Sekiranya anda mempunyai simptom hipertensi malignan, doktor akan:
- Pemeriksaan semula tekanan darah dan dengar ketidaknormalan jantung ddan paru-paru
- Memeriksa mata untuk mengetahui kerosakan saluran darah di retina dan bengkak pada saraf optik
- Ujian darah dan air kencing yang mungkin termasuk:
- Kadar urea nitrogen darah (BUN) dan kreatinin, yang meningkat jika anda mengalami kerosakan buah pinggang
- Ujian pembekuan darah
- Tahap gula darah (glukosa)
- Kira jumlah darah lengkap
- Tahap natrium dan kalium
- Urinalisis untuk memeriksa darah, protein, atau kadar hormon abnormal yang berkaitan dengan masalah buah pinggang
Selain itu, doktor juga akan melakukan:
- Echocardiogram untuk memeriksa fungsi jantung dan aliran darah melalui jantung
- Electrocardiogram (ECG) untuk memeriksa fungsi elektrik jantung
- X-ray dada untuk melihat bentuk dan saiz struktur jantung dan mengesan cecair di dalam paru-paru
- Ujian pengimejan lain untuk menilai buah pinggang dan arteri
Rawatan
Hipertensi malignan boleh mengancam nyawa dan memerlukan perhatian perubatan segera. Anda perlu mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan tekanan darah anda dengan selamat dan mengelakkan komplikasi yang berbahaya.
Anda akan menerima ubat tekanan darah melalui IV, yang merupakan cara paling cepat untuk merawat tekanan darah yang sangat tinggi. Sebaik sahaja tekanan darah berada di tahap yang selamat, ubat-ubatan boleh dialihkan ke bentuk oral.
Sekiranya anda mengalami kegagalan buah pinggang, anda mungkin memerlukan dialisis buah pinggang. Rawatan lain bergantung kepada simptom tertentu dan kemungkinan penyebab hipertensi malignan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen