu malam atau di antara hidangan makan besar, anda boleh mencubanya.

    #9. Bayam, sayur yang kaya dengan antioksida

    Selain daripada serat, sayur-sayuran seperti bayam, kaya dengan antioksida yang dikenali sebagai glutathione.

    Ia boleh membantu mengekalkan fungsi hati anda pada tahap yang optimum.

    Tambahan pula, sayur bayam mudah untuk disediakan. Ia boleh dimakan bersama dengan salad, digoreng bersama bawang putih atau dimakan bersama dengan parmesan.

    #10. Buah beri, buah-buahan untuk si cerdik

    masalah hati

    Ramai yang sering mengaitkan pengambilan buah beri seperti bluberi dengan kecerdikan individu.

    Apa yang mungkin anda tidak tahu adalah, buah tersebut kaya dengan antioksidan dan polyphenol yang boleh melindungi anda daripada penyakit hati berlemak.

    Jika anda tidak berminat dengan buah ini, anda boleh cuba makanan lain seperti buah zaitun, coklat gelap atau buah plum.

    #11. Bersederhana dengan pengambilan alkohol 

    Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh merosakkan hati.

    Lama-kelamaan, keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya sirosis dan akhirnya kanser hati.

    Cara yang paling ideal adalah untuk berhenti mengambil minuman tersebut. 

    Namun sekiranya anda tidak merancang untuk berbuat demikian, hadkan pengambilan alkohol kepada sekali sehari.

    Konklusi

    Jika anda risau akan peningkatan risiko kanser hati, pastikan anda mengamalkan gaya pemakanan sihat.

    Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak tepu yang tinggi boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser hati.

    Rujuk doktor dan pakar pemakanan bertauliah sebelum mengamalkan sebarang diet terutamanya jika anda menghidap sebarang bentuk penyakit kronik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan