home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Penat Kena Sindir Sebab Perut Buncit? Cuba 6 Langkah Mudah Yang Berikut!

Penat Kena Sindir Sebab Perut Buncit? Cuba 6 Langkah Mudah Yang Berikut!

Apakah yang sering menjadi kebimbangan dalam menjaga imej dan ciri fizikal seseorang individu? Tona kulit yang tidak sekata, rambut yang kerap gugur atau perut buncit?

Antara ketiga-tiga masalah tersebut, perut buncit adalah masalah yang paling berkaitan dengan perubahan gaya hidup yang kurang sihat.

Oleh itu, bagaimanakah cara untuk anda menghilangkan lapisan lemak berlebihan di bahagian tubuh anda untuk mendapatkan berat badan ideal sekaligus mencantikkan bentuk tubuh?

Ikuti penulisan dibawah berkenaan pengurusan berat badan dan kaedah mengurangkan trend perut boroi.

Apa anda boleh buat jika perut buncit?

Anda boleh mengikuti beberapa cadangan seperti dibawah jika anda menginginkan perut yang lebih cantik dan lebih sihat:

perut buncit

Jika perut buncit #1. Kata tidak pada gula

Gula berlebihan adalah sangat tidak sihat untuk tubuh badan. Gula dalam darah dikawal oleh hati pada had tertentu.

Apabila melebihi had kapasiti tersebut, ia akan ditukarkan menjadi lemak yang akan terkumpul di seluruh badan termasuk perut.

Mengelakkan pengambilan gula secara sepenuhnya dalam hidup berkemungkinan agak sukar.

Namun, anda boleh mengelakkan minuman bergula terutamanya minuman berkarbonat yang tiada khasiat melainkan kandungan gula dan kalori semata-mata.

Bukan air berkarbonat sahaja mempunyai kandungan gula yang tinggi tetapi banyak lagi makanan lain yang mungkin anda tidak sangka termasuklah:

  • Sos cili, tomato, dan barbeku
  • Jus buah
  • Susu coklat
  • Sup segera
  • Buah-buahan dalam tin

Selain gula, jangan lupa juga untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu dalam makanan seperti:

  • Produk tenusu – mentega, krim, dan keju
  • Minyak sawit
  • Santan kelapa
  • Makanan segera bergoreng
  • Snek segera

#2. Lebihkan ambil protein

Elemen utama yang perlu dimasukkan ke dalam diet untuk menurunkan berat badan adalah protein.

Ia didapati mampu mengekalkan rasa kenyang dan memberikan tenaga yang banyak.

Rasa kenyang yang lama membantu mengurangkan pengambilan kalori.

Oleh itu, tingkatkan pengambilan protein dalam diet anda melalui makanan seperti telur, makanan laut, kekacang, daging dan produk tenusu.

#3. Lebihkan ambil serat

Selain protein, serat juga boleh membuatkan rasa kenyang lebih lama.

Selain itu, serat tidak larut air (bijiran penuh, gandum, sayur-sayuran) membantu mencegah sembelit dan serat larut air (buah-buahan, kekacang) merendahkan kadar kolesterol dalam darah.

Amalkan makanan kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

Serat membantu anda kekal kenyang dalam tempoh yang lebih lama seterusnya mengurangkan keinginan untuk makan banyak.

Ia juga menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus yang dikaitkan dengan berat badan yang sihat.

perut buncit

#4. Kurangkan ambil karbohidrat

Ini adalah sangat efektif dalam mengurangkan berat badan berlebihan.

Menurut beberapa kajian, diet yang rendah karbohidrat membawa kepada penurunan berat badan 2 hingga 3 kali ganda lebih tinggi berbanding diet rendah lemak.

Malah, walaupun diambil dalam jumlah yang banyak, diet rendah karbohidrat masih lebih efektif berbanding diet rendah lemak.

Diet ini juga menyebabkan kehilangan berat air. Oleh itu, kesan mungkin dapat dilihat seawal 1 atau 2 hari.

Karbohidrat sememangnya adalah sumber tenaga untuk badan, tetapi tidak semua karbohidrat adalah sihat.

Tubuh mengubah karbohidrat tertentu, seperti roti putih dan pasta putih, menjadi glukosa.

Apabila seseorang menggunakan lebih banyak glukosa daripada yang diperlukan, tubuh menyimpan lebihan glukosa tersebut sebagai lemak.

Seseorang yang ingin mengurangkan jumlah lemak perut buncit mereka harus mengehadkan pengambilan karbohidrat halus.

Anda boleh mengambil pilihan sumber karbohidrat yang lebih sihat seperti bijiran penuh.

Jika perut boroi #5. Minum air kosong

perut buncit

Lebihkan pengambilan air putih yang lebih berkhasiat serta membantu mengekalkan rasa kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan.

Minum segelas air sebelum makan juga boleh mengisi perut dan membantu dalam mengawal pengambilan bahagian (portion) semasa makan.

Anda boleh meminum air putih atau boleh juga mencampurkannya dengan buah sitrus, timun, atau buah beri untuk menambahkan rasa.

Minum teh herba adalah satu lagi cara terbaik untuk kekal terhidrasi.

Jika perut boroi #6. Buat aktiviti kardio

Senaman kardiovaskular atau aerobik adalah anatara cara terbaik untuk seseorang membakar kalori dan meningkatkan kesihatan jantung.

Banyak latihan kardio berkesan dalam membuang lemak dan menguatkan bahagian perut seseorang individu.

Beberapa contoh senaman kardio termasuklah aktiviti berlari, berjalan, dan berenang.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa senaman aerobik yang sederhana dapat mengurangkan lemak dalam kalangan individu yang berlebihan berat badan, walaupun tanpa pengurangan pengambilan kalori.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 3 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung