Tahukah anda, individu yang ada masalah asid refluks mungkin akan mengalami simptom GERD lain selain pedih ulu hati. Namun persoalannya di sini, adakah GERD boleh sembuh?
Adakah penyakit GERD bahaya? Adakah GERD sama dengan gastrik? Kenapa perut berasid?
Lebih banyak info tentang sistem penghadaman di sini.
Asid refluks & simptom GERD
Adakah penyakit GERD bahaya? Adakah GERD sama dengan gastrik? Kenapa perut berasid?
Penyakit gastroesophageal refluks (GERD) atau lebih mudah dikenali sebagai asid refluks, berlaku apabila asid dalam perut mengalir kembali ke saluran esofagus – tiub yang menghubungkan mulut dan perut.
Masalah asid refluks ini boleh mengakibatkan kerengsaan pada lapisan esofagus anda.
Tanda dan simptom GERD yang biasa dialami termasuklah:
- Sakit dada
- Loya atau muntah
- Nafas berbau
- Waterbrash – air liur berlebihan secara tiba-tiba
- Masalah pernafasan
- Kesukaran atau kesakitan ketika menelan
- Pereputan gigi (gigi rosak)
- Memuntahkan (regurgitation) makanan atau cecair masam
- Disfagia – Terasa seperti makanan terlekat di tengah dada atau tekak
- Rasa terbakar di dada yang berlaku selepas makan
Sekiranya anda mengalami serangan asid refluks pada waktu malam, gejala yang mungkin dialami:
- Batuk yang berpanjangan
- Laringitis: Keradangan bahagian kerongkong di mana terletaknya pita suara
- Asma baru atau semakin teruk
- Tidur terganggu
Jadi adakah terdapat kemungkinan untuk GERD boleh dirawat?
GERD boleh sembuh atau tidak jika dirawat?
Adakah penyakit GERD bahaya?
Untuk menjawab persoalan itu, sememangnya GERD boleh sembuh.
Terdapat 4 pendekatan untuk merawat dan melegakan simptom GERD. Ia termasuklah pengambilan ubat-ubatan tertentu dan juga prosedur pembedahan.
Dalam kebanyakan kes, individu yang mengalami asid refluks akan bertindak balas dengan baik terhadap kombinasi perubahan gaya hidup dan rejimen ubat.
Namun, ada juga kes di mana penghidap GERD tidak mendapat kelegaan daripada rawatan tersebut dan perlu menjalani pembedahan.
Pembedahan biasanya menjadi pilihan alternatif bagi individu yang tidak mahu bergantung kepada pengambilan ubat seumur hidup.
GERD boleh sembuh melalui kaedah:
- Perubahan gaya hidup dan diet
- Ubat
- Terapi endoskopi
- Pembedahan
#Perubahan gaya hidup dan diet pemakanan
Perubahan diet dan amalan gaya hidup adalah langkah pertama untuk merawat simptom GERD.
Ini kerana terdapat makanan tertentu yang menjadikan gejala asid refluks lebih teruk.
Antara perubahan yang boleh dilakukan adalah:
- Menurunkan berat badan jika mengalami masalah obes atau berat berlebihan — daripada semua perubahan gaya hidup yang boleh dilakukan, ini adalah yang paling berkesan.
- Elakkan makanan yang meningkatkan kadar asid di dalam perut, termasuk minuman berkafein.
- Elakkan makanan yang mengurangkan tekanan pada esofagus bawah seperti makanan berlemak, alkohol dan pudina.
- Elakkan makanan yang mempengaruhi peristalsis (pergerakan otot di saluran pencernaan), seperti kopi, alkohol dan cecair berasid – minuman buah citrus.
- Elakkan makanan yang melambatkan pengosongan gastrik, termasuk makanan berlemak.
- Hindari pengambilan hidangan makanan dalam saiz yang besar.
- Berhenti merokok.
- Jangan berbaring sejurus selepas makan.
- Tinggikan bahagian kepala ketika berbaring.
#GERD boleh sembuh melalui pengambilan ubat-ubatan
Sekiranya perubahan gaya hidup dan diet tidak berfungsi melegakan simptom GERD, doktor anda mungkin memberikan preskripsi ubat-ubatan tertentu.
- Antasid
Ubat yang boleh dibeli di farmasi atau over-the-counter (OTC) ini adalah yang terbaik untuk gejala refluks yang sekejap-sekejap dan agak jarang berlaku.
Jika diambil dengan kerap, antasid dapat memburukkan masalah. Ini kerana ia akan meninggalkan perut dengan cepat, dan kesannya perut akan meningkatkan pengeluaran asid.
- Penyekat histamin
Penyekat histamin 2 (H2) adalah ubat yang membantu menurunkan rembesan asid.
Penyekat H2 dikatakan dapat menyembuhkan hakisan esofagus pada sekitar 50% individu yang mengalami masalah asid refluks.
- Perencat pam proton
Proton pump inhibitor (PPIs) adalah ubat yang menyekat tiga laluan utama untuk pengeluaran asid.
PPI menekan pengeluaran asid dengan lebih berkesan daripada penyekat H2.
PPI menyembuhkan esofagitis erosif pada kebanyakan penghidapnya, bahkan untuk mereka yang mengalami kerosakan esofagus teruk.
- Agen prokinetik
Merupakan ubat yang dapat meningkatkan aktiviti otot licin pada saluran gastrousus (GI).
Ubat ini dikatakan kurang berkesan jika dibandingkan dengan PPI.
Doktor mungkin akan menetapkannya bersama ubat penekan asid.
#TIF dan terapi endoskopi lain bantu kurangkan simptom GERD
GERD boleh sembuh dengan rawatan transoral incisionless fundoplication (TIF).
Menjalani prosedur ini bermakna masa rawatan adalah lebih pendek, kesakitan yang dapat dikurangkan dan proses pemulihan pantas berbanding dengan pembedahan laparoskopi.
Prosedur ini melibatkan penggunaan peranti TIF khas untuk membuat jalan masuk untuk alat pengimejan fleksibel seperti tiub yang disebut endoskopi.
#Pembedahan untuk GERD
Sekiranya simptom GERD tidak berkurangan dengan perubahan gaya hidup atau terapi ubat, anda mungkin perlu menjalani prosedur pembedahan.
Ada sesetengah penghidap asid refluks lebih menyukai pendekatan pembedahan sebagai alternatif berbanding pengambilan ubat-ubatan seumur hidup.
GERD boleh sembuh dengan pembedahan dilakukan untuk memperkuatkan penghalang antirefluks.
Walaupun masalah asid refluks boleh menjejaskan aktiviti harian anda, namun ia tidaklah sehingga mengancam nyawa.
Kesimpulan
Sekiranya anda mengetahui pencetus dan mendapatkan rawatan yang tepat serta bersesuaian, pastinya kehidupan akan menjadi lebih baik.
[embed-health-tool-bmr]