backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Hidung Anak Berdarah Sebab Cuaca Panas? Ini Cara TERPANTAS Untuk Hentikannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/02/2024

Hidung Anak Berdarah Sebab Cuaca Panas? Ini Cara TERPANTAS Untuk Hentikannya!

Alamak, kesiannya hidung anak berdarah! Sebagai ibu bapa, kita tidak dapat lari daripada kecemasan kecil sebegini. Selalunya, hidung berdarah dikaitkan dengan cuaca yang panas. Namun, apakah punca hidung berdarah bagi kanak-kanak?

Kepada ibu bapa yang berhadapan dengan kecemasan ini, jangan risau! Hidung berdarah jarang sekali menandakan masalah yang serius. Malah, ia selalunya akan berhenti dalam masa 10 minit.

Masalah hidung berdarah juga amat lazim dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya yang duduk di kawasan dengan cuaca panas. 

Tisu di dalam hidung amat lembut dan dilapisi saluran darah yang mudah pecah. Jadi, ia mudah terluka dan menyebabkan pendarahan.

Namun, jika anak kerap mengalami hidung berdarah, apa yang perlu ibu bapa lakukan? Bagaimana pula jika masalah hidung berdarah itu berlaku terlalu kerap? Bila ibu bapa perlu bawa anak berjumpa doktor?

Mari ketahui jawapannya dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Punca hidung berdarah bagi kanak-kanak  

punca hidung berdarah bagi kanak-kanak

Walaupun hidung berdarah jarang berlaku disebabkan penyakit yang serius, namun pendarahan boleh terjadi disebabkan luka atau kecederaan tertentu.

Punca hidung berdarah bagi kanak-kanak mungkin berbeza. Ada yang berlaku disebababkan kecederaan. Ada juga yang terjadi kerana penyakit tertentu. 

Kadangkala, anak kita akan tercakar bahagian dalam hidung dan menyebabkan pendarahan. Cuaca panas juga boleh menyebabkan hidung berdarah.

Tetapi, hati-hati jika anak terhantuk sehingga hidung mereka berdarah. Jika ini berlaku, bawa anak berjumpa doktor dengan serta-merta.

Kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik tertentu seperti fibrosis sista mungkin akan mengalami pendarahan yang kerap.

Sama jugalah dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembekuan darah seperti hemofilia atau penyakit von Willebrand. Kadangkala, pendarahan boleh berlarutan dalam tempoh yang lama.

Ketahui lebih lanjut mengenai penyakit Von Willebrand dalam infografik di bawah:

punca hidung berdarah bagi kanak-kanak

Hidung anak berdarah? Ini cara terpantas untuk hentikannya

Hidung berdarah selalunya tidak akan menyebabkan anak rasa sakit. Walaupun begitu, mereka mungkin akan terkejut dan menangis. 

Pastikan anda pujuk anak dan minta mereka berhenti menangis. Jika tidak, makin sukar untuk anda hentikan pendarahan. 

Kemudian, lakukan langkah first aid berikut:

  1. Minta anak duduk. Condongkan badan mereka ke hadapan dan bukannya ke belakang.
  2. Picit bahagian bawah hidung dengan jari selama 10 minit.
  3. Jangan alihkan jari untuk periksa sama ada pendarahan telah berhenti. Pembekuan darah mengambil masa yang lama. Jadi, sediakan jam dan set masa.
  4. Selepas 10 minit, periksa sama ada darah sudah berhenti. Jika belum, picit hidung semula dan sambung selama 10 minit lagi.
  5. Pastikan anak tidak menggaru atau memegang hidung selama beberapa hari untuk pastikan luka sembuh.

Selain memicit hidung, anda juga boleh:

  1. Letakkan kain yang sejuk atau pek ais pada leher anak, lebih-lebih lagi jika anak mengalami pendarahan disebabkan sukan.
  2. Berikan anak air sejuk untuk hilangkan rasa darah.
  3. Minta anak ludahkan darah yang termasuk ke dalam mulut. Darah yang masuk ke dalam mulut boleh menjadi punca hidung berdarah bagi kanak-kanak menjadi semakin teruk.

punca hidung berdarah bagi kanak-kanak

Kadangkala, punca hidung berdarah bagi kanak-kanak adalah disebabkan masalah lain juga. Oleh sebab itu, pastikan anda bawa anak ke hospital secepat mungkin jika:

  1. Wajah anak bertukar pucat, berpeluh dan tidak dapat memberikan respons yang baik.
  2. Anak anda kehilangan terlalu banyak darah.
  3. Darah berwarna coklat dan nampak seperti serbuk kopi.
  4. Anak muntah darah.
  5. Hidung anak berdarah disebabkan luka pada kawasan kepala.
  6. Baca juga:

    Cegah pendarahan daripada berlaku lagi

    pendarahan

    Kadangkala, punca hidung berdarah bagi kanak-kanak tidak dapat dipastikan. 

    Namun, jika anak kerap alami pendarahan ringan, ada beberapa langkah yang boleh ibu bapa lakukan untuk mencegahnya.

    1. Gunakan alat pelembap udara di bilik anak. Walau bagaimanapun, pastikan anda kerap membersihkannya untuk elakkan pertumbuhan bakteria atau kulat.
    2. Ajar anak supaya tidak mengorek hidung dengan terlalu kasar. Potong kuku mereka dan biarkan ia sentiasa pendek.
    3. Sapukan jeli petroleum atau pelembap di dalam hidung anak. Ini dapat memastikan bahagian dalam hidung anak sentiasa lembap.
    4. Jumpa doktor untuk memastikan masalah hidung berdarah yang anak alami bukan disebabkan oleh alahan atau penyakit lain.
    5. Jangan sesekali merokok berdekatan anak.

    Kesimpulan

    Walaupun kita telah berjaga-jaga, kadangkala anak kita masih akan alami masalah hidung berdarah. Jangan risau, kerana ia selalunya tidak berbahaya dan bukanlah sesuatu untuk dirisaukan.

    Ada banyak punca hidung berdarah bagi kanak-kanak. Dalam kebanyakan kes, anak kita mungkin telah melukakan bahagian dalam hidung dengan mainan atau kuku mereka.

    Namun, untuk kes yang lebih serius, pastikan anda bawa anak berjumpa doktor ENT untuk pemeriksaan lanjut. Doktor boleh melakukan diagnosis dan menentukan masalah sebenar anak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/02/2024

    ad iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    ad iconIklan
    ad iconIklan