backup og meta

Jangan Pandang Remeh Sakit Pinggang Sebelah Kiri, Mungkin 5 Perkara Ini Puncanya!

Jangan Pandang Remeh Sakit Pinggang Sebelah Kiri, Mungkin 5 Perkara Ini Puncanya!

Aduh, teruknya sakit belakang badan! Tetapi, kenapa kesakitannya dirasai pada sebelah sisi sahaja? Sakit pinggang sebelah kiri merupakan masalah yang lazim. Ia boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara seperti senaman, sakit otot atau koyakan pada ligamen.

Walau bagaimanapun, sakit pinggang yang berlaku atas sebab-sebab di atas selalunya bersifat sementara. Lama-kelamaan, ia akan pulih dengan sendirinya.

Namun, sakit pinggang kadangkala menandakan penyakit yang lebih serius seperti jangkitan atau kecederaan yang perlu diberikan perhatian.

Ingin tahu kenapa boleh sakit pinggang? Mari ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang/ Otot, sila dapatkannya di sini.

5 punca sakit belakang sebelah kiri

Tidak dinafikan, sakit belakang boleh menyebabkan kerja kita terganggu. Kesakitannya bukan sahaja boleh membuatkan kita tidak senang duduk, malahan kualiti hidup kita juga akan merosot disebabkan sakit belakang.

Jika kesakitan itu bukan berpunca daripada sesuatu yang serius, ia boleh sembuh dengan sendirinya. Namun, bagaimana jika sakit belakang sebelah kiri berpunca daripada penyakit kronik?

Di bawah, kami senaraikan punca sakit pinggang sebelah kiri pada wanita dan lelaki supaya anda tahu bilakah masanya anda perlu berjumpa doktor.

1. Kecederaan pada otot menyebabkan sakit pinggang sebelah kiri pada wanita

sakit belakang badan
Kecederaan otot yang menyakitkan.

Kenapa sakit di bahagian pinggang kiri? Punca lazim pinggang rasa sakit ialah kecederaan pada otot, tendon atau ligamen yang terletak pada bahagian belakang badan.

Kecederaan ini boleh berlaku disebabkan:

  1. Kemalangan atau jatuh yang menyebabkan trauma pada kawasan belakang badan.
  2. Pergerakan yang drastik, anda memulas badan secara tiba-tiba.
  3. Mengangkat sesuatu yang berat.
  4. Postur badan yang tidak betul.

Kecederaan ini boleh menyebabkan anda rasa sakit badan, sukar bergerak dan bengkak di kawasan pinggang.

2. Jangkitan buah pinggang

Jangkitan buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit pinggang sebelah kiri.

Selain itu, jangkitan ini juga selalunya disusuli simptom lain seperti:

Jika ini yang berlaku, jumpa doktor secepat mungkin. Kesakitan yang dialami selalunya terletak di sebelah kiri, di atas tulang pinggul.

Selain itu, anda akan merasakan pinggang sebelah kiri sakit seperti ditusuk apabila anda bergerak atau adanya tekanan pada kawasan tersebut.

3. Batu karang penyebab sakit pinggang sebelah kiri lelaki

sakit batu karang
Simptom sakit batu karang.

Batu karang yang terbentuk disebabkan pengumpulan mineral di dalam saluran kencing boleh menyebabkan sakit yang tajam dan menusuk pada sebelah kiri abdomen.

Pada masa yang sama, pesakit juga mungkin akan rasa sakit pinggang, mengalami masalah kencing berdarah dan kencing tidak lawas sekiranya ada penyakit batu karang.

Batu karang yang bersaiz kecil boleh keluar dengan sendirinya melalui saluran urinari. Namun, jika batu karang tersebut bersaiz besar, pesakit perlukan bantuan pakar untuk membuangnya sama ada melalui pembedahan atau menggunakan gelombang kejutan.

4. Sakit pinggang sebelah kiri pada wanita disebabkan kehamilan

ibu mengandung
Wanita hamil kerap mengalami sakit pinggang.

Lebih daripada 2/3 wanita akan mengalami sakit belakang dan sakit belakang, terutamanya sakit belakang yang tertumpu di kawasan pelvis ketika kehamilan.

Sakit belakang amat lazim ketika hamil, lebih-lebih lagi pada fasa awal kehamilan.

Pada waktu ini, ligamen badan akan menjadi lembut secara semula jadi. Ia juga akan meregang untuk memastikan ibu bersedia untuk proses kelahiran. Ini akan menyebabkan tekanan pada kawasan belakang badan dan pelvis, yang akan menyebabkan sakit pinggang.

Bukan itu sahaja, ibu juga akan alami sakit pinggang sebelah kiri belakang apabila bayi mula membesar.

5. Keretakan disebabkan stres

Kadangkala, rasa pinggang sebelah kiri sakit seperti ditusuk mungkin berlaku disebabkan aktiviti fizikal yang berulang-ulang, seperti sukan mengangkat berat, tenis atau gimnastik. Semua sukan ini boleh menyebabkan keretakan akibat stres.

Selalunya, kawasan yang mengalami keretakan akan sakit ketika disentuh. Malah, kesakitan ini juga mungkin terlalu serius untuk diredakan dengan ubat tahan sakit.

Oleh sebab itu, mereka yang alami keretakan akibat stres perlu berjumpa doktor untuk rawatan lebih lanjut. Jika tidak, kesakitannya akan menjadi lebih teruk dan mungkin mendatangkan komplikasi yang lebih serius.

Kesimpulan

Rasa pinggang sebelah kiri sakit seperti ditusuk merupakan masalah lazim yang mungkin berlaku disebabkan kecederaan otot atau tisu.

Adakah masalah ini boleh dicegah dan dirawat?

Kebanyakan kecederaan ini boleh dirawat di rumah dan akan sembuh sendiri dalam masa beberapa minggu.
Walau bagaimanapun, jika anda alami simptom lain seperti demam atau kesakitan yang melampau, ia mungkin dicetuskan oleh masalah lain yang lebih serius.

Oleh sebab itu, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin jika kesakitan yang dialami berlarutan sehingga berhari-hari.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 4 Reasons You May Have Back Pain on Only One Side. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/musculoskeletal-and-rheumatology/2017/november/back-pain-on-one-side. Accessed on May 5, 2022.
  2. Back Pain. https://www.niams.nih.gov/health-topics/back-pain. Accessed on May 5, 2022.
  3. Kidney Stones. https://www.kidney.org/atoz/content/kidneystones. Accessed on May 5, 2022.
  4. Kidney stones. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kidney-stones/symptoms-causes/syc-20355755. Accessed on May 5, 2022.
  5. Lower Back Pain. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/7936-lower-back-pain. Accessed on May 5, 2022.

Versi Terbaru

26/06/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Memandu Lama Boleh Sebabkan Masalah Slipped Disc? Ini Punca Selalu Sakit Belakang

Sudah Lama Menderita Sakit Belakang? Ini Masanya Untuk Ubah Posisi Tidur Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 26/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan