brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Perut Berbunyi Bukan Bermaksud Lapar, Ia Juga Tanda Hernia & Penyakit Lain?

Setiap kali perut berbunyi atau bergetar (borborygmi), ia tanda anda sedang lapar? Sebenarnya, ia bukan sahaja bermaksud itu kerana perut yang bergendang juga mungkin angkara punca lain!

Perut Berbunyi Bukan Bermaksud Lapar, Ia Juga Tanda Hernia & Penyakit Lain?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Perut berbunyi bukan satu perkara aneh!

Rasanya, semua orang pasti pernah mengalami fenomena ini namun rasa takut atau malu untuk mengakui. Ini kerana ia boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat.

Apabila ia terjadi terutama di hadapan khalayak ramai, tiada siapa yang akan mengaku jika bunyi itu datang daripada perut mereka sendiri – situasi yang agak kurang menyenangkan.

Apa yang anda perlu tahu adalah situasi perut bergetar bukan satu perkara aneh malah normal. Tiada apa yang anda perlu risau jika ia berpunca oleh rasa lapar dan bukan akibat lain.

Berikut adalah antara punca yang boleh menyebabkan getaran dan bunyian keluar daripada perut:

Punca perut berbunyi #1. Lapar

perut berbunyi

Pertama, punca perkara ini terjadi adalah angkara kelaparan. Seumpama satu siren, perut boleh ‘memberitahu’ individu itu bahawa mereka sudah tidak mampu menahan lapar dan perlu makan untuk mendapat tenaga lantas meneruskan kehidupan.

Untuk pengetahuan anda semua, kelaparan itu akan meningkatkan konsentrasi zat yang ada di dalam otak dengan tujuan mengingatkan individu agar tidak lupa makan dan minum.

Ia seterusnya akan merangsang otak untuk menghantar isyarat ke usus dan perut. Akibat ini pula, organ pada perut akan bergetar serta berbunyi sebagai tanda diri anda sudah lapar.

#2. Gas terkumpul dalam perut

Selain itu juga, antara punca lain perut bergetar adalah apabila gas terkumpul dalam perut. Anda perlu tahu perbezaan isyarat di antara kelaparan dan kewujudan gas dalam organ ini.

Jika sedang lapar, perut hanya akan mengeluarkan bunyi tanpa simptom lain. Namun jika ada gas terkumpul, ia akan diiringi dengan pengeluaran gas dengan cara sendawa atau kentut.

Kebiasaannya, gas ini terkumpul akibat tertelan udara terlalu banyak dan ia tidak mampu keluar secara semula jadi. Jika perkara ini terjadi, individu mungkin perlu urutan dan ubatan.

perut berbunyi

#3. Usus tersumbat dengan tinja

Selain gas, tinja sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair turut boleh tersumbat di dalam usus. Akibatnya, akan terjadi situasi perut bergetar sama seperti ketika individu sedang lapar.

Apabila gas dan tinja tersekat lalu tersumbat, usus akan mempercepatkan pergerakan peristaltik untuk membantu melancar pergerakan usus. Ini juga boleh jadi punca perut bergetar.

Kondisi ini juga berkait rapat dengan kesukaran untuk membuang air kecil dan besar. Maka, sila berjumpa dan berbincang dengan doktor untuk mendapatkan kaedah rawatan terbaik.

#4. Gangguan pada salur darah

Jangan hanya lihat pada sistem penghadaman anda sahaja kerana perut bergetar juga adalah antara tanda bahawa terdapat gangguan pada salur darah. Sama ada ia tersumbat atau tersekat, gangguan ini akan bawa komplikasi yang bahaya.

Akibatnya, ini boleh bawa masalah pembekuan darah lants jadi punca oklusi arteri mesenterika.

Punca perut berbunyi #5. Hernia

Buat anda yang mungkin belum tahu, hernia adalah kondisi di mana ada usus terkeluar daripada tempat yang sepatutnya. Perut bergetar adalah salah satu tanda ketika peringkat awal.

Boleh berlaku di perut serta pada bahagian tubuh badan lain, ia boleh menyebabkan gejala teruk seperti rasa sakit, timbul bengkak, mual-mual, muntah-muntah dan lain-lain simptom.

perut berbunyi

Ia juga bukan satu kondisi yang boleh anda biarkan, dapatkan diagnosis daripada doktor segera!

Perut berbunyi juga indikator penyakit?

Apabila perut anda bergendang akibat kelaparan, maka ia adalah sesuatu yang sangat normal dan tiada apa yang perlu anda khuatir kerana semua orang juga pernah melalui situasi sama.

Pun begitu, ada keadaan kesihatan lain yang juga boleh jadi punca fenomena ini terjadi termasuk:

  • Kondisi sembelit atau cirit-birit kronik
  • Alergi terhadap makanan atau minuman
  • Infeksi pada sistem saraf sistem pencernaan
  • Trauma pada salur penghadaman
  • Tumor dalam salur penghadaman
  • Pengambilan ubat yang tertentu
  • Penyakit Crohn

Konklusinya, ia mungkin boleh jadi indikator penyakit yang boleh jadi lebih teruk jika dibiarkan. Dapatkan khidmat konsultasi doktor dengan kadar segera untuk elak sebarang komplikasi!

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada Semalam