home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

5 Kaedah Menyingkirkan Bahan Kimia Berbahaya Dalam Badan

5 Kaedah Menyingkirkan Bahan Kimia Berbahaya Dalam Badan

Tidak dinafikan perkembangan teknologi yang berterusan mendatangkan faedah kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, wujud kesan sampingan dari perkembangan teknologi ini dalam badan kita dan membuat kita sakit. Siapa yang menyangka produk seharian seperti plastik, pembersihan, ubatan dan kecantikan dihasilkan dengan cara untuk membenarkan bahan kimia berbahaya dan toksik masuk ke dalam badan? Anda terdedah kepada bahan kimia ini melalui udara, air, makanan atau sentuhan kulit.

Bagaimana kimia menjejaskan badan

Anda perlu melihat dan menyingkirkan penggunaan produk yang mengandungi:

  • PCB’s (polychlorinated biphenals)
  • DBP‘s (Dibutyl Phthalate)
  • DEP’s (Diethyl phthalate)
  • DEHP’s (Diethylhexyl phthalate)
  • BzBP’s (benzylbutyl phthlate)
  • DMP’s (Dimethyl phthalate)

Menurut Environmental Working Group, apabila seorang individu wanita bersedia untuk meninggalkan rumah pada waktu pagi, dia telah mendedahkan dirinya kepada 126 toksin kimia dari syampu, sabun badan, losyen, kosmetik dan yang paling berbahaya, minyak wangi.

Bahan kimia ini yang mengganggu keseimbangan badan dan membebankan proses detoksifikasi badan. Badan manusia, apabila mengandungi lebih toksin, akan ‘membuang’ banyak bahan toksik ke dalam sistem penyimpanan lemak untuk mengurangkan peredaran toksin ini ke seluruh badan. Apabila tiada lagi toksin yang memasuki badan, toksin yang tersimpan ini akan diproses dan disingkirkan bersama lemak yang ‘tersimpan’ bersama. Apabila badan anda tidak lagi perlu untuk menghasilkan tindak balas kimia terhadap toksin ‘statik’, anda akan mendapati badan dapat mengekstrak kandungan nutrien lebih banyak daripada makanan yang anda makan dan menyingkirkan toksin dari badan.

Bagaimana menyingkirkan bahan kimia berbahaya dari badan

Berikut adalah tindak balas ringkas Sistem Pakar Badan untuk menangani pencemaran dan kandungan kimia:

Kerap Detoks: Sokong detoksifikasi semula jadi dan proses biokimia dengan pengambilan makanan dan minuman yang dapat membantu dan meningkatkan sistem naluri badan untuk menyingkirkan toksin.

Perbanyakan antioksidan: Semakin kuat sistem imun anda, semakin mudah untuk membangun dan mengekalkan tahap tenaga dan kesihatan.

Organik dan bebas kimia: Mengambil makanan berkualiti terbaik untuk badan. Sebaiknya makan organik atau makanan yang tidak diproses.

Tingkatkan fungsi hati: Makan dan minum sayuran hijau. Teh hijau Matcha adalah diet pemakanan yang terbaik untuk memperbaiki fungsi hati. Kajian menunjukkan segelas Matcha adalah bersamaan dengan 10 gelas teh hijau dari aspek nilai pemakanan dan kandungan antioksidan – yang dikenali untuk melawan tekanan oksidatif seluruh badan.

Produk pembersihan dan peribadi semula jadi: Produk pembersih kimia dan penjagaan peribadi mengandungi kandungan toksin dan sebatian tiruan estrogen. Pilih pembersihan berasaskan tumbuhan. Jangan terus mempercayai label yang tertulis ‘semula jadi’. Semak kandungan bahan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Ditulis oleh Phil Kelly pada 21/03/2019
Maklumat perubatan disemak oleh Phil Kelly
x