Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.
Ketahui apa yang berlaku
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum menjalani Pembedahan abdomen untuk Penyakit Crohn?
Pembedahan dilakukan di bawah anestetik am. Anestesia am melalikan otot-otot di saluran pencernaan dan saluran udara yang menyimpan makanan dan asid di dalam perut dan keluar dari paru-paru anda. Itulah sebabnya adalah penting untuk mengikuti arahan doktor anda tentang bila anda perlu berhenti makan dan minum sebelum pembedahan.
Dalam kebanyakan kes, anda perlu mula berpuasa 6 jam sebelum prosedur anda. Anda mungkin boleh minum cecair sehingga beberapa jam sebelum pembedahan.
Doktor anda mungkin menyuruh anda mengambil ubat-ubatan tertentu semasa anda berpuasa. Bincangkan tentang ubat anda dengan doktor anda.
Anda juga harus bercakap dengan doktor anda tentang ubat-ubatan harian, suplemen dan keadaan badan anda yang lain untuk persediaan yang teliti sebelum pembedahan.
Apa yang berlaku semasa Pembedahan abdomen untuk Penyakit Crohn?
Pembedahan anda bergantung pada lokasi dan keseriusan penyakit anda. Terdapat beberapa jenis pembedahan termasuk:
- Striktur plasti, yang merupakan prosedur pembedahan untuk meluaskan kawasan sempit usus kecil pada bahagian yang terjejas oleh penyakit ini. Tiada bahagian usus dikeluarkan.
- Reseksi, iaitu pembuangan bahagian usus yang telah berpenyakit.
- Kolektomi, iaitu pembuangan kolon (usus besar). Rektum biasanya tidak terjejas. Ia boleh disambungkan ke usus kecil.
- Proktokolektomi, iaitu pembuangan kolon dan rektum. Sisa pembuangan disalurkan ke dalam beg luaran yang perlu dikosongkan sepanjang hari.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.
Pemulihan
Apa yang berlaku selepas Pembedahan abdomen untuk Penyakit Crohn?
Anda sepatutnya boleh balik ke rumah selepas 5 hingga 10 hari. Anda mungkin mengambil masa sehingga 3 bulan untuk anda pulih sepenuhnya. Anda dicadangkan melakukan seperti berikut:
- Ikut arahan penjagaan selepas penbedahan doktor anda
- Mengekalkan diet yang seimbang. Ini termasuk makanan dari semua kumpulan utama (bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, susu, dan daging dan kacang). Selepas menjalani kolektomi atau proktolektomi, disyorkan untuk makan diet serat rendah untuk 6 hingga 8 minggu pertama.
- Kerap bersenam. Ini akan membantu anda kembali ke aktiviti normal secepat mungkin. Sebelum anda mula bersenam, minta nasihat doktor anda.
- Minum banyak air. Ini akan membantu anda kekal terhidrat. Anda harus mensasarkan 8 hingga 10 gelas sehari.
- Makan secara kerap – jangan langkau waktu makan. Usus yang kosong akan menghasilkan gas.
- Apabila menambah makanan baru dalam diet anda, cuba makan sedikit dengan makanan lain yang anda tahu akan mudah dicerna.
- Makan sedikit dengan kerap. Ingat untuk sentiasa mengunyah sepenuhnya.
- Anda boleh makan nasi, kentang, atau pasta sekali sehari untuk mengurangkan kekerapan dan kerengsaan usus.
- Hadkan makanan yang mengandungi gula ringkas. Ia boleh menjadikan cirit-birit anda lebih teruk.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen