Ketika anda sedang bermain bola dan cuba menggelecek bola daripada pasukan lawan, kaki anda tersalah gelecek dan menyebabkan anda terseliuh pada bahagian pergelangan kaki. Anda meraung kesakitan kerana ini adalah pertama kali anda mengalami kaki terseliuh dan resah kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat.
Anda mungkin runsing untuk membuat keputusan sama ada ingin berurut, berjumpa doktor atau hanya merawat sendiri? Namun tahukah anda, jika anda mengalami kaki terseliuh, anda tidak semestinya perlu melakukan urutan. Ada satu kaedah yang mungkin lebih kurang menyakitkan.