Pedih Ulu Hati Tanda Anda Sensitif Terhadap Kafein, Ini Tak Sama Dengan Alergi Kopi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kopi, minuman pilihan ramai individu di seluruh dunia, terutamanya pada waktu pagi. Kandungannya boleh merangsang badan dan minda. Namun tahu tak, ada segelintir individu mempunyai alergi kopi?

Alergik terhadap makanan seperti kekacang sudah sering kita dengar, tetapi alergi kopi? Ini mungkin merupakan kali pertama anda mendengarnya.

Sama seperti alergi makanan yang lain, alahan terhadap kopi juga mempunyai gejala-gejala yang hampir serupa.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, pastikan anda baca kupasan ini, ya!

Punca-punca alergi kopi

Reaksi alergi terhadap minum kopi sebenarnya merupakan satu perkara yang sangat jarang berlaku.

Menurut kajian oleh International Archives of Allergy and Immunology, debu dari biji kopi hijau telah menyebabkan reaksi alergi pada sebilangan individu yang bekerja dengan biji tersebut.

Reaksi alergi yang disebabkan oleh makanan, seperti biji kopi, sebenarnya disebabkan oleh tindak balas sistem imun.

Ini kerana, sistem kekebalan tubuh mengenal pasti sebatian dalam sel kopi sebagai ‘penyerang’.

Maka, tubuh kemudian bertindak balas terhadap kopi dengan cara yang serupa sebagaimana ia bertindak balas terhadap patogen, seperti bakteria dan virus.

Ia melepaskan sebatian pelindung, seperti histamin, untuk mengasingkan dan menghancurkan sel kopi yang mengganggu.

Oleh itu, gejala-gejala alergi kopi merupakan hasil daripada keseluruhan proses ini.

Ini simptom-simpton alahan terhadap kopi

kopi

Alergi kopi boleh menyebabkan gejala-gejala serius berlaku di dalam badan, biasanya dalam beberapa jam pertama setelah diminum.

Simptomnya boleh mempengaruhi banyak bahagian badan dan biasanya akan bertambah buruk dari masa ke masa.

Antara gejala reaksi alergi terhadap kopi termasuk:

  • Ruam kulit, seperti gatal-gatal atau bintik-bintik merah
  • Pening dan muntah
  • Masalah menelan
  • Sesak nafas atau sukar menarik nafas
  • Batuk
  • Kekejangan perut
  • Cirit-birit
  • Nadi lemah atau penurunan tekanan darah secara tiba-tiba
  • Kehilangan kesedaran

Reaksi alergi yang teruk boleh menyebabkan anafilaksis, suatu reaksi alahan yang amat serius yang terjadi secara tiba-tiba dan boleh membawa maut.

Anafilaksis boleh menyebabkan pembengkakan tekak dan mulut, menyekat saluran udara, dan juga memberi kesan buruk kepada degupan jantung serta tekanan darah.

Sesiapa sahaja yang mengalami sebarang gejala ini harus segera mendapatkan rawatan perubatan.

Orang yang mempunyai alergi kopi dan telah mengambil ubat antihistamin atau epinefrin (ubat yang digunakan untuk mengubati reaksi alergi) pula masih harus mendapatkan rawatan perubatan untuk mengelakkan komplikasi yang berpotensi.

Alergi atau sensitif terhadap kafein?

Kadangkala, mereka yang sensitif terhadap kafein sering terkeliru dengan menganggap mereka mempunyai alahan terhadapnya.

Sensitiviti terhadap kafein boleh menimbulkan gejala-gejala bermasalah yang tersendiri, tetapi biasanya tidak mengancam nyawa.

Gejala sensitif terhadap kafein boleh merangkumi:

  • Berasa resah dan gelisah
  • Mudah marah
  • Masalah tidur atau insomnia
  • Sakit perut
  • Kekejangan perut
  • Degupan jantung tinggi atau tekanan darah
  • Kekejangan otot yang tidak disengajakan

Selain simptom di atas, golongan ini juga berpotensi untuk mengalami gangguan gastrousus.

Sebagai contoh, kopi boleh menjadikan pedih ulu hati dan gejala penyakit gastroesophageal reflux (GERD) menjadi lebih teruk.

Namun jangan risau, simptom yang disebabkan oleh sensitiviti terhadap kafein ini biasanya akan hilang sekiranya anda berhenti minum kopi atau apa-apa  minuman yang berkafein.

Berapa cawan kopi sehari?

kopi

Menurut pakar, pengambilan kafein yang disyorkan untuk orang dewasa adalah terhad kepada 400 miligram sehari.

Ini adalah sekitar 4 cawan kecil kopi setiap hari. Jika diambil secara berlebihan, simptom-simptom bermasalah boleh timbul.

Pengambilan kafein yang terlalu banyak turut menimbulkan gejala yang serupa dengan masalah sensitif terhadap kopi.

Sebagai tambahan, pengambilan terlalu banyak kopi pada seseorang yang sensitif terhadap kafein boleh menyebabkan simptom-simptom seperti berikut:

  • Sakit dada
  • Jantung berdebar-debar
  • Perubahan mood, kemarahan, atau kemurungan
  • Sakit otot
  • Sesak nafas
  • Sakit kepala atau migrain
  • Berkhayal atau berhalusinasi
  • Berpeluh sejuk
  • Simptom seperti selesema
  • Serangan panik

Rawatan-rawatan alergi kafein

Alergi terhadap kopi atau minuman berkafein lain boleh dirawat dengan ubat alergi makanan seperti antihistamin.

Antihistamin ini berfungsi untuk mengurangkan gejala alergi, seperti gatal-gatal dan masalah bengkak.

Sekiranya seseorang yang mengalami alergi kafein mengalami kejutan anafilaksis, pesakit mungkin bakal diberikan suntikan epinefrin (adrenalin).

Semakin cepat anda mendapatkan rawatan, semakin baik peluang untuk sembuh daripada reaksi alahan.

Apa yang perlu dielakkan?

Salah satu cara untuk mencegah alahan makanan atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko terkena reaksi alergi kafein adalah dengan berhenti mengambilnya!

Walaupun kedengaran mudah, kebiasaannya tabiat minum kopi atau minuman berkafein lain sukar untuk dipatahkan.

Selain kopi, anda perlu ingat, kafein juga boleh terdapat di dalam:

  • Pelbagai teh termasuk teh hitam, hijau, Oolong, Pu’er, dan teh putih
  • Minuman tenaga
  • Beberapa minuman ringan dan soda
  • Beberapa jenis snek bar tenaga
  • Koko
  • Coklat

Walaupun terdapat kopi atau teh tanpa kafein di pasaran, ia sebenarnya mungkin masih berisiko untuk mengandungi sejumlah kecil kafein.

Pada mereka yang mempunyai tahap sensitiviti tinggi terhadapnya, ini mungkin sudah cukup untuk menimbulkan simptom-simptom alahan.

Justeru, sesiapa yang mempunyai masalah sensitif atau alergi kafein yang teruk perlu memeriksa label makanan atau minuman dengan teliti.

Anda juga harus tahu, kafein ditambahkan ke dalam banyak produk, seperti gula-gula malah vitamin!

Bukan itu sahaja, beberapa ubat penahan sakit juga mengandungi kafein di dalamnya.

Ini mesti dielakkan, dan doktor harus dimaklumkan mengenai sebarang alahan atau sensitviti terhadap kafein yang anda ada sebelum ubat-ubatan ditetapkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bukan Semua Pesakit COVID-19 Perlu Masuk Hospital, KECUALI Yang Ada 11 GEJALA Ini

Bukan semua individu positif jangkitan COVID-19 perlukan rawatan hospital. Namun, jika alami tanda-tanda amaran tertentu, anda perlu segera jumpa pakar.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
COVID-19 10/02/2021 . 4 minit bacaan

Buat Suami, Ini 7 Punca Yang Sebabkan Zakar Rasa Sakit Semasa Seks

Berasa sakit semasa seks? Sakit ketika seks yang dialami oleh kaum lelaki boleh menjadi petanda bagi beberapa keadaan. Artikel ini ada terangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan Lelaki Lain 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Ini Beza Kandungan Kafein Di Dalam Teh Dan Kopi; Ketahui Minuman Mana Yang Sesuai Untuk Anda

Minuman berkafein sangat popular di seluruh dunia. Ia terkandung di dalam lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan terutamanya coklat, kopi dan teh...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Fakta Nutrisi 04/02/2021 . 3 minit bacaan

Ada Tempoh Kemurungan Normal Selepas Bersalin; Seminggu, Sebulan @ Lebih Lama? Baca Kajian Ini

Tempoh selepas melahirkan anak adalah waktu penjagaan penting yang perlu diberi keutamaan atau ibu berisiko meroyan selepas bersalin.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penjagaan Ibu, Penjagaan Selepas Bersalin 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat

Nak Tahu Cara Atasi Pedih Ulu Hati? Jom Cuba 6 Kaedah Ini, Barulah Lega!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
penyakit glaukoma

Penghidap Glaukoma, Kenal Pasti 9 Makanan Ini ATAU Mata Anda Jadi Makin Teruk!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/02/2021 . 3 minit bacaan
penyakit gastritis

Orang Gastrik Tak Boleh Minum Kopi? Ini 12 Makanan Boleh Ambil & Mesti Elak Jika Ada Gastritis

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
suntikan vaksin

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan