backup og meta

Apakah Cara Terbaik Untuk Mendapatkan Jantung Yang Sihat - Diet Atau Senaman?

Apakah Cara Terbaik Untuk Mendapatkan Jantung Yang Sihat - Diet Atau Senaman?

Jantung adalah seperti mesin. Ia mengepam darah ke badan anda. Seperti mesin lain, ia perlu diselenggara. Untuk menyelenggara jantung, diet dan senaman adalah pilihan yang terbaik. Walau bagaimanapun, mana satu yang lebih baik? Artikel ini akan membantu anda mencari jawapannya.

Diet untuk jantung yang sihat

Diet yang sihat boleh membantu anda memperbaiki jantung anda. Makan adalah cara yang mudah dan berkesan untuk mengekalkan badan yang sihat.

Mengurangkan kolesterol

Terdapat banyak jenis makanan yang boleh menurunkan paras kolesterol dan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) di dalam badan anda seperti oat, kacang, kacang soya, ikan berlemak yang mengandungi asid lemak omega-3, dan buah-buahan sitrus.

Meningkatkan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL)

Tahap lipoprotein berkepadatan tinggi anda adalah satu daripada langkah penting untuk menjaga kesihatan jantung anda. Kolesterol HDL boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Anda boleh meningkatkan tahap kolesterol HDL anda dengan memilih lemak sihat. Lemak yang sihat boleh didapati dalam tumbuh-tumbuhan, kacang, dan ikan seperti salmon atau tuna.

Kurangkan berat badan

Berat badan berlebihan boleh memberi tekanan pada jantung anda. Jantung anda perlu mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah ke seluruh badan. Oleh itu, berat badan berlebihan dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, yang merupakan faktor risiko untuk pelbagai penyakit jantung seperti strok.

Lemak tambahan juga boleh merosakkan fungsi buah pinggang, yang membantu mengurangkan tekanan darah.

Penurunan berat badan boleh membantu anda meningkatkan tahap tekanan darah, aliran darah dan kolesterol anda.

Senaman untuk jantung

Senaman mempunyai banyak manfaat. Manfaat ini terpakai bagi semua orang di semua peringkat umur dan keadaan kesihatan.

Menguatkan jantung anda

Jantung anda diperbuat daripada otot. Ia menjadi lebih kuat dan sihat jika anda melakukan senaman. Latihan membantu meningkatkan fungsi jantung dan keupayaannya untuk mengepam darah ke seluruh badan anda.

Mengurangkan faktor risiko penyakit jantung koronari

Apabila anda melakukan senaman secara berkala, ia boleh mengurangkan risiko anda mendapat penyakit jantung koronari. Penyakit jantung koronari adalah suatu keadaan di mana otot jantung anda tidak dibekalkan dengan cukup darah yang kaya dengan oksigen.

Dalam kes ini, arteri menjadi sempit, mengurangkan jumlah darah yang mengalir ke jantung anda. Dalam beberapa kes, bahgaian pada plak boleh pecah dan terbuka, menyebabkan darah beku terbina di atas permukaan plak. Apabila darah beku menjadi lebih besar, ia boleh menyekat aliran darah di dalam saluran darah anda. Tisu jantung anda tidak akan menerima darah yang cukup. Ini akan menyebabkan serangan jantung.

Senaman boleh mengurangkan risiko kerana ia:

  • Boleh menurunkan tekanan darah.
  • Boleh meningkatkan tahap kolesterol HDL.
  • Mengurangkan tahap protein C-reaktif di dalam badan anda. Tahap protein C-reaktif yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Membantu mengurangkan berat badan berlebihan dan obesiti. Senaman yang kerap boleh membantu anda mengekalkan berat badan dalam sasaran yang sihat.
  • Boleh membantu anda berhenti merokok. Merokok boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

Orang yang tidak aktif secara fizikal mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung koronari. Senaman boleh membantu jantung anda bekerja dengan lebih berkesan.

Mana satu yang lebih baik?

Diet dan senaman mempunyai kelebihan untuk menguatkan jantung anda. Tetapi ia juga mempunyai beberapa kelemahan.

Pada mulanya mungkin susah untuk mengikuti diet yang sihat atau untuk membina rutin senaman. Anda mungkin mengalami sakit otot atau makanan yang berkenaan tidak lazat, atau anda mungkin merasakan bahawa anda perlu membayar wang yang banyak untuk peralatan senaman dan makanan.

Diet dan latihan hendaklah dilakukan bersama-sama untuk membuat pilihan yang terbaik bagi kesihatan jantung. Jika anda makan makanan yang sihat tanpa melakukan apa-apa aktiviti fizikal atau melakukan senaman tanpa makan makanan yang seimbang, anda tidak boleh mendapatkan semua faedahnya.

Diet dan senaman mempunyai manfaat tersendiri untuk memperbaiki jantung. Satu kaedah mempunyai manfaat yang tidak ada pada kaedah yang satu lagi. Anda perlu menggabungkan kedua-dua kaedah mengikut arahan doktor anda bagi memberikan kesihatan jantung yang terbaik.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What Is the Heart?. https://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/hhw. Accessed November 3, 2016.

Benefits of Physical Activity. https://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/phys/benefits. Accessed November 3, 2016.

6 Heart Benefits of Exercise. http://www.hopkinsmedicine.org/health/healthy_heart/move_more/six-heart-benefits-of-exercise. Accessed November 3, 2016.

Heart-healthy diet. http://umm.edu/health/medical/reports/articles/hearthealthy-diet. Accessed November 3, 2016.

11 foods that lower cholesterol. http://www.health.harvard.edu/heart-health/11-foods-that-lower-cholesterol. Accessed November 3, 2016.

Cholesterol: Top foods to improve your numbers. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/in-depth/cholesterol/art-20045192. Accessed November 3, 2016.

How to Boost Your ‘Good’ Cholesterol. http://www.webmd.com/heart/how-to-boost-your-good-cholesterol. Accessed November 3, 2016.

Health Risks of Being Overweight. https://www.niddk.nih.gov/health-information/health-topics/weight-control/health_risks_being_overweight/Pages/health-risks-being-overweight.aspx. Accessed November 3, 2016.

Versi Terbaru

16/11/2021

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 13 Tanda Awal Kalau Jantung Ada Masalah, Semak Jika Anda Pernah Alaminya…

Jika Alami Sakit Dada Tengah Yang Tak Serius, Boleh Cuba 8 Cara Ini Untuk Legakannya!


Disemak secara perubatan oleh

Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 16/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan