
Benarkah Julap Ubat Berkesan Rawat Berak Berdarah? Antibiotik Pun Termasuk?
Jika najis anda berwarna gelap atau berbau busuk, ia masih normal. Namun, bagaimana pula jika ia mula berdarah? Dalam pada itu, apakah berak berdarah berbahaya dan bagaimanakah cara merawat berak berdarah yang mungkin boleh anda cuba?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Apakah berak berdarah berbahaya?
Kenapa boleh ada darah pada najis besar anda?
Kebiasaannya, pendarahan itu berlaku angkara masalah sembelit di mana najis mula mengeras lalu memaksa individu untuk meneran lebih kerap dan kuat lantas membawa risiko pendarahan.
Dalam pada itu, ia juga dipengaruhi oleh banyak lagi faktor risiko atau kondisi lain seperti buasir, keracunan makanan, fisur anus, ulser peptik, polip kolon, penyakit crohn atau mungkin petanda kanser.
Apabila masalah ini berlaku, anda perlu mengambil tahu cara merawat berak berdarah agar ia tidak lagi berterusan!
Ini ubat berak berdarah di farmasi
Perkara pertama yang anda perlu lakukan jika mengalami kondisi ini adalah dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor. Kemudian, barulah anda akan tahu cara merawat berak berdarah!
Sekiranya doktor anda membenarkan, anda boleh mendapatkan ubatan di bawah dengan atau tanpa preskripsi:
- Air putih – Merupakan ‘ubat’ yang boleh diperolehi secara semula jadi, ia sangat penting untuk kesihatan tubuh badan terutama apabila anda menghidapi masalah sembelit agar sistem penghadaman lebih lancar.
- Julap – Seperti mana kita ketahui, sembelit terjadi akibat najis yang terlalu keras. Pengambilan ubat ini mampu melembutkan najis dan melancarkan perjalanan usus besar lantas mengelakkan pendarahan pada najis.
- Antibiotik – Akibat keradangan pada usus besar, akan timbul risiko untuk kewujudan kuman yang menjangkiti kawasan di sekitar. Dengan antibiotik, ia akan membunuh kuman dan membantu merawat berak berdarah.
Seandainya kondisi kalian sudah berada di tahap paling teruk, cara merawat berak berdarah adalah:
- Banding – Buasir juga adalah salah satu punca utama masalah ini. Ia boleh dirawat dengan prosedur banding di mana salur darah yang terjejas dan terjojol akan diikat bagi menghentikan pendarahan.
- Pembedahan – Kadangkala, kondisi berak berdarah berlaku gara-gara kanser usus atau penyakit radang usus yang kritikal. Sebagai pilihan terakhir, prosedur pembedahan mungkin terpaksa dijalankan.

Petua tradisional hilangkan berak berdarah
Sebagai alternatif cara merawat berak berdarah, ada beberapa petua tradisional yang anda boleh cuba, termasuk:
- Sitz hangat – Mandian ini mampu memberi kelegaan daripada kesakitan atau kebengkakan akibat buasir dan berak berdarah. Alasannya, ia boleh membantu merilekskan otot dubur serta mengurangkan kesan radang.
- Kompres dingin – Selalu diletakkan di atas lebam atau bengkak, ia juga mampu digunakan bagi meredakan ketidakselesaan gara-gara buasir dan berak berdarah. Cuma, sila berwaspada dengan suhu yang terlalu sejuk.
- Aloe vera – Gel daripada tumbuhan lidah buaya ini popular dengan kemampuan bagi menyembuhkan masalah pada kulit. Ini kerana ia sarat dengan sebatian antiradang yang bagus menyelesaikan untuk masalah ini.
- Witch hazel – Sebagai astrigen semula jadi, ia telah lama digunakan bagi merawat masalah kesihatan termasuk sistem penghadaman. Ia turut memiliki sifat antiradang yang mempunyai potensi perawatan terbaik.
Apa contoh makanan untuk berak berdarah?
Jangan hanya fokuskan kepada ubat, petua atau cara merawat berak berdarah sahaja. Sebaliknya, berikan perhatian kepada aspek diet. Ia sama penting untuk kesihatan sistem penghadaman anda!

Makanan perlu diamalkan
Seperti mana ramai sedia maklum, diet tinggi serat baik untuk perut dan usus yang sihat. Ia bukan sahaja membantu melembutkan najis malah memudahkan ia untuk keluar.
Sumbernya juga amat mudah serta dekat dengan kita yakni buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang dan lain-lain. Pengambilan sumber serat 25 – 30 gram sehari sudah bagus.
Tambahan itu lagi, pengambilan prebiotik dan probiotik juga sudah tentu antara nutrien yang mustahak kerana ia akan membantu menyeimbangkan kadar bakteria baik atau jahat di dalam perut!
Makanan harus dielakkan
Pernahkah anda terdengar atau terbaca tentang mitos palsu makanan pedas boleh mengakibatkan berak berdarah?
Meskipun ia ternyata tidak benar, makanan yang pedas memang boleh membuat usus dan perut anda merengsa jika ia diambil dengan terlalu banyak dan kerap sekali gus memberi kesan buruk.
Konklusinya, cara merawat berak berdarah di atas mungkin berkesan atau tidak.
Sila berjumpa dan berbincang dengan doktor anda untuk menerima informasi yang lebih tepat tentang cara merawat berak berdarah.
