backup og meta

Penat Berulang Kali Ke Tandas Gara-Gara Cirit-Birit? Ikut 5 Petua Ini Untuk Atasinya!

Penat Berulang Kali Ke Tandas Gara-Gara Cirit-Birit? Ikut 5 Petua Ini Untuk Atasinya!

Cirit-birit merupakan masalah kesihatan yang biasa dialami oleh setiap individu. Mereka yang diserang cirit-birit pastinya akan berasa penat kerana terpaksa berulang kali ke tandas untuk membuang air besar. Adakah sebenarnya terdapat cara hilangkan cirit birit yang berkesan untuk anda cuba?

Teruskan membaca artikel ini kerana kami akan kongsikan beberapa petua yang mudah untuk anda cuba bagi mengatasi masalah ini dengan cepat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Apa sebenarnya penyebab cirit birit dewasa?

Cirit-birit merupakan gangguan sistem pencernaan di dalam tubuh badan kita. Ia akan menyebabkan najis dikumuhkan dalam keadaan lembut dan juga berair.

Simptom cirit-birit kebiasaannya ialah kekejangan bahagian abdomen bawah, kembung perut dan kadangkala disertai dengan loya dan muntah.

Cirit-birit juga akan menyebabkan seseorang kerap ke tandas dalam tempoh yang singkat. Ia juga akan berlangsung dalam tempoh dua hingga ke tiga hari, dan akan hilang dengan sendirinya tanpa sebarang rawatan.

Berikut merupakan penyebab cirit birit dewasa boleh terjadi:

  • Alahan terhadap makanan
  • Jangkitan kuman seperti virus, bakteria dan parasit
  • Ubat-ubatan
  • Keracunan makanan
  • Penggunaan air yang tercemar
  • Penyalahgunaan julap
  • Penyerapan makanan yang tidak betul (malabsoprtion food)
  • Pembedahan pundi hempedu atau perut

Bagaimana cara hilangkan cirit birit orang dewasa yang berkesan?

Anda boleh cuba cara hilangkan cirit birit yang efektif ini di rumah untuk mengurangkan simptom cirit-birit. Berikut merupakan petua tersebut:

Cara hilangkan cirit birit #1. Ambil diet BRAT dalam pemakanan

Pelan diet BRAT ini merupakan singkatan bagi Banana (pisang), Rice (nasi), Applesauce (sos epal), dan Toast (roti bakar).

Diet BRAT ini dicipta khas bagi membantu melegakan masalah cirit-birit yang berlaku pada golongan kanak-kanak dan juga dewasa.

Diet ini bertujuan untuk memudahkan makanan yang anda makan dicerna dan membantu mengurangkan tekanan pada sistem penghadaman anda.

Untuk makluman anda, pisang amat bagus bagi mengatasi cirit-birit. Ini kerana buah tersebut mengandungi potasium yang dapat membantu menggantikan sebarang nutrisi yang hilang daripada badan.

Nasi dan roti bakar pula lebih mudah untuk dicerna daripada makanan berat lain, manakala sos epal pula dapat memberikan serat dan juga nutrisi tambahan dalam tubuh badan anda.

cara hilangkan cirit birit
Cara merawat masalah sembelit.

#2. Cara hilangkan cirit birit dengan banyakkan minum air

Memastikan tubuh badan kekal hidrat adalah perkara yang amat penting bagi anda yang sedang mengalami cirit-birit. Ini kerana, cirit-birit akan menyebabkan badan anda kehilangan banyak air.

Pastikan anda banyak minum air sekurang-kurangnya enam ke lapan gelas sehari.

Anda boleh juga menyeimbangkan pengambilan air dengan minuman elektrolit lain seperti minuman sukan dan juga air kelapa.

#3. Elakkan mengambil minuman atau makanan berkafein dan beralkohol

Apabila mengalami cirit-birit, anda tidak boleh mengambil minuman atau makanan yang mengandungi kafein atau alkohol kerana ini akan meningkatkan simptom cirit-birit anda lagi. Ia juga boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi.

Elakkan daripada mengambil minuman teh hijau, bersoda, kopi dan coklat.

#4. Tambah makanan probiotik dalam diet anda sebagai cara hilangkan cirit birit

ubat cirit birit
Makanan probiotik dapat merawat cirit-birit.

Untuk makluman anda, probiotik merupakan sumber ‘bakteria baik’ dalam saluran usus anda untuk mewujudkan persekitaran usus yang sihat.

Makanan probiotik boleh didapati di dalam yogurt, keju, tempe, jeruk, dan kimchi .

#5. Elakkan pengambilan sesetengah jenis sayur-sayuran atau buah-buahan

Tahukah anda bahawa terdapat juga beberapa jenis buah-buahan dan juga sayur-sayuran yang boleh menyebabkan jumlah gas di dalam usus anda meningkat apabila anda mengalami cirit-birit.

Ya, makanan seperti kekacang, buah beri, kacang pis, brokoli, jagung, kubis, sayur-sayuran mentah boleh menyebabkan gas usus anda meningkat dan seterusnya akan memburukkan lagi keadaan cirit-birit anda.

Apa ubat cirit birit dewasa yang sesuai?

rawatan cirit birit
Ubat merawat cirit-birit di farmasi.

Kebiasannya, masalah cirit-birit ini tidak perlu dirawat. Namun begitu, terdapat beberapa ubat cirit birit dewasa yang boleh melegakan anda.

Tetapi perlu diingatkan, ubat-ubatan ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak. Sekiranya anak anda mengalami cirit-birit, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan ubat-ubatan yang bersesuaian.

Terdapat dua jenis ubat cirit birit dewasa untuk anda:

  • Loperamide (Imodium) – memperlahankan pergerakan makanan melalui usus anda dan membolehkan badan anda menyerap lebih banyak cecair
  • Bismuth subsalicylate (Kaopectate, Pepto-Bismol) – mengimbangi cecair yang bergerak melalui saluran penghadaman anda
Kesimpulannya, mengambil makanan yang baik dan mengurangkan pengambilan makanan tertentu sebenarnya merupakan antara cara hilangkan cirit birit yang terbaik.

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya simptom cirit-birit anda menjadi semakin teruk seperti keluar berak berdarah.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Cirit-birit. http://www.myhealth.gov.my/cirit-birit/. Diakses pada November 9, 2023.

What To Eat When You Have Diarrhea. https://health.clevelandclinic.org/what-to-eat-when-you-have-diarrhea/. Diakses pada November 9, 2023.

Diarrhea. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diarrhea/diagnosis-treatment/drc-20352246#:~:text=Lifestyle%20and%20home%20remedies&text=Drink%20plenty%20of%20liquids%2C%20including,%2C%20eggs%2C%20rice%20or%20chicken. Diakses pada November 9, 2023.

Diarrhea. https://www.nationwidechildrens.org/conditions/diarrhea. Diakses pada November 9, 2023.

Chronic Diarrhea Treatments. https://stanfordhealthcare.org/medical-conditions/digestion-and-metabolic-health/chronic-diarrhea/treatments.html. Diakses pada November 9, 2023.

Versi Terbaru

13/03/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selalu Rasa Pedih Ulu Hati? Ini 7 Cara Cepat Legakannya Guna Rawatan Rumah & Ubat

Perut Banyak Angin? Jom Buat 6 Aktiviti Ini Di Rumah, Mesti Lepas Tu Senang Kentut!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 13/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan