Hanya kurang daripada 10% sahaja daripada kes hipertensi mempunyai sebab yang jelas termasuk masalah buah pinggang dan hormon. Selebihnya tidak ada punca yang khusus.
Namun, masih terdapat beberapa faktor risiko yang dipercayai menyumbang kepada peningkatan tekanan darah. Mari lihat apakah faktor risiko tersebut.
1. Umur
Semakin berumur, tekanan darah cenderung untuk naik. Menurut laporan National Health & Morbidity Survey 2015, terdapat pola peningkatan terhadap bilangan kes hipertensi. Bermula 0.7% dalam kalangan umur antara 18-19 tahun, sehingga 50% bagi umur 70-74 tahun.
2. Bangsa
Hipertensi secara khususnya lebih kerap didapati dalam kalangan orang Afrika berbanding bangsa lain. Di Malaysia pula, India mencatatkan angka paling tinggi (17%), diikuti dengan Bumiputera lain (15.7%), Cina (15.2%) dan Melayu (12.5%).
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen