backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kegagalan Jantung: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 14/02/2023

Kegagalan Jantung: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Definisi

Apa itu gagal jantung?

Kegagalan jantung atau gagal jantung ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan gagal jantung kanan atau kiri yang tidak dapat menampung bebanannya dan tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan efisien.

Bagi pesakit dengan kegagalan jantung, darah bergerak dalam badan dan melalui jantung pada kadar yang lebih rendah.

Disebabkan kuantiti darah yang tidak mencukupi, ruang jantung mungkin akan bertindak balas dengan merenggang untuk menampung lebih banyak darah atau menjadi keras dan menebal.

Walaupun ini membantu darah bergerak, tetapi otot jantung kanan atau kiri akhirnya akan lemah dan tidak dapat bekerja dengan efisien.

Akibatnya, buah pinggang mungkin akan bertindak balas dengan menyebabkan badan menahan cecair dan garam. Cecair yang terkumpul pada bahagian badan menyebabkan kongesi.

Kegagalan jantung berbeza daripada serangan jantung dan jantung terhenti.

Apakah kebarangkalian gagal jantung kanan atau kiri?

Keadaan kesihatan ini sangat serius. Ia boleh berlaku tanpa mengira usia.

Kegagalan jantung tiada penyembuhnya tetapi dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom-simptom kegagalan jantung?

simptom gagal jantung kanan

Simptom gagal jantung kanan atau kiri kebiasaannya ialah:

  • Sesak nafas sewaktu melakukan aktiviti atau dalam keadaan rehat
  • Penat yang terlampau
  • Bengkak pada kaki, buku lali, perut atau bahagian bawah belakang

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut berjumpa doktor jika terdapat simptom berikut:

  • Bengkak bertambah pada tapak kaki, kaki, abdomen atau buku lali
  • Tidak dapat melakukan aktiviti harian
  • Batuk di tengah malam
  • Berasa keliru atau gelisah
  • Dehidrasi
  • Sakit dada
  • Degupan jantung laju (lebih daripada 120/min sewaktu rehat)

Jika anda mengalami tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila hubungi doktor anda.

Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Justeru, adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.  

Jika kegagalan jantung dikesan seawal mungkin, rawatan akan lebih mudah dan berkesan.

Punca

Apakah puncanya?

Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan kegagalan jantung. Kebanyakan kes kegagalan jantung adalah disebabkan penyakit lain. Beberapa punca kegagalan jantung ialah:

punca gagal jantung

  • Diabetes
  • Obesiti
  • Merokok
  • Tekanan darah tinggi
  • Kemurungan
  • Masalah tidur
  • Alkohol atau dadah
  • Rawatan kanser tertentu

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada gagal jantung?

Terdapat banyak faktor risiko kegagalan jantung, seperti:

  • Penyakit jantung koronari
  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes
  • Merokok
  • Makan makanan yang kaya dengan lemak, kolesterol dan sodium
  • Obesiti

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit didiagnosis?

Untuk diagnosis kegagalan jantung, doktor akan bertanyakan soalan tentang simptom dan sejarah perubatan. Doktor anda ingin mengetahui:

  • Jika anda mempunyai masalah kesihatan lain seperti diabetes, masalah buah pinggang, angina (sakit dada), tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, penyakit arteri koronari, atau masalah jantung yang lain
  • Jika anda mempunyaisejarah keluarga dengan penyakit jantung atau kematian mengejut
  • Jika anda merokok atau menggunakan rokok cerut
  • Jika anda minum alkohol dan berapa banyak anda minum
  • Jika anda dirawat dengan kemoterapi dan/atau radiasi
  • Ada mengambil ubat-ubatan tertentu

Doktor akan melaksanakan pemeriksaan fizikal menyeluruh seperti ujian darah, X-ray dada, elektrokardiogram, ujian stres, dan sebagainya.

Bagaimana cara rawatan gagal jantung kanan atau kiri?

Hingga kini, tidak ada rawatan kekal untuk kegagalan jantung. Terdapat rawatan yang hanya mengawal simptom dan membantu pesakit menjalani kehidupan yang aktif.

Untuk membantu anda mengawal tekanan darah dan membantu jantung mengepam, doktor mungkin akan menyarankan ubat berikut:

  • Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors
  • Penyekat reseptor Angiotensin II
  • Penyekat Beta
  • Diuretik
  • Antagonis Aldosterone
  • Inotropes

Langkah pencegahan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani penyakit ini?

pencegahan gagal jantung kanan

Doktor juga mungkin akan memberikan nasihat tentang perubahan gaya hidup yang perlu anda lakukan seperti:

  • Aktifkan diri
  • Berhenti atau kurangkan merokok
  • Menangani stres
  • Mengekalkan berat badan yang sihat
  • Mengamalkan diet yang sihat
  • Mengurangkan pengambilan kolesterol
  • Mengawal diabetes

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 14/02/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan