Sudah bermacam cara dicuba tetapi badan masih berangin, apa lagi tips untuk buang angin dalam badan yang boleh dibuat? Jom baca artikel ini untuk tahu petua yang paling berkesan!
Sudah bermacam cara dicuba tetapi badan masih berangin, apa lagi tips untuk buang angin dalam badan yang boleh dibuat? Jom baca artikel ini untuk tahu petua yang paling berkesan!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, adalah normal untuk angin atau gas terperangkap di dalam badan terutama perut akibat daripada sistem pencernaan makanan dan minuman.
Kebiasaannya, gas tersebut boleh terkeluar daripada badan dari rongga mulut melalui sendawa ataupun lubang dubur melalui kentut sekitar 20 kali di dalam sehari.
Pun begitu, jumlah ini mungkin tidak tetap dan ia sudah tentu berbeza bergantung kepada individu masing-masing!
Terdapat beberapa punca gas dalam badan itu terkumpul dan terperangkap, antaranya seperti yang berikut:
Dalam pada itu, turut wujud faktor risiko lain seperti ketidakhadaman, kehamilan, kedatangan haid dan banyak lagi perkara lain yang menyumbang kepada bahaya angin dalam badan.
Apabila badan terlalu banyak angin, maka anda akan terasa sangat tidak selesa terutama pada perut. Ini adalah akibat kekembungan atau kesebuan perut gara-gara angin itu tadi.
Jadi, kalian perlu cuba untuk sendawa atau kentut bagi mengeluarkan lebihan gas dalam badan. Tetapi, bagaimana?
Dalam pada itu, anda yang sedang dalam ketidakselesaan ini juga mungkin akan sukar untuk berehat lebih-lebih lagi kalau ia sering berlaku apabila tiba waktu tidur di malam hari.

Bayangkan, perut dan badan anda penuh angin di saat anda mahu masuk tidur. Tentu sahaja ia akan mengakibatkan anda sukar melelapkan mata lantas menjejaskan kualiti dan kuantiti tidur.
Tenang, beberapa posisi tidur berikut boleh bantu anda untuk buang angin dalam badan dengan begitu pantas:
Sebenarnya, gas dalam badan itu tetap akan keluar tanpa tidur pada posisi yang sebegini. Namun, tidur menelentang akan membantu anda mengurangkan rasa tidak selesa itu.
Ini kerana posisi ini akan menyebabkan berat badan anda dapat ditampung secara menyeluruh ke seluruh badan lalu membantu tulang belakang untuk kekal di posisi yang neutral.
Untuk lebih efektif, naikkan sedikit kepala dan punggung dengan gunakan bantal bagi memudahkan angin keluar!
Sama seperti di atas, posisi ini juga dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan gara-gara angin yang terkumpul dan terperangkap di dalam badan terutama di sekitar perut.
Adalah lebih bagus untuk anda cuba tidur mengiring ke kiri kerana organ perut terletak sedikit ke sebelah kiri. Dengan bantuan faktor fisiologi dan graviti, anda akan rasa lebih selesa.

Lama-kelamaan, gas di dalam badan akan bergerak sedikit demi sedikit lalu dikeluarkan melalui kentut atau sendawa!
Di saat angin menyerang, elakkan daripada tidur meniarap kerana ini hanya akan memberi tekanan yang berlebihan kepada perut sekali gus menyebabkan perut mengalami ketidakselesaan.
Bukan sahaja kepada perut, ia juga akan menekan kawasan lain seperti leher dan bahu yang boleh memicu rasa tidak sedap badan gara-gara angin. Jadi, sila elakkan posisi tidur yang sebegini.
Tambahan itu lagi, pastikan anda tidak makan terutama makanan yang ‘berangin’ sebelum masuk tidur supaya waktu rehat di malam hari tidak dibelenggu oleh masalah gas dalam badan ya?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
22/09/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor