Sistem Penghadaman

Sistem pencernaan adalah proses yang amat penting dalam badan. Organ yang berbeza seperti mulut, perut, usus kecil dan besar, hati, ginjal, pankreas serta pundi hempedu akan bekerjasama untuk pastikan kelancaran fungsinya. Ketahui lebih lanjut di sini.

FAQ

Apa itu sistem penghadaman?

Icon Chevron

Sistem penghadaman terdiri daripada saluran gastrointestinal (saluran GI atau saluran penghadaman), hati, pankreas dan hempedu. Saluran ini adalah sambungan organ yang menghubungkan mulut kepada lubang dubur. Organ-organ ini terdiri daripada mulut, esofagus, perut, usus kecil, usus besar dan lubang dubur. Hati, pankreas dan hempedu pula adalah organ utama dalam sistem penghadaman.

Apa fungsi sistem penghadaman?

Icon Chevron

Sistem penghadaman berperanan penting dalam kesihatan umum kerana ia mengawal nutrien dalam badan. Tanpa sistem yang sihat, anda mungkin mengalami simptom seperti sakit abdomen, kembung perut, ketidakhadaman dan lain-lain. Selain itu, anda juga mungkin akan kurang mendapat nutrisi daripada makanan, sekali gus menjejaskan kesihatan. Disebabkan itu, sistem penghadaman sangat penting.

Apa masalah umum sistem penghadaman?

Icon Chevron

Masalah sistem penghadaman umum termasuklah: - Penyakit asid refluks (GERD) - Penyakit radang usus (IBS) - Ulser peptik - Penyakit divertikular - Batu karang hempedu - Penyakit seliak - Sembelit - Cirit-birit

Apa itu asid perut berlebihan?

Icon Chevron

Asid perut berlebihan adalah kondisi di mana asid perut terlalu banyak lantas membawa simptom seperti sakit perut, asid refluks dan pedih ulu hati. Ia mungkin disebabkan oleh H.pylori, bakteria dalam perut yang boleh jadi punca gastritis atau ulser peptik.


Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!

Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!