Pengambilan ubat hipertensi dapat membantu memastikan tekanan darah dapat dikawal. Namun adakah terdapat kesan ubat darah tinggi?
Kenapa perlu makan ubat darah tinggi?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Kesan ubat darah tinggi
Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan satu kondisi yang lazim berlaku kepada rakyat Malaysia.
Penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi yang teruk dan berlaku kepada hampir 37% populasi di negara kita.
Penyakit ini boleh berlaku bertahun-tahun tanpa sebarang simptom. Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti serangan jantung dan strok.
Nasib baiklah, darah tinggi mudah untuk dikesan. Jika anda didiagnosis dengan hipertensi, anda perlu bercakap dengan doktor dan belajar cara yang terbaik untuk mengawalnya.
Walaupun hipertensi boleh dikawal dengan melakukan beberapa perubahan gaya hidup seperti bersenam, makan kurang garam dan mengekalkan berat di dalam lingkungan yang sihat, tapi masih ramai yang perlu mengambil ubat tertentu untuk memastikan tekanan darah dapat dikawal.
Namun,wujud kesan ubat darah tinggi yang tersendiri. Malah, ia boleh membuatkan aktiviti harian sukar untuk dilakukan dan mungkin boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit.
Ubat tekanan darah tinggi boleh menyebabkan anda rasa letih, penat dan tidak bertenaga. Walaupun semua kesan sampingan ini berlaku disebabkan ubat yang anda ambil, itu tidak bermaksud anda perlu ‘menderita di dalam diam’.
Apa yang penting, pesakit perlulah berkomunikasi dengan doktor mengenai kesan sampingan yang dialami supaya doktor boleh memberikan alternatif lain.
Bukan mudah untuk mengekalkan tekanan darah normal
Kesan ubat darah tinggi ini sama seperti ubat-ubatan yang lain.
Walau bagaimanapun, kesan ini tidak berlaku kepada semua orang. Masih ada ramai pesakit hipertensi yang boleh mengambil ubat tanpa sebarang kesan sampingan.
Selalunya, tekanan darah perlulah berada di dalam lingkungan kurang daripada 140/90. Namun, tekanan darah sekitar 120/80 lebih efektif untuk mengelakkan sakit jantung, strok dan juga kematian disebabkan hipertensi.
Tetapi, bukan mudah untuk pesakit darah tinggi mencapai sasaran tersebut, lebih-lebih lagi jika bacaannya lebih rendah.
Menurut Dr. Michael Gibson, Profesor Perubatan di Harvard Medical School, simptom seperti keletihan, pening kepala dan pengsan boleh berlaku kepada mereka yang mempunyai tekanan darah yang terlalu rendah.
Malah, setiap jenis ubat untuk merawat hipertensi mempunyai kesannya yang tersendiri. Sebagai contoh, beberapa jenis diuretik boleh menyebabkan pesakit terpaksa ke tandas berkali-kali.
Selain itu, pesakit juga mungkin akan mengalami masalah disfungsi erektil daripada pengambilan beta-blockers, kaki membengkak disebabkan calcium-channel blockers dan batuk-batuk daripada inhibitor ACE.
Berjumpa doktor untuk cari penyelesaian kesan ubat darah tinggi
Bolehkah berhenti makan ubat darah tinggi?
Jangan sesekali berhenti makan ubat disebabkan semua kesan sampingan yang anda alami. Sebaliknya, bercakaplah dengan doktor atau ahli farmasi tentang masalah anda.
Selain itu, pesakit juga haruslah:
- Mengambil ubat seperti yang dijadualkan. Jangan sesekali berhenti makan ubat dan pastikan bekalan sentiasa mencukupi
- Bersabar jika ubat tidak berkesan. Kadangkala, ia mungkin mengambil masa untuk menentukan dos sebenar yang berkesan untuk anda
- Pastikan doktor anda tahu jika anda mengambil sebarang ubat-ubatan atau suplemen secara over-the-counter. Ubat-ubatan ini boleh mengganggu keberkesanan ubat yang diberikan oleh doktor
- Hadir janji temu bersama doktor. Kondisi anda perlu dipantau oleh doktor dari masa ke masa untuk memastikan tekanan darah anda berada di bawah kawalan
Mungkin bukan disebabkan tekanan darah tinggi
Apabila anda rasa penat, letih dan tidak bertenaga, simptom ini boleh juga berlaku disebabkan perkara lain dan bukannya berkaitan dengan kesan ubat darah tinggi.
- Mempunyai berat badan berlebihan? Jika anda berdengkur, apnea tidur boleh menyebabkan anda mengalami simptom yang sama.
- Adakah anda tertekan? Stres boleh menyebabkan anda penat dan letih.
- Adakah anda sedang mengalami depresi? Mereka yang alami depresi turut merasai simptom badan letih dan lemah.
- Adakah anda makan secara sihat? Diet yang seimbang bersama senaman yang sederhana dapat membantu meningkatkan tenaga anda.
Jika anda mempunyai masalah seperti di atas, cuba bercakap dengan doktor anda. Kadangkala, simptom yang berlaku bukannya disebabkan oleh kesan sampingan ubat.
Kesimpulan
Oleh sebab itu, tidak rugi jika anda mendapatkan konsultasi daripada doktor.
[embed-health-tool-heart-rate]